Pertanian pindah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan pertanian pindah di cerun bukit di Indonesia.

Pertanian pindah (bahasa Inggeris: shifting cultivation) merupakan sistem pertanian di mana petak-petak tanah pertanian yang diusahakan buat sementara waktu sahaja iaitu sehingga tanah tidak menjadi subur, kemudian ditinggalkan dan terbengkalai.[1] Dalam pertanian pindah, selepas dua atau tiga tahun, tanah yang telah ditanam tanaman seperti sayur-sayuran dan bijirin yang telah dibersihkan atau dilapangkan, petani-petani akan membiarkan begitu sahaja untuk petak tanaman yang lain. Tanah selalu diberishkan dengan kaedah menebas dan membakar iaitu pokok, semak dan hutan dibersihkan dengan kaedah menebas manakala sisa tumbuh-tumbuhan yang kecil akan dibakar.

Pertanian pindah merupakan sistem pertanian tertua di Bumi dan bersesuaian kepada pertanian sara diri sendiri untuk makanan yang cukup kepada diri sendiri dengan penyesuaian ekologi yang opyimum kepada keadaan persekitaran tempatan.[2] Kawasan hutan hujan tropika dan savana lembap menggunakan sistem pertanian pindah dengan penanaman ubi kayu, keledek dan keladi.[2] Kira-kira terdapat sebanyak 250 juta orang yang bergantung dengan kaedah pertanian pindah di Bumi.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "pertanian pindah". Kamus Pelajar Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ a b Jürgen Schultz: Die Ökozonen der Erde. 4., völlig neu bearbeitete Auflage. Ulmer UTB, Stuttgart 2008, ISBN 978-3-8252-1514-9, S. 342–344.
  3. ^ J. Dixon, A. Gulliver, D. Gibbon: Farming systems and poverty. Improving farm-ers’ livelihoods in a changing world. FAO, Rom 2001. zitiert in: Cheryl Ann Palm, Stephen A. Vosti, Pedro A. Sanchez, Polly J. Ericksen (Hrsg.): Slash-and-Burn Agriculture – the search for alternatives. Columbia University Press, New York 2005, ISBN 0-231-13450-9, S. 8. pdf-Version, Dicapai pada Dezember 2015.