Pertempuran Sagrajas
Pertempuran Sagrajas | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Reconquista | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
| |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
|
| ||||||
Kekuatan | |||||||
2,500[2][3] | Dilaporkan 3 kali lebih besar daripada tentera Castile[4] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Hanya 500 orang terselamat[5] | 3,000[5] |
Pertempuran Sagrajas (23 Oktober 1086), juga dipanggil sebagai Zalaca atau Zallaqa (Arab: معركة الزلاقة, rumi: Maʿrakat az-Zallāqa ), adalah sebuah pertempuran yang berlaku antara tentera Almoravid yang diketuai oleh raja Almoravid Yusuf ibn Tashfin manakala tentera Kristian dipimpin oleh Raja Castile Alfonso VI. Kawasan pertempuran kemudian dikenali sebagai az-Zallaqah (bahasa Inggeris "tanah licin") di sebabkan para pahlawan yang sering kali tergelincir ke tanah kerana banyaknya darah yang tumpah pada hari itu, yang mana memberi namanya dalam bahasa Arab.
Persediaan
[sunting | sunting sumber]Selepas Alfonso VI, Rajaf León dan Castile berjaya menawanToledo pada tahun 1085 dan menyerang taifa Zaragoza, para emir dari kerajaan-kerajaan taifa Islam kecil di semenanjung Iberia menyedari bahawa mereka tidak mampu bertahan tanpa bantuan luar. Pada tahun 1086, Yusuf ibn Tashfin telah dijemput untuk menentang Alfonso VI. Pada tahun tersebut, beliau menyahut seruan tiga pemimpin Al-Andalus iaitu (Al-Mu'tamid ibn Abbad dan lain-lain) dan menyeberangi selat ke Algeciras dan kemudian bergerak ke Seville. Dari sana, ditemani oleh para emir daripada Seville, Granada dan Taifa Málaga mara ke Badajoz.[6]
Alfonso VI meninggalkan kepungan di Zaragoza, memanggil semula tentera beliau daripada Valencia dan merayu bantuan daripada Sancho I dari Aragon. Akhirnya, beliau menetap untuk bertemu dengan tentera Islam di timur laut Badajoz. Kedua-dua tentera bertemu pada 23 Oktober 1086.[7]
Alfonso VI dari Castile tiba di kawasan pertempuran dengan sekitar 2,500 tentera, termasuk 1,500 kavalri, di mana 750 adalah kesatria, beberapa orang antaranya adalah Yahudi,[8][9][10] tetapi mendapati bahawa jumlah tentera beliau adalah lebih kecil. Kedua-dua pemimpin ini bertukar pesanan sebelum pertempuran bermula. Yusuf ibn Tashfin dilaporkan telah memberi tiga pilihan kepada pihak Castile: memeluk Islam, membayar ufti (jizyah), atau berperang.[11]
Pertempuran
[sunting | sunting sumber]Pertempuran bermula pada waktu senja hari Jumaat dengan serangan dilakukan oleh Castile. Yusuf ibn Tashfin membahagikan tentera beliau kepadaa 3 divisyen. Divisyen pertama diketuai oleh Abbad III al-Mu'tamid, divisyen kedua oleh Yusuf ibn Tashfin dan divisyen ketiga terdiri daripada para pahlawan Afrika dan javelin panjang. Abbad III al-Mu'tamid dan divisyen beliau bertempur dengan Alfonso VI berseorangan sehingga tengahari, kemudian Yusuf ibn Tashfin dan divisyen beliau menyertai pertempuran dan mengepung Alfonso VI dan tentera beliau. Tentera Alfonso panik dan mula hilang kedudukan, kemudian Yusuf memerintahkan divisyen ketiga pasukan beliau untuk menyerang dan menyelesaikan pertempuran ini.
Selepas kejadian
[sunting | sunting sumber]Sekurang-kurangnya separuh tentera Castile terkorban. Satu sumber tunggal menyatakan hanya 500 orang kesatria pulang ke Castile, meskipun yang lain tidak menyokong angka rendah ini, oleh itu kelihatan hampir kesemua bangsawan berjaya menyelamatkan diri. Antara mereka yang terkorban adalah count Rodrigo Muñoz dan Vela Oveguez. Raja Alfonso VI mendapat kecederaan di salah satu kaki beliau dan menyebabkan beliau tempang seumur hidup.
Angka korban juga tinggi di pihak Almoravid, terutamanya pasukan yang dipimpin oleh Dawud ibn Aysa, yang mana kem beliau telah dijarah pada waktu-waktu awal pertempuran, dan juga pasukan emir Badajoz, al-Mutawakkil ibn al-Aftas. Emir Seville, al-Mu'tamid mengalami kecederaan pada pertempuran pertama tetapi keberanian beliau telah membangkitkan semangat tentera al-Andalus pada masa yang sukar untuk menghadapi serangan awal tentera Castile yang diketuai oleh Alvar Fañez. Antara mereka yang terbunuh adalah imam yang paling popular daripada Cordoba, Abu-l-Abbas Ahmad ibn Rumayla yang merupakan anggota keluarga Ibn Khaldun. [12]
Pertempuran ini merupakan kemenangan muktamad untuk Almoravid akan tetapi jumlah korban yang tinggi bermakna mereka tidak mampu untuk meneruskan peperangan. Yusuf kembali semula Afrika di sebabkan kematian pewaris beliau. Castile tidak hilang wilayahnya dan mampu untuk mengekalkan kota yang dari psikologi adalah penting iaitu Toledo, yang mana berjaya ditakluk pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, kemaraan tentera Kristian berjaya dihentikan untuk beberapa generasi bagi membolehkan kedua-dua pihak disusun semula.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Dupuy, R. Ernest and Trevor N. Dupuy, The Harper Encyclopedia of Military history, (HarperCollins Publishers, 1993), 324.
- ^ Lewis, David Levering, God's Crucible, (New York: W & W Norton Inc, 2008), 364.
- ^ Bernard F. Reilly, The Contest of Christian and Muslim Spain:1031-1157, (Wiley-Blackwell, 1996), 88; " To the battle which took place on October 23, 1086, at Zalaca just north of Badajoz, Alfonso brought an army that numbered about 2,500 men...".
- ^ Lewis, God's Crucible, 361, 364;"Yusuf had the advantage of number--probably three times larger than those under Alfonso's command after the arrival of King 'Abd Allah of Granada.."
- ^ a b Ronald A. Messier, The Almoravids and the Meanings of Jihad, (ABC-CLIO, 2010), 207.
- ^ O'Callaghan, Joseph F.(1983), 208 and 209
- ^ O'Callaghan, Joseph F.(1983), 209
- ^ France, John, Western Warfare in the Age of the Crusades, 1000-1300, 162.
- ^ Netanyahu, Benzion (1995). The origins of the Inquisition in fifteenth century Spain. New York: Random House. m/s. 1211. ISBN 9780679410652.
- ^ Ray, Jonathan (2006). The Sephardic frontier : the reconquista and the Jewish community in medieval Iberia. Ithica, NY: Cornell University Press. m/s. 18. ISBN 9780801444012.
- ^ David Levering Lewis, 364; "Faithful to the precedent set by the prophet Muhammad, Yusuf sent a messenger to offer Alfonso three alternatives; convert to Islam; submit to the protection of Islam; decide their differences on the battlefield.".
- ^ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/280788/Ibn-Khaldun
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Dupuy, R. Ernest and Trevor N. Dupuy, The Harper Encyclopedia of Military history, HarperCollins Publishers, 1993.
- France, John, Western Warfare in the Age of the Crusades, 1000-1300 (Ithaca: Cornell University Press, 1999), ISBN 0-8014-8607-6
- Heath, I. (1989). Armies of Feudal Europe 1066-1300 (2nd ed.). Wargames Research Group.
- Kennedy, H. (1996). Muslim Spain and Portugal: A political history of al-Andalus. London: Longman.
- Lewis, David Levering, God's Crucible: Islam and the Making of Europe, 570 to 1215 (New York: W & W Norton Inc, 2008), ISBN 0-393-06472-7.
- Livermore, H. V.(1966) A New History of Portugal. Cambridge University Press.
- Nicolle, D.(1988) El Cid and the Reconquista 1050-1492 (Men-at-Arms 200). Osprey.
- Smith, C.(1989–92) Christians and Moors in Spain, Aris & Phillips