Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia ke-32

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia ke-32
Tuan rumahJUPEM Melaka
Cogan kataSukan Membangunkan Masyarakat
PenganjurMajlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Edisi32
Penyertaan pasukan13
Penyertaan atlet1500+
Acara15 acara diadakan
Upacara pembukaan12 April 2019
Upacara penutupan14 April 2019
Tarikh12 – 14 April 2019
Pembukaan dirasmikan olehKerk Chee Yee
Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Belia dan Sukan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka
Penutupan dirasmikan olehDato' Indera Sr. Mohd Noor bin Isa
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
Pembaca ikrar atletSr. Hishammuddin bin Kaiyim
Tempat upacaraStadium UTeM, Melaka
Laman sesawanghttps://pesumamelaka32.blogspot.com/

Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia ke XXXII[1] atau ringkasnya PESUMA-32 adalah merupakan temasya kejohanan sukan pelbagai acara yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Melaka. Penganjuran sukan ini di Melaka sebelumnya adalah pada tahun 2006.

Kejohanan sukan ini telah di adakan pada 12 - 14 April 2019 dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka di Stadium UTeM yang di wakili oleh YB Kerk Chee Yee Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan, Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Senarai kontinjen[sunting | sunting sumber]

Senarai Kontinjen PESUMA-32
Bil. Nama Kontinjen Bilangan Penyertaan Acara Bilangan Atlet
1. JUPEM Melaka 14 64
2. JUPEM Kedah 13 105
3. JUPEM Negeri Sembilan 12 87
4. JUPEM Selangor 14 130
5. JUPEM Ibu Pejabat 15 140
6. JUPEM Perak 14 137
7. JUPEM Johor 14 138
8. JUPEM Pulau Pinang 9 50
9. JUPEM Perlis 8 46
10. JUPEM Kelantan 14 100
11. JUPEM Terengganu 13 120
12. JUPEM Pahang 15 126
13. JUPEM W. Persekutuan Labuan 5 26
14. Bahagian Pemetaan Topografi Sabah 5 54
15. Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak 9 44
16. Institut Tanah dan Ukur Negara 12 84
17. JUPEM W. Persekutuan KL/Putrajaya 9 86
17. Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam 6 29

Jadual keseluruhan PESUMA ke-32[sunting | sunting sumber]

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Upacara perasmian yang gilang gemilang telah diadakan pada 12 April 2019 bertempat di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Ia bermula dengan ketibaan YB Kerk Chee Yee. Perbarisan lintas hormat telah dimulakan dengan perarakan masuk Pancaragam Sekolah Henry Gurney yang terdiri daripada 42 orang pelajar yang dipimpin oleh Inspektor Fakhrul bin Zubir serta dibantu oleh Sarjan Mohd Said bin Abdul Hamid. Ini disusuli oleh lintas hormat kontinjen-kontinjen yang dimulai oleh kontinjen JUPEM Johor serta diakhiri oleh kontinjen tuan rumah iaitu JUPEM Melaka. Pengarahan di sepanjang acara perbarisan lintas hormat ini telah di berikan oleh En. Yusof bin Abdullah.

Selanjutnya Tuan Pengarah JUPEM Melaka, Sr. Tsalimi bin Abdullah telah menyampaikan ucapan alu-aluannya. Ini diikuti dengan ucapan pembukaan oleh YBhg. Sr. Dato' Indera Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Yang di-Pertua Majlis Sukan JUPEM dan ucapan perasmian oleh YB En. Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Upacara pembukaan kejohanan ini turut dimeriahkan dengan persembahan acara pencak silat oleh ahli Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka serta persembahan oleh Kumpulan Koir Performing Art Ibu Pejabat JUPEM yang telah mendendangkan lagu-lagu JUPEM ke Arah Jaya, Temberang dan Gemuruh.

Penutupan[sunting | sunting sumber]

Upacara penutup kejohanan ini telah diadakan pada 14 April 2019 bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Ia dimulakan dengan sesi tahlil ringkas tetapi penuh syahdu yang diketuai oleh Sr Mohd Daud Mahzur bagi mendoakan kerahmatan kepada Yusof bin Abdullah yang telah meninggal dunia sekitar jam 12:00 tengah hari pada hari Sabtu 13 April 2019, iaitu pada hari ke-2 kejohanan, sebaik sahaja menamatkan permainan bola tampar ketika mewakili JUPEM Melaka.

Majlis Sukan Jabatan Ukur telah memutuskan PESUMA ke-33 akan dianjurkan oleh Kelab Sukan JUPEM Negeri Sembilan, berkemungkinan pada tahun 2021.

Galeri[sunting | sunting sumber]

  • Ucapan daripada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dato' Indera Sr. Mohd Noor bin Isa.
    Ucapan daripada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dato' Indera Sr. Mohd Noor bin Isa.
  • Ucapan aluan daripada penganjur iaitu Pengarah Ukur dan Pemetaan Melaka (kini Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang), Sr. Tsalimy bin Abdullah.
    Ucapan aluan daripada penganjur iaitu Pengarah Ukur dan Pemetaan Melaka (kini Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang), Sr. Tsalimy bin Abdullah.
  • Ucapan perasmian daripada Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Belia dan Sukan Negeri Melaka.
    Ucapan perasmian daripada Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Belia dan Sukan Negeri Melaka.
  • Bacaan Doa oleh Sr.Daud Mahzur.
    Bacaan Doa oleh Sr.Daud Mahzur.
  • Pancaragam dari Sekolah Henry Gurney
    Pancaragam dari Sekolah Henry Gurney
  • Pengacara majlis perasmian, Sr. Iza Zarina dan Sr. Shah Iran.
    Pengacara majlis perasmian, Sr. Iza Zarina dan Sr. Shah Iran.
  • Pelancaran oleh YB Kerk Chee Yee.
    Pelancaran oleh YB Kerk Chee Yee.
  • Acara pencak silat di Majlis Perasmian PESUMA.
    Acara pencak silat di Majlis Perasmian PESUMA.
  • Lafaz ikrar atlet oleh Sr. Hishamudin Kaiyim.
    Lafaz ikrar atlet oleh Sr. Hishamudin Kaiyim.
  • Tahlil semasa majlis penutupan oleh Sr. Mohd Daud Mahzur.
    Tahlil semasa majlis penutupan oleh Sr. Mohd Daud Mahzur.
  • Ucapan penutup oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.
    Ucapan penutup oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.
  • Rujukan[sunting | sunting sumber]