Petola segi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Petola segi
Luffa acutangula1.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. acutangula
Nama binomial
Luffa acutangula

Petola segi atau ketola (nama saintifik: Luffa acutangula)[1] tergolong dalam genus Luffa keluarga Cucurbitaceae.[2]

Tumbuhan ini boleh dibezakan daripada jenis-jenis petola lain dengan rupa buahnya yang berbentuk botol dengan tepi bersegi-segi dan urat panjang sepanjang kulit buah.[3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah mudanya boleh dimasak menjadi sup atau kari.[2]

Biji-biji jenis petola ini boleh diambil sebagai julap. Daun yang ditumbuk lumat boleh dilumur pada kawasan panas untuk merawat demam, malah air daunnya juga diminum oleh ibu yang bersalin.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kays, Stanley J. (2011). Cultivated vegetables of the world: a multilingual onomasticon. Springer. m/s. 145.
  2. ^ a b c Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 86–87. ISBN 967-61-1390-5.
  3. ^ "Petola, buah seribu makna". Media Permata. 17 April 2017.