Pierre Tendean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pierre Tendean
Tendean.jpg
Tendean, s. 1963
Butiran peribadi
Lahir(1939-02-21)21 Februari 1939
Batavia, Hindia Belanda
Meninggal dunia1 Oktober 1965(1965-10-01) (umur 26)
Jakarta, Indonesia
HubunganA.L Tendean (Ayah)
Cornet M.E (Ibu)
Mitze Farre (Abang)
Rooswidiati (Adik)
Alma materAkademi Militer (1961)
PekerjaanTentera
AnugerahPahlawan Revolusi
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Indonesia
Perkhidmatan/
cawangan
Lambang TNI AD.png TNI Angkatan Darat
Tahun perkhidmatan1962–1965
PangkatPdu kaptentni staf.png Kapten [Selepas mati)
UnitZeni
Pangkat terakhirnya adalah Lettu Czi., tetapi karena terkorban di dalam tugas, maka beliau diberikan Kenaikan Pangkat Luar Biasa (KPLB) menjadi Kapten Czi. (Selepas mati).

Kapten Czi. (Selepas mati) Pierre Andries Tendean (lahir 21 Februari 1939 - 1 Oktober 1965) adalah seorang pegawai tentera Indonesia yang merupakan salah satu mangsa Gerakan 30 September pada tahun 1965. Beliau memulakan kerjaya tenteranya dengan menjadi pegawai bahagian risikan dan kemudian dilantik sebagai Pembantu Ketua TNI Abdul Haris Nasution menggantikan ajudan Kapten Kav Adolf Gustaf Manullang kepada Pak Nas, yang mati dalam misi perdamaian di Kongo Afrika pada tahun 1963. Dengan pangkat Leftenan Utama Czi, beliau dinaikkan pangkat ke Kapten secara hormat selepas kematiannya. Tendean dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalibata dan bersama-sama dengan enam lagi mangsa Gerakan 30 September, beliau diisytiharkan sebagai Pahlawan Revolusi Indonesia pada 5 Oktober 1965 oleh Sukarno.[1] Sebelum peristiwa G30S, Tendean adalah sebahagian dari unit risikan di Borneo ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia.[2] Beliau ditukarkan ke Jakarta untuk menjadi pembantu khas kepada Jeneral Abdul Haris Nasution.

Beliau terkorban apabila disalah anggap sebagai Jeneral Abdul Haris Nasution semasa G30S, sedangkan beliau cuma pembantu khas kepada Jeneral Abdul Harris.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]