Pihak Bersekutu Perang Dunia I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pihak Bersekutu Perang Dunia I
Perikatan ketenteraan
1914–1918
  •      Kuasa Bersekutu dan rakan (dan jajahan mereka)
  •      Kuasa Tengah (dan jajahan mereka)
  •      Kuasa Berkecuali


Other allies:

Rakan perang utama:
Ibu negara Not specified
Struktur politik Perikatan ketenteraan
Era sejarah Perang Dunia I
 •  Diasaskan 1914
 •  Dibubarkan 1918
Warning: Value specified for "continent" does not comply
Penjajaran diplomatik Eropah sejurus sebelum perang.

Pihak Bersekutu Perang Dunia I, atau Kuasa Entente, adalah negara-negara yang menentang Kuasa Tengah dalam Perang Dunia Pertama.

Anggota asal Tiga Entente 1907 adalah Republik Perancis, Empayar British dan Empayar Rusia. Itali menamatkan perikatannya dengan Kuasa Tengah, dengan alasan bahawa Jerman dan Austria-Hungary memulakan perang dan bahawa pakatan itu hanya berbentuk defensif; ia memasuki perang di sebelah pihak Entente pada tahun 1915. Jepun merupakan satu lagi anggota yang penting. Belgium, Serbia, Greece, Montenegro, dan Romania[1] adalah anggota sahabat Entente.[2]

Persetiaan Sèvres 1920 mentakrifkan Kuasa Bersekutu Utama sebagai Empayar British, Republik Perancis, Itali dan Jepun. Kuasa Bersekutu terdiri daripada, bersama dengan Kuasa Bersekutu Utama, Armenia, Belgium, Greece, Hejaz, Poland, Portugal, Romania, negara Serb-Croat-Slovene dan Czechoslovakia.[3]

Pengisytiharan perang A.S. ke atas Jerman, pada 6 April 1917 adalah berdasarkan alasan bahawa Jerman telah melanggar keamanan dengan menyerang perkapalan antarabangsa dan Telegram Zimmermann yang dihantar ke Mexico.[4] Ia mengisytiharkan perang ke atas Austria-Hungary pada Disember 1917.[5][6] A.S. memasuki perang sebagai sebuah "kuasa sahabat", bukannya sebagai sekutu rasmi Perancis dan United Kingdom, bagi mengelak "pembabitan asing".[7] Walaupun Empayar Uthmaniyah dan Bulgaria memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat, masing-masing tidak mengisytiharkan perang.[8]

Dominion dan Jajahan Diraja Empayar British membuat sumbangan besar kepada gerakan perang Bersekutu, tetapi mempunyai dasar luar negeri yang bebas dalam Perang Dunia I dengan Kabinet Perang British menjalankan kawalan operasi terhadap tentera Empayar British. Kerajaan Dominion melakukan kawalan pengrekrutan, dan memindahkan anggota dari tugas-tugas medan perang sebagaimana yang mereka anggap wajar. Dari awal tahun 1917, Kabinet Perang telah digantikan oleh Kabinet Perang Imperial, yang mempunyai perwakilan Dominion. Kor Australia dan Kor Kanada telah diletakkan dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral John Monash dari Australia dan Left.Jen. Arthur Currie dari Kanada,[9] yang melapor pula kepada para jeneral British.[petikan diperlukan] Pada April 1918, pengendalian operasi semua pasukan Entente di Barisan Barat diserahkan kepada Pemerintah Tertinggi baru, Marsyal Ferdinand Foch dari Perancis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • ↑1 The War Office (2006) [1922]. Statistics of the military effort of the British Empire during the Great War 1914—1920. Uckfield, East Sussex: Military and Naval Press. ISBN 1-84734-681-2. OCLC 137236769. 
  • ↑2 Gilbert Martin (1994). Atlas of World War I. Oxford University Press. ISBN 0-19-521077-8. OCLC 233987354. 
  • ↑3 Tucker Spencer C (1999). The European Powers in the First World War: An Encyclopedia. New York: Garland. ISBN 0-8153-3351-X. 
  • ↑4 The Commonwealth War Graves Commission. "Annual Report 2005-2006" (PDF). 
  • ↑5 The Commonwealth War Graves Commission. "Debt of Honour Register". Diarkibkan daripada asal pada 18 January 2012. 
  • ↑6 Urlanis Boris (2003) [1971, Moscow]. Wars and Population. Honolulu: University Press of the Pacific. OCLC 123124938. 
  • ↑7 Huber Michel (1931). La population de la France pendant la guerre, avec un appendice sur Les revenus avant et après la guerre (dalam bahasa French). Paris. OCLC 4226464. 
  • ↑8 Bujac Jean Léopold Emile (1930). Les campagnes de l'armèe Hellènique 1918–1922 (dalam bahasa French). Paris: Charles-Lavauzelle. OCLC 10808602. 
  • ↑9 Mortara Giorgio (1925). La Salute pubblica in Italia durante e dopo la Guerra (dalam bahasa Italian). New Haven, Connecticut: Yale University Press. OCLC 2099099. 
  • ↑10 Harries Merion, Harries Susie (1991). Soldiers of the Sun – The Rise and Fall of the Imperial Japanese Army. Random House. ISBN 0-679-75303-6. OCLC 32615324. 
  • ↑11 Clodfelter Michael (2002). Warfare and Armed Conflicts : A Statistical Reference to Casualty and Other Figures, 1500–2000 (edisi 2nd). London: McFarland. ISBN 0-7864-1204-6. OCLC 48066096. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

See List of World War I books

  • Ellis, John and Mike Cox. The World War I Databook: The Essential Facts and Figures for All the Combatants (2002)
  • Esposito, Vincent J. The West Point Atlas of American Wars: 1900–1918 (1997) despite the title covers entire war; online maps from this atlas
  • Falls, Cyril. The Great War (1960), general military history
  • Gooch, G. P. Recent Revelations Of European Diplomacy (1940), 475pp summarizes memoirs of major participants
  • Higham, Robin and Dennis E. Showalter, eds. Researching World War I: A Handbook (2003), historiography, stressing military themes
  • Pope, Stephen and Wheal, Elizabeth-Anne, eds. The Macmillan Dictionary of the First World War (1995)
  • Strachan, Hew. The First World War: Volume I: To Arms (2004)
  • Trask, David F. The United States in the Supreme War Council: American War Aims and Inter-Allied Strategy, 1917–1918 (1961)
  • Tucker, Spencer, ed. The Encyclopedia of World War I: A Political, Social, and Military History (5 volumes) (2005), online at eBook.com
  • Tucker, Spencer, ed. European Powers in the First World War: An Encyclopedia (1999)

Templat:Perang Dunia 1 Templat:WWI history by nation