Piper Perabo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piper Perabo
Perabo di Persidangan-Komik San Diego Antarabangsa pada Julai 2011
Kelahiran
Piper Lisa Perabo

(1976-10-31) 31 Oktober 1976 (umur 47)
WarganegaraAmerika Syarikat Amerika Syarikat
PendidikanIjazah dalam Seni Teater
Pusat pendidikanKolej Honors Tutorial [2]
PekerjaanPelakon (1997-kini)
Kampung asalToms River, New Jersey

Piper Lisa Perabo dilahirkan pada 31 Oktober 1976 di Texas, Amerika Syarikat merupakan pelakon filem dan siri televisyen Amerika Syarikat. Ia berperanan sebagai Nora Baker-McNulty dalam filem Cheaper by the Dozen dan Cheaper by the Dozen 2. Ia juga berperanan sebagai Rachel Ashe Lynn dalam filem Beverly Hills Chihuahua.

Ibunya merupakan terapi fizikal dan bapanya Dean bagi Kesusteraan dan bahasa Inggeris di Kolej Ocean. Nama luar biasa Perabo datangnya dari pelakon wanita Piper Laurie, yang dia dinamakan sempenanya. Perabo juga mempunyai dua orang adik lelaki yang ingin menjadi pelakon.

Piper merupakan pelajar cemerlang dan pencapai cemerlang semasa sekolah menengah. Dia merupakan presideng National Honor Society, ahli kumpulan sorak, dan muncul dalam muzikal sekolah. Selepas tamat sekolah menengah, Perabo pergi ke Universiti Ohio di Athens, Ohio dan tapat pada tahun 1998 dengan Ijazah daam Seni Halus dalam drama. Dia pergi ke Bandaraya New York bagi bidang lakonan dan mendapat peranan pertamanya dalam filem pendek "Single Spaced". Peranannya adalah sebagai sotong gergasi. Pada tahun berikutnya dia dalam filem feture "Whiteboys". Sungguhpun filem tersebut tidak mendapat perhatian, ia membawa kepada dia berlakon dalam filem budget besar "The Adventures of Rocky & Bullwinkle" pada tahun 2000. Ia adalah filem berikutnya yang mendapatkan perhatian bagi Piper Perabo.

Dia berlakon sebagai peranan utama dalam filem Coyote Ugly mengenai gadis bandar kecil yang berpindah ke Bandaraya New York bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi penulis lagu. Filem ini mendapat perhatian dan Perabo dicalon bagi beberapa anugerah. Sungguhpun dengan kejayaan ini, kerjaya Perabo naik turun untuk beberapa tahun berikutnya. Dia berlakon dalam beberapa filem popular seperti "Cheaper by the Dozen" tetapi termasuk beberapa filem tayangan terhad. Pada tahun 2009, Perabo pertama kali muncul di Broadway dalam pementasan "Reasons to be Pretty" by Neil LaBute. Dia kini tinggal di Bandaraya New York.

Filem lakonan[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Year Title Role Notes
1997 Single Spaced The Dame Filem pendek
1999 Knuckleface Jones Gadis Itu Filem pendek
1999 Whiteboyz Sara
2000 The Adventures of Rocky and Bullwinkle Karen Sympathy
2000 Coyote Ugly Violet "Jersey" Sanford
2000 Followers Gadis berparti
2001 Lost and Delirious Pauline "Paulie" Oster
2002 Slap Her... She's French Genevieve Le Plouff Ditayangkan di Amerika sebagai She Gets What She Wants
2002 Flowers Iris
2003 Cheaper by the Dozen 2 Nora Baker
2004 Perfect Opposites Julia Bishop
2004 The I Inside Anna
2004 George and the Dragon Princess Luma
2005 Perception Jen
2005 Karas: The Prophecy Yurine (suara) Video
2005 The Cave Charlie
2005 Imagine Me & You Rachel
2005 Edison Willow Ditayang di Amerika sebagai Edison Force
2005 Good Morning Baby Gabriella Filem pendek
2005 Cheaper by the Dozen 2 Nora Baker-McNulty
2006 10th & Wolf Brandy
2006 First Snow Deirdre
2006 The Prestige Julia McCullough
2007 Because I Said So Mae
2007 In Vivid Detail Leslie Filem pendek
2008 The Prince of Motor City Meg Riley TV film
2008 Beverly Hills Chihuahua Rachel
2008 The Lazarus Project Lisa Garvey
2009 Sordid Things Tabitha White
2009 Carriers Bobby
2010 Ashes Bettina
2012 Looper Suzie
2013 Endangered Michelle In post-production; juga dikenali sebagai Red Machine

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ According to the State of Texas. Texas Birth Index, 1903–1997. At Ancestry.com
  2. ^ "Hollywood actress returns to OHIO for guest lecture". Outlook. January 11, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-05. Dicapai pada April 13, 2012.