Beverly Hills Chihuahua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Beverly Hills Chihuahua
PengarahRaja Gosnell
PenerbitDavid Hoberman
Todd Lieberman
John Jacobs
Ricardo Del Rio
PenulisJeffrey Bushell
Dibintangi olehDrew Barrymore
George Lopez
Pablo Francisco
Eddie "Piolin" Sotelo
Manolo Cardona
Piper Perabo
Jamie Lee Curtis
Muzik olehHeitor Pereira
SinematografiPhil Meheux
Disunting olehSabrina Plisco
PengedarWalt Disney Pictures
Mula ditayangkan
KuwaitMexico: 1 Oktober 2008
Amerika SyarikatKanada: 3 Oktober 2008
Tempoh tayangan
91 minit
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Sepanyol
Perbelanjaan$20,000,000
Pecah panggung$111.8 juta (seluruh dunia)

Beverly Hills Chihuahua (Chihuahua Beverly Hills) ialah sebuah filem drama komedi aksi tahun 2008 dari Walt Disney Pictures yang diarahkan oleh Raja Gosnell. Gazet awal filem ini telah dilampirkan bersama The Chronicles of Narnia: Prince Caspian. Asalnya, filem ini dijadualkan ditayangkan pada 26 September 2008, tetapi kemudian dilambatkan kepada 3 Oktober. Gazet untuk filem Disney Bolt dapat dilihat di awal filem ini. Plot cerita ini berkisar mengenai seekor anjing Chihuahua Chloe, yang diculik di Mexico dan terpaksa melarikan diri dari seekor anjing Doberman jahat El Diablo, dengan bantuan seekor anjing German Shepherd yang kesepian Delgado, dan seekor Chihuahua hiperaktif jantan yang jatuh hati padanya Papí.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Vivian Ashe meninggalkan anjing Chihuahua peliharaannya Chloe dengan anak saudaranya yang kurang bertanggungjawab bernama Rachel untuk dijaga. Akan tetapi, apabila Rachel membuat keputusan pergi ke Mexico bersama rakan-rakannya, Chloe sesat dan diculik. Dia diselamatkan oleh Delgado, seekor anjing German Shepherd yang kesepian yang pernah menjadi seekor anjing polis. Akibatnya, mereka menjadi buruan seekor anjing Doberman yang tidak mempunyai belas kasihan bernama El Diablo. Sementara Chloe dan Delgado cuba mencari jalan ke Beverly Hills, Papi, seekor chihuahua hiperaktif yang telah jatuh dengan Chloe, dengan tuannya Sam serta Rachel cuba mencari Chloe di Mexico manakala El Diablo cuba menangkap Chloe untuk tuannya, seorang ketua geng sabung anjing.

Watak[sunting | sunting sumber]

Manusia[sunting | sunting sumber]

Haiwan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]