Batu kapur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Batu kapur di Plato Cumberland, Tennessee

Batu kapur (bahasa inggris: limestone) (CaCO3) merupakan sejenis batuan enapan yang terdiri daripada mineral kalsit dan aragonit, yang merupakan dua varian yang berbeza daripada CaCO3 (kalsium karbonat). Sumber utama dari kalsit ialah organisma laut. Organisma ini mengeluarkan rangka yang keluar ke air dan terdeposit di dasar lautan sebagai kelodak pelagik (lihat lsoklin untuk maklumat tentang dissolusi kalsit).

Kalsit sekunder juga dapat didepositkan oleh air meteorik tersupersaturasi (air tanah yang mengendapkan material di gua). Ini menghasilkan speleothem seperti stalagmit dan stalaktit. Bentuk yang lebih jauh terbentuk dari Oolite (batu kapur Oolitik) dan dapat dikenali dengan penampilannya yang granular. Batu kapur membentuk 10% dari seluruh isipadu batuan sedimen.

Batu kapur dengan fosil