Polietilena tereftalat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Polietilena tereftalat (singkatannya PET, PETE atau PETP, PET-P) adalah suatu resin polimer termoplastik dari kelompok poliester. PET banyak dihasilkan dalam industri kimia dan digunakan dalam serat sintetis, botol minuman dan bekas makanan, penggunaan pembentukan terma, dan digabungkan dengan serat kaca dalam resin teknik. PET merupakan salah satu bahan mentah terpenting dalam tekstil.

Struktur kimia polietilena tereftalat

PET dapat wujud dalam amorf (lutcahaya) atau sebagai bahan semi-hablur yang putih dan tidak lutcahaya, bergantung kepada proses dan riwayat termanya. Monomernya dapat dihasilkan melalui pengesteran asid tereftalat dengan etilen glikol, dengan air sebagai hasil sampingannya. Monomer PET juga dapat dihasilkan melalui tindak ba;as pengtransesteran etilen glikol dengan dimetil tereftalat dengan metanol sebagai hasil samping. Polimer PET dihasilkan melalui tindak balas pempolimeran kondensasi daripada monomernya. Tindak balas ini terjadi ketika pengesteran/pengtransesteran dengan etilen glikol sebagai hasil sampingan (dan etilen glikol ini biasanya dikitar semula).

Kebanyakan (sekitar 60%) daripada hasil PET dunia digunakan dalam serat sintetik, dan penghasilan botol mencapai 30% daripada permintaan dunia. Penggunaannya dalam bidang tekstil, PET biasanya disebut dengan poliester saja.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]