PlayStation Eye

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
PlayStation Eye
Sony-PlayStation-3-Eye.png
Pembangun Sony Computer Entertainment
Keluarga produk PlayStation
Jenis Kamera permainan video
Generasi Generasi ketujuh
Tarikh jualan Oktober 2007
Kamera
  • 640×480 piksel @ 60 Hz[1]

  • 320×240 piksel @ 120 Hz[1]
Ketersambungan USB 2.0 (type-A)
Dimensi 80mm × 55mm × 65mm
(3.25" × 2.12" × 2.5")
Pendahulu EyeToy
Pengganti PlayStation Camera
Rencana berkait PlayStation Move, EyeToy, Xbox Live Vision, Kinect

PlayStation Eye (dicap dagang sebagai PLAYSTATION Eye) adalah sebuah peranti kamera digital, seperti kamera web, sebagai aksesori tambahan untuk konsol PlayStation 3. Peranti ini menggunakan keamatan komputer dan penjejak pergerakan yang akan memproses imej yang diambil dari kamera. Keadaan ini membolehkan pemain berinteraksi dengan situasi di dalam permainan video menggunakan pengesanan pergerakan dan warna serta bunyi yang dirakam menerusi mikrofon terbina. Kamera ini merupakan pengganti kepada EyeToy yang digunakan dalam konsol PlayStation 2 yang dilancarkan sekitar tahun 2003. Menurut pereka asal EyeToy, Richard Marks, model EyeToy digunakan bagi mengira kos rekabentuk secara kasar[2].

PlayStation Eye dilancarkan menerusi pek berkas bersama dengan permainan video The Eye of Judgment di Amerika Syarikat pada 23 Oktober 2007[3], di Jepun dan Australia pada 25 Oktober 2007[4][5] dan di kawasan Eropah pada 26 Oktober 2007[6][7]. Pengguna juga boleh mendapatkan peranti ini yang dijual secara berasingan di kawasan Amerika Syarikat[8] kawasan Eropah,[6] dan Australia.[9]

Pada tahun 2013, Sony mengumumkan bahawa peranti PlayStation Eye akan digantikan dengan peranti PlayStation Camera yang akan digunakan untuk konsol PlayStation 4.


Komponen[sunting | sunting sumber]

Kamera[sunting | sunting sumber]

PlayStation Eye berupaya merakam video dengan kadar 60 Hz dengan resolusi 640×480 piksel atau dengan kadar 120 Hz dengan resolusi 320×240 piksel[1]. Ianya empat kali ganda resolusi dan dua kali ganda kadar bingkai berbanding dengan EyeToy, menurut Sony[10]. Kadar bingkai yang lebih tinggi, sehingga 180 Hz dengan resolusi 320×240 piksel atau 75 Hz dengan resolusi 640×480 piksel boleh dicapai dengan menggunakan aplikasi khas seperti Freetrack atau Linuxtrack[11].

Kamera Eye berkeupayaan melakukan pengesanan dengan kadar dua kali ganda berbanding EyeToy[10], di mana Sony bekerjasama dengan pembuat cip mikropemproses pengesan OmniVision Technologies dalam membina cip mikropemproses menggunakan tatasusunan piksel yang lebih besar, yang membolehkan kamera menjejak pergerakan dalam situasi cahaya malap[2]. Sony menyatakan bahawa PlayStation Eye mampu mengeluarkan kualiti video yang munasabah walaupun menggunakan pencahayaan daripada set televisyen[10].

Kamera ini terdiri daripada dua buah lensa zum berfokus tetap. Pengguna boleh memusingkan laras lensa tersebut sehingga 56 darjah sudut pandangan, sama seperti yang terdapat pada peranti EyeToy[10], untuk penggunaan dalam aplikasi sosial, atau 75 darjah sudut pandangan untuk sudut pandangan jauh yang biasanya digunakan bagi mewujudkan suasana interaktif dalam permainan video[1].

PlayStation Eye berupaya untuk menyediakan video ke dalam konsol dalam keadaan nyahmampat atau menggunakan kaedah pemampatan JPEG[1].

Mikrofon[sunting | sunting sumber]

PlayStation Eye menampilkan empat tatasusunan mikrofon terbina[1], di mana konsol PlayStation 3 akan menggunakan teknologi penjejak suara berbilang arah, pembatalan gema dan penghapusan bunyi latar belakang. Fungsi ini membolehkan peranti ini digunakan dalam keadaan yang bising tanpa menggunakan fon kepala[1]. Kesemua tatasusunan mikrofon ini memproses bunyi 16-bit pada kadar 48 kHz dan kadar signal-hingar sebanyak 90 desibel[1].


Penggunaan[sunting | sunting sumber]

PlayStation Eye digunakan dalam melakukan pengesanan pergerakan serta interaksi dengan pemain semasa bermain permainan video ataupun melakukan aktiviti sosial. Pada awalnya, aplikasi yang digunakan untuk PlayStation Eye memiliki fungsi dan teknik yang sama seperti EyeToy seperti pengesan pergerakan yang ringkas atau pengesan warna. Walau bagaimanapun, dengan pengenalan aksesori PlayStation Move dalam acara Electronic Entertainment Expo 2009[12][13], Sony mempromosikan beberapa teknologi lain yang terdapat dalam PlayStation Eye ini[14].

Antara teknologi yang disebutkan termasuklah Vision Library[15], yang berupaya melakukan analisis pengecaman wajah dan penjejak muka[13], dan PlayStation Voice Recognition (PSVR), pustaka berkaitan pengecaman suara yang akan menyokong sehingga 20 jenis bahasa[16]. Menurut Sony, teknologi pengecaman wajah dapat mengenalpasti bahagian pada wajah seperti mata, mulut, kening mata, hidung dan cermin mata; mampu membaca bentuk mulut, mengesan senyuman[14], mengenalpasti posisi dan arah wajah pemain serta mampu menganggar umur dan jantina daripada wajah pemain[12].

EyeCreate[sunting | sunting sumber]

Pengguna juga ditawarkan aplikasi EyeCreate secara percuma, iaitu aplikasi berkaitan memanipulasi media[17] yang membolehkan pengguna mendapatkan gambar, video dan klip suara dari cakera keras pada konsol PlayStation 3. EyeCreate memiliki ciri-ciri seperti mengambil gambar dalam pilihan yang berbeza, termasuklah gerak henti dan selang masa (Bahasa Inggeris: Time-lapse)[18][17]. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna menyunting media, menyimpan atau berkongsi media ke laman sosial.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h "PLAYSTATIONEye Brings Next-Generation Communication to PLAYSTATION3". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada original pada 13 Januari 2008. Dicapai pada 19 April 2017. 
  2. ^ a b Croal, N'Gai (30 April 2007). "Geek Out: The Playstation Eye is Nearly Upon Us. Dr. Richard Marks Takes Us Behind the Scenes of its Birth.". N'Gai Croal's Level Up. Newsweek. Diarkibkan daripada original pada 5 Julai 2007. Dicapai pada 1 Mei 2007. 
  3. ^ Valledor, Mark (20 September 2007). "5 Things You *Don't* Know: THE EYE OF JUDGMENT". PlayStation.Blog. Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 25 Ogos 2007. 
  4. ^ "The Eye of Judgment(アイ・オブ・ジャッジメント) Biolith Rebellion ~機神の叛乱~ " (Adobe Flash). jp.playstation.com. Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 25 Ogos 2007. 
  5. ^ "Eye of Judgment". au.playstation.com. Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada original pada 1 September 2007. Dicapai pada 12 Oktober 2007. 
  6. ^ a b "PlayStation Eye to launch on November 7". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada original pada 27 Oktober 2007. Dicapai pada 26 Oktober 2007. 
  7. ^ "PlayStation Eye Street Date". SPOnG. SPOnG. 16 Oktober 2007. Dicapai pada 18 Oktober 2007. 
  8. ^ Stocker, Sarah (10 Oktober 2007). "PlayStation Eye, A Little More Info…". PlayStation.Blog. Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 11 Okotber 2007. 
  9. ^ "PLAYSTATION Eye". au.playstation.com. Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada original pada 2007-10-20. Dicapai pada 2007-10-12. 
  10. ^ a b c d "PlayStation Eye - Q+A'". Three Speech. ThreeSpeech.com. 26 April 2007. Dicapai pada 30 April 2007. 
  11. ^ "How To Build Your Own IR Head Tracker". PC Gamer. 5 Oktober 2011. Dicapai pada 19 April 2017. 
  12. ^ a b French, Michael (16 Julai 2009). "Sony developing PSEye facial recognition software". Majalah Develop. Intent Media. Dicapai pada 17 Julai 2009. Some of the advantages boasted by Microsoft's Natal controller are already in the PSEye, Sony said today. 
  13. ^ a b McWhertor, Michael (19 Jun 2009). "Sony Spills More PS3 Motion Controller Details To Devs". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 17 Julai 2009. Sony boasts that the 'face-tracking and head-tracking capability already in the PS3 SDK' will offer developers 'powerful tools for new types of user interaction.' 
  14. ^ a b Kumar, Mathew (16 Julai 2009). "Develop 2009: SCEE's Hirani Reveals PS Eye Facial Recognition, Motion Controller Details". Gamasutra. Think Services. Dicapai pada 17 Julai 2009. We have a wealth of libraries available, and the chances are you won’t have to develop any technology yourself. 
  15. ^ Kentarou Suzuki (10 September 2009). Vision Library for PlayStation Eye (podcast). DigInfo TV. Peristiwa berlaku di 1:03. Diarkibkan daripada original (Flash Video) pada 10 September 2009. Dicapai pada 15 Julai 2010. 
  16. ^ Kentarou Suzuki (8 September 2009). PlayStation 3 Voice Recognition – PSVR (podcast). DigInfo TV. Diarkibkan daripada original (Flash Video) pada 8 September 2009. Dicapai pada 15 Julai 2010. 
  17. ^ a b "EyeCreate™ Game PS3 - PlayStation". PlayStation. Dicapai pada 19 April 2017. 
  18. ^ Lutton, Greg (11 Oktober 2007). "EyeCreate in Action" (Flash). PlayStation.Blog. Sony Computer Entertainment America. Dicapai pada 13 Oktober 2007. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]