Mikrofon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Model mikrofon 55s Shure Bersaudara mikrofon berimpedans multi dinamik "Small Unidyne", tahun 1951
Mikrofon dinamik jenama Sennheiser

Mikrofon ialah sejenis alat pemindah yang menukarkan gelombang bunyi kepada isyarat elektrik.

Mikrofon digunakan dalam pelbagai perkakasan seperti telefon, alat bantu dengar, sistem hebahan awam untuk dewan konsert dan keramaian, pembikinan filem, kejuruteraan audio secara langsung dan dalam rakaman, rakaman bunyi, radio dua hala, megafon, penyiaran radio dan televisyen, dalam komputer untuk merakam suara, pengecaman pertuturan, dan sistem Suara melalui Protokol Internet serta untuk tujuan bukan akustik seperti penderia ultrasonik atau penderia ketukan (knock sensors).

Beberapa jenis mikrofon yang digunakan, masing-masing menggunakan cara berbeza untuk menukar tekanan udara daripada gelombang bunyi yang pelbagai menjadi isyarat elektrik. Jenis mikrofon yang paling umum adalah mikrofon dinamik yang menggunakan gegelung dawai tergantung dalam medan magnet; mikrofon kondenser yang menggunakan gegendang bergetar sebagai plat kapasitor, dan mikrofon piezoelektrik yang menggunakan bahan kristal piezoelektrik. Mikrofon biasanya perlu disambungkan kepada praamplifier sebelum isyarat yang terkandung boleh dirakam atau dikeluarkan semula.

Komponen[sunting | sunting sumber]

Simbol elektronik mewakili mikrofon

Bahagian pemindah sensitif pada mikrofon dipanggil kapsul. Bunyi ditukarkan menjadi pergerakan mekanikal melalui getaran pada gegendang yang kemudiannya ditukar menjadi isyarat elektrik. Alat mikrofon lengkap juga mempunyai perumah, suatu saluran membawa isyarat dari kapsul mikrofon kepada peralatan lain, dan litar elektronik (seringkalinya) untuk menyesuaikan output kapsul kepada peralatan yang didorong. Mikrofon jenis tanpa wayar mengandungi pemancar radio.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Mikrofon dinamik[sunting | sunting sumber]

Mikrofon jenis ini berfungsi menggunakan aruhan elektromagnet. Ia menghasilkan suara yang jelas, mudah didapati serta dapat menahan kelembapan persekitaran, oleh itu mikroofn jenis ini kerap digunakan untuk aktiviti luar (misalnya persembahan pentas langsung).

Mikrofon elektret[sunting | sunting sumber]

Elektret di sini merupakan gabungan 'elektrostatik' dan 'magnet' di mana cas elektrik dibekalkan secara dalaman melalui bahan ferroelektrik yang diberikan cas elektrik secara kekalnya, atau dikutubkan.

Mikrofon karbon[sunting | sunting sumber]

Mikrofon jenis ini mengandungi kapsul berisi butiran karbon yang ditekankan antara dua plat logam. Voltan dikenakan pada melalui plat logam ini, menybabkan arus kecil mengalir melalui butiran karbn tersebut. Salah satu plat ini yang merupakan gegendang bergetra mengikut gelombang bunyi yang mendatang dan mengenakan tekanan berbeza pada karbon. Tekanan yang berubah-ubah mengolah butiran karbon menyebabkan titik sentuh antara pasangan butiran turut berubah menjejaskan rintangan elektrik jisim keseluruhan butiran tersebut. Perubahan rintangan ini mengubah arus yang mengalir dalam mikrofon lalu menghasilkan isyarat elektrik. Mikrofon karbon dahulunya sering digunakan dalam pembuatan telefon atas sifat pengeluaran bunyinya yang kuat walaupun keluaran bunyinya bermutu rendah serta mempunyai julat tindak balas frekuensi yang terhad.

Mikrofon kondenser (mikrofon berkapasitor)[sunting | sunting sumber]

Gegendang mikrofon bertindak sebagai kapasitor, dengan getaran yang dihasilkan mengubah-ubah jarak antara plat dalaman.

Mikrofon piezoelektrik (mikrofon kristal)[sunting | sunting sumber]

Mikrofon jenis ini mengguna pakai sifat piezoelektrik—yakni kebolehan sesetengah bahan menghasilkan voltan apabila dikenakan tekanan—untuk menukarkan getaran bunyi kepada isyarat elektrik.

Mikrofon pita[sunting | sunting sumber]

Mikrofon pita menggunakan pita logam yang nipis dan berlipat tergantung dalam sebuah medan magnetik. Pita ini dihubungkan secara elektrik kepada output mikrofon, dan getaran pita dalam medan magnet menghasilkan isyarat elektrik. Mikrofon pita yang asas mengesan bunyi dalam pola dwiarah kerana sifat pita yang terbuka pada dua sisinya. Jisim pita yang sedikit menyebabkan mikrofon jenis ini lebih bertindak balas kepada kelajuan udara berbanding tekanan bunyi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]