Poetics

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Poetics Aristotle (Bahasa Yunani: Περὶ ποιητικῆς, sekitar tahun 335 SM[1]) ialah karya teori dramatik awal dan juga treatis falsafah pertama yang bertumpukan teori sastera yang masih kekal.[2] Dalamnya, Aristotle menawarkan riwayat apa yang digelarnya poetry ("puisi") (kata dalam bahasa Yunani yang harfiahnya bermaksud "mencipta" dan justeru dalam konteks ini merangkumi dramakomedi, tragedi, dan lakonan satir—dan juga puisi prosa, puisi epik, dan unsur-unsur asas. Analisis Aristotle terhadap tragedi menjadi teras perbincangan dalam Poetics.[3]

Karya ini hilang daripada dunia Barat dan sering disalah tafsir buat masa yang lama. Ia hanya muncul semula pada Zaman Pertengahan dan awal Zaman Pembaharuan selepas sebuah terjemahan Latin dibuat daripada versi Arab yang ditulis Ibnu Rushd (Latin:Averroes), seorang Kadi dan ahli falsafah Islam dari Al-Andalus.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dukore (1974, 31).
  2. ^ Janko (1987, ix).
  3. ^ Aristotle Poetics 1447a13 (1987, 1).
  4. ^ Habib, M.A.R. (2005). A History of Literary Criticism and Theory: From Plato to the Present. Wiley-Blackwell. m/s. 60. ISBN 0-631-23200-1. 

Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.