Pokémon: Jirachi Wish Maker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokémon Jirachi: Wish Maker
PengarahKunihiko Yuyama
Eric Stuart
Kathy Pillion
PenerbitNorman J. Grossfeld
Kathy Borland
PenulisNorman J. Grossfeld
Hideki Sonoda
PengedarToho (Jepun)
Miramax Films (Amerika Utara)
NegaraJepun
Amerika Syarikat
BahasaJepun
Inggeris

Pokémon: Jirachi Wish Maker (劇場版ポケットモンスター アドバンスジェネレーション 七夜の願い星 ジラーチ, Gekijōban Poketto Monsutā Adobansu Jenerēshon Nanayo no Negaiboshi Jirāchi) ialah filem keenam untuk siri anime Pokémon, dan yang pertama dalam Advanced Generation; di mana ia merupakan filem pertama yang tidak menonjolkan Misty kerana dia tidak menjadi watak dalam Advanced Generation. Filem ini disertakan dengan sketsa Gotta Dance. Mula ditayangkan di Jepun pada 19 Julai 2003. Versi adaptasi bahasa Inggeris diterbitkan terus kepada VHS dan DVD oleh Buena Vista Home Entertainment pada 1 Jun 2004.

Lagu yang dimainkan dalam filem ini ialah oleh Chiisaki Mono Asuca Hayashi dalam kedua-dua versi bahasa Inggeris dan Jepun, tetapi dalam versi Inggeris bertajuk Make a Wish dan terdapat tambahan kepada lirik. Ia menjadi filem pertama Pokémon yang menggunakan lagu asal dalam versi Inggeris yang jelas diperdengarkan. Nama-nama watak sampingan juga sama dalam kedua-dua versi, menjadikan filem ini pertama seumpanya dalam siri filem Pokémon.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]