19 Julai
Jump to navigation
Jump to search
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2021 |
19 Julai merupakan hari ke-200 (hari ke-201 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 165 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Martir Myanmar;
- Hari Kemerdekaan di Laos (1949).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 64 – Kebakaran Agung Rom bermula berhampiran Circus Maximus. Legenda popular, namun tidak benar, menyatakan Maharaja Rom Nero bermain lyre dan bernyanyi sambil menonton kebakaran dari jauh.
- 711 – Penaklukan Umayyad ke atas Hispania: Di Iberia, angkatan Umaiyah Moor yang diketuai Tariq ibn Ziyad menewaskan Roderic dan Visigoth dalam Pertempuran Guadalete.
- 1553 – Lady Jane Grey digantikan oleh Mary I dari England (gambar) sebagai Ratu England selepas hanya sembilan hari.
- 1848 – Konvensyen Hak Kewanitaan dibuka di Air Terjun Seneca, New York, Amerika Syarikat.
- 1870 – Pertikaian mengenai bakal raja Sepanyol menyebabkan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Prusia, memulakan Perang Perancis-Prusia.
- 1947 – Pejuang kebangsaan Myanmar Aung San dan enam anggota kabinet baharunya dibunuh ketika bermesyuarat.
- 1949 - Kemerdekaan Laos daripada negara Perancis.
- 1979 – Pemberontak Sandinista menggulingkan kerajaan keluarga Somoza yang disokong Amerika Syarikat di Nicaragua.
- 2010 – Dua kereta api berlanggar di Bengal Barat, India, mengorbankan 63 orang dan mencederakan lebih 160 lagi.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1894 - Khawaja Nazimuddin, Perdana Menteri Pakistan ke-2
- 1922 - Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong ke-10
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1374 - Francesco Petrarca, penyajak dan sarjana bangsa Itali