Pokok Meranti Tembaga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Meranti Tembaga
Pengelasan saintifik


Pokok Meranti Tembaga ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Dipterocarpaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera. Nama botaninya *Shorea leprosula Miq.

Pokok ini merupakan sumber kayu komersil yang utama, dan dikelaskan sebagai meranti merah ringan.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Meranti Tembaga amat besar, dengan ukuran lilit yang boleh melebihi 3 meter (10 kaki) diameternya pada pangkal batang pokok. Akar banirnya amat ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit pokok: Berwarna perang kelabu dan licin, walaupun terdapat jalur-jalur yang sekata. Ranting-rantingnya amat berbulu pada hujungnya.
  • Daun: Licin pada permukaan atas dan permukaan bawahnya dilitupi oleh bulu-bulu kuning.
  • Bunga: Kecil dan berwarna kuning pucat, dengan kelopak-kelopak yang sempit.
  • Buah: Merupakan kekeras yang berbentuk bujur, dengan tiga sayap panjang serta dua sayap pendek.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]