Dipterocarpaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Dipterocarpaceae
Keruing-keruingan
Dipterocarpus retusus - Köhler–s Medizinal-Pflanzen-054.jpg
Dipterocarpus retusus.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Blume (1825)
Genus

Dipterocarpaceae (turut disebut keruing-keruingan[1] atau meranti-merantian[2]) ialah sebuah famili yang terdiri daripada 16 genus dan lebih kurang 580-680 spesies. Spesies-spesies itu terutamanya terdiri daripada pokok-pokok hutan hujan tanah rendah tropika yang menghasilkan buah-buah bersayap. Genus-genus yang terbesar ialah Shorea (360 spesies), Hopea (105 spesies), Dipterocarpus (70 spesies), dan Vatica (60 spesies).[3]

Penghuraian[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan daripada spesies dalam famili Dipterocarpaceae adalah besar, dan tingginya biasa mencapai tinggi 40-70 m, beberapa sampai lebih 80 m (dalam genus Dryobalanops, Hopea dan Shorea, dengan spesimen hidup tertinggi (Shorea faguetiana) adalah 93.0 m tinggi. Spesies-spesies dalam famili ini adalah amat penting dalam perdagangan balak. Taburannya adalah di seluruh kawasan tropika, dari utara Amerika Selatan ke Afrika, Seychelles, India, Indochina, Indonesia, Malaysia dan Filipina. Kepelbagaian terbesar Dipterocarpaceae ditemui di Borneo. Kini, sebilangan spesies itu terancam disebabkan penebangan yang keterlaluan, pembalakan haram yang meluas dan kemusnahan habitat. Mereka membekalkan kayu yang bernilai, minyak pati yang semerbak, balsam dan resin, dan menjadi sumber papan lapis.

Benih meranti tembaga.
Pokok meranti.

Subfamili[sunting | sunting sumber]

Famili dipterokarpa ini secara amnya dibahagikan kepada dua subfamili:

  • Dipterocarpoideae: Terdiri daripada 13 genus sekitar 470 spesies, ia merupakan subfamili yang terbesar. Taburannya termasuk Seychelles, Sri Lanka, India, Asia Tenggara sehingga New Guinea, dan bertaburan besar di Borneo, di mana ia merupakan spesies yang utama di hutan tanah rendah. Dipterocarpoideae boleh dibahagikan kepada dua kumpulan (Ashton, 1982; serta Maury-Lechon dan Curtet, 1998):
    • Kumpulan Valvate-Dipterocarpeae (Anisoptera, Cotylelobium, Dipterocarpus, Stemonoporus, Upuna, Vateria, Vateriopsis, Vatica). Genus-genus untuk kumpulan ini mempunyai sepal bervalvat di dalam buah, saluran yang satu-satunya, saluran resin berselerak, dan bilangan kromosom asas x = 11.
    • Kumpulan Imbricate-Shoreae (Hopea, Parashorea, Shorea berserta Balanocarpus). Genus-genus untuk kumpulan ini mempunyai sepal berimbrikat di dalam buah-buahnya, saluran berkelompok, saluran resin dalam pita menyeleweng, dan bilangan kromosom asas x = 7. Kajian molekul yang terkini (Dayanandan et. al., 1999) menunjukkan bahawa genus Hopea mempunyai klad yang sama dengan seksyen Shorea, iaitu Anthoshorea dan Doona, dan oleh itu, harus digabungkan dengan Shorea.
  • Monotoideae: 2 genus, 30 spesies. Marquesia berasal dari Afrika. Monotes mempunyai 26 spesies, yang tersebar menyeberangi Afrika dan Madagascar. Pseudomonotes berasal dari Amazon Colombia.

Kajian genetik yang terbaru (Ducousso et. al. 2004) mendapati bahawa dipterokarpa Asia mempunyai leluhur yang sama dengan Sarcolaenaceae, sebuah famili pokok yang banyak didapati di Madagascar. Ini menunjukkan bahawa leluhur dipterokarpa berasal dari superbenua Gondwana di selatan, dan leluhur yang sama untuk kedua-dua dipterokarpa Asia dan Sarcolaenaceae telah didapati di daratan India-Madagascar-Seychelles berjuta-juta tahun dahulu, dan dibawa ke utara oleh India, dan kemudian berlanggar dengan Asia dan membenarkan dipterokarpa disebarkan menyeberangi Asia Tenggara dan Malesia.

Subfamili Pakaraimoideae yang dahulunya ditempatkan di sini dan tempatan di tanah tinggi Guyana dari Amerika Selatan, kini ditemukan lebih berkait rapat dengan Cistaceae dan ditempatkan di situ dalam APG IV (2016).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Huili; Yancong (30 Mei 2018). Jejak-jejak Hidup Tang Sanzang Menurut Penuturan Muridnya (dalam bahasa Indonesia). Diterjemahkan oleh Tony Mustika. Cermin Hening. m/s. 585. Dicapai pada 25 Januari 2022. ... sejenis tumbuhan pohon anggota suku keruing-keruingan (Dipterocarpaceae).
  2. ^ Sarah R. Megumi (18 Julai 2017). "Suku Meranti-Merantian, Buahnya Seperti Baling-Baling". Greeners.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 25 Januari 2022.
  3. ^ WFO (2022). "Dipterocarpaceae". World Flora Online (dalam bahasa Inggeris). The World Flora Online Consortium. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  • Ashton, P.S. Dipterocarpaceae. Flora Malesiana, 1982 Siri I, 92: 237-552.
  • Maury-Lechon, G. and Curtet, L. Biogeografi dan Sistematik Evolusi Dipterocarpaceae. Dalam Tinjauan Semula Dipterokarp: Taksonomi, ekologi dan silvikultur (Biogeography and Evolutionary Systematics of Dipterocarpaceae. In A Review of Dipterocarps: Taxonomy, ecology and silviculture), 1998. Appanah, S. dan Turnbull, edisi J.M., Center for International Forestry Research, Bogor, Indonesia. ISBN 979-8764-20-X.
  • Dayanandan, S. Ashton, P.S. Williams, S.M. Primack, R.B. 1999. Filogeni famili pokok tropika, Dipterocarpaceae, berdasarkan jujukan nukleotid untuk kloroplas gen RBCL (Phylogeny of the tropical tree family Dipterocarpaceae based on nucleotide sequences of the chloroplast RBCL gene). American Journal of Botany. 86(8): 1182.
  • M. Ducousso, G. Béna, C. Bourgeois, B. Buyck, G. Eyssartier, M. Vincelette, R. Rabevohitra, L. Randrihasipara, B. Dreyfus, Y. Prin. Leluhur sama yang terakhir untuk pokok-pokok Sarcolaenaceae dan dipterokarp Asia ialah Ectomycorrhizal sebelum pemisahan India dan Madagascar, kira-kira 88 juta tahun dahulu. Molecular Ecology 13:23 1 Januari 2004.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]