Pokok Nibung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokok Nibung
Oncosperma tigillarium.jpg
Oncosperma tigillarium di Malaysia
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperm
(tanpa pangkat): Monokot
(tanpa pangkat): Commelinids
Order: Arecales
Keluarga: Arecaceae
Genus: Oncosperma
Spesies: O. tigilarium
Nama binomial
Oncosperma tigillarium
(Jack) Ridl.[1]

Pokok Nibung (Oncosperma tigillarium syn. O. filamentosum) merupakan tumbuhan jenis palma dalam keluarga arecaceae yang berasal di Asia Tenggara. Ia biasanya tumbuh liar di seluruh negara Asia Tenggara terutama di kawasan berpaya. Ia boleh didapati dari Indocina hingga Kalimantan.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Pokok Nibung ini berupa pohon dengan bentuk khas palma: batang tidak atau jarang bercabang, mampu mencapai 25m, dapat memunculkan anakan yang rapat, membentuk rimbunan hingga 50 batang. Batang dan daunnya terlindungi oleh duri keras panjang berwarna hitam. Daunnya tersusun majemuk menyirip tunggal (pinnatus) yang berkesan dekoratif.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini dikenali di kawasan darat, air payau rendah, berhampiran kawasan berpaya di Indonesia, Malaysia, Sumatera, dan Filipina di Asia Tenggara. Ia merupakan tumbuhan tempatan di kawasan tersebut di bahagian barat Garis Wallace tumbuh di ketinggian bawah 150 metres. Ia terancam di sesetengah tempat akibat penebangan hutan, dan ia menjadi spesies ceroboh di sesetengah pulau tropika di Hemisfera Barat di mana ia ditanam sebagai pokok hiasan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pokok nibung biasanya tumbuh secara berumpun seperti pokok buluh. Serumpun nibung biasanya terdiri diantara 5 hingga 50 batang pokok. Ketinggian pokok nibung mencapai sehingga 30 meter. Batang pokok nibung biasanya lurus, mempunyai duri-duri keras dan panjang yang tajam berwarna hitam. Daunnya juga berduri seperti ini. Pokok Nibung membiak melalui pecahan rumpun dan biji benih.

Kayu nibung sangat tahan lapuk sehingga dipakai untuk penyangga rumah-rumah di tepi sungai di Sumatera dan Kalimantan. Jumpaan arkeologi di daerah Jambi menunjukkan sisa-sisa penyangga rumah dari kayu ini di atas tanah gambut dari perkampungan abad ke-11 hingga ke-13.[2] Kayunya juga dipakai untuk memerangkap ikan (di Kalimantan).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Vibe Norup, M (2006). "Homoplasious character combinations and generic delimitations: a case study from the Indo-Pacific arecoid palms (Arecaceae: Areceae)". American Journal of Botany. 93 (7): 1065–1080. doi:10.3732/ajb.93.7.1065.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  2. ^ Kompas Daring Bekas Pemukiman kuna di Delta Sabak ditemukan. Diakses 4 Juni 2008


Pautan luar[sunting | sunting sumber]