Kalimantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kalimantan
Pulau Kalimantan
كليمنتان
Borneo Topography.png
Topografi pulau Kalimantan
LocationBorneo.svg
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat1°00′N, 114°00′E
KepulauanKepulauan Sunda Besar
Luas751,929 km2 (290,321 bt2)
Kedudukan luas3
Aras tertinggi4,095 m (13,435 ft)
Puncak tertinggiGunung Kinabalu
Pentadbiran
ProvinsiKalimantan Barat
Kalimantan Tengah
Kalimantan Selatan
Kalimantan Timur
Kalimantan Utara
Penempatan terbesarCoats of arms of Samarinda City.svg Samarinda
Negara bagianSabah
Sarawak
Largest settlementKuching:[Penjelasan diperlukan]
Seal of North Kuching.svg Kuching Utara
Seal of South Kuching.svg Kuching Selatan
DistrikBelait
Brunei-Muara
Temburong
Tutong
Largest settlementBandar Seri Begawan
Demografi
Populasi21,258,000
(16,625,796 adalah penduduk Kalimantan di Indonesia)[1] (bancian 2020)
Pop. density21.52 /km2 (55.74 /sq mi)
Kumpulan etnikDayak, Tionghoa, Melayu, Kadazan, Banjar, Jawa

Kalimantan adalah sebuah pulau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara, dan terbesar ketiga di dunia dengan luas 751,929 km².[2][3] Kalimantan ialah sebuah istilah tempatan penduduk asli Nusantara (Bahasa Inggeris: the native or indigenous term) untuk menyebut pulau Borneo.[4] Ia bersempadanan dengan dua negeri Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak di bahagian utara, manakala di bahagian selatan ia bersempadanan dengan perairan Laut Jawa, di bahagian timur dengan Selat Makasar dan Laut Sulawesi, dan di bahagian barat dengan Selat Karimata.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada zaman Hindia-Belanda dan sebelumnya, Kalimantan merujuk kepada keseluruhan kepulauan Borneo yang merangkumi Sabah, Sarawak, Brunei, dan kawasan Kalimantan sekarang. Dalam surat-surat Pangeran Tamjidillah dari Kerajaan Banjar kepada Residen Belanda di Banjarmasin pada tahun 1857, beliau menyebut nama "Pulau Kalimantan", bukannya "Pulau Borneo". Ini menunjukkan bahawa di kalangan penduduk, nama "Kalimantan" lebih dikenali daripada nama "Borneo" yang digunakan oleh pentadbiran penjajah Hindia Belanda.

Sebahagian besar wilayah Kalimantan dari negeri Sambas sehingga negeri Berau merupakan bekas kawasan taklukan Kerajaan Banjar, tetapi kini, kawasan itu menyusut menjadi sebahagian kecil sahaja daripada wilayah Kalimantan Selatan ketika kini, setelah jatuh ketangan kesultanan Brunei. Dengan kedatangan British, British memisahkan Sabah, Sarawak dari Kalimantan (termasuk Brunei). Semasa Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia, Indonesia membantah kerana mereka bercita-cita menubuhkan Indonesia Raya, dan rancangan itu akan membahagi Kalimantan. Akan tetapi, British tetap meneruskan rancangan dan hanya mengiktiraf Kalimantan sebagai bahagian Indonesia sahaja, manakala keseluruhan kepulauan dipanggil Borneo. Sampai sekarang kepulauan itu dipanggil Borneo manakala bahagian Kalimantan pula merujuk sebagai wilayah selatan borneo (aka bahagian Indonesia). Nama Kalimantan kembali menjadi popular pada dekad 1940-an.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa huraian yang berbeza-beza tentang asalnya nama "Kalimantan":

  1. Menurut Kesultanan Brunei yang sebelumnya merupakan sebuah kerajaan yang besar (yang mencakupi Sarawak dan sebahagian Sabah kerana sebahagian Sabah dimiliki oleh Kesultanan Sulu-Mindanao), para pedagang Portugis menyebutnya sebagai Borneo dan nama itu kemudian digunakan oleh orang-orang Eropah. Namun penduduk asli menyebutnya sebagai "Pulo Klemantan".
  2. Menurut Crowfurd dalam "Kamus Deskriptif Pulau India" (Descriptive Dictionary of the Indian Island) (1856), perkataan "Kalimantan" adalah nama untuk sejenis buah mangga sehingga pulau Kalimantan dianggap sebagai sebuah pulau mangga. Namun beliau menambah bahawa perkataan itu berbau dongeng dan tidak popular.
  3. Menurut Dr. B. Ch. Chhabra dalam jurnal M.B.R.A.S., Jilid XV, bahagian 3, m.s. 79, kebiasaan bangsa India kuno untuk menyebut nama tempat sesuai dengan hasil bumi, umpamanya jewawut dalam bahasa Sanskrit yawa menyebabkan Pulau Jawa disebut yawadwipa dan berdasarkan analogi yang sama, pulau buah mangga ini dengan nama bahasa Sanskrit, Amra-dwipa,  menjadi "Kalimantan".
  4. Menurut C. Hose dan Mac Dougall, perkataan "Kalimantan" berasal daripada enam golongan suku-suku setempat, iaitu Dayak Laut (Iban), Kayan, Kenya, Klemantan, Munut, dan Punan. Dalam karyanya, "Manusia Semula Jadi, Sebuah Catatan dari Borneo" (Natural Man, a Record from Borneo) (1926), C. Hose menjelaskan bahawa "Klemantan" adalah nama baru yang digunakan oleh bangsa Melayu.
  5. Menurut W.H. Treacher dalam British Borneo di dalam jurnal M.B.R.A.S (1889), buah mangga liar tidak dikenali di Kalimantan utara. Lagi pula Borneo tidak pernah dikenali sebagai pulau yang menghasilkan buah mangga malah mungkin sekali daripada sebutan Pualu Sago kerana perkataan Lamantah adalah nama asli sagu mentah.
  6. Menurut Prof. Dr. Slamet Muljana dalam bukunya Sriwijaya  (LKIS 2006), perkataan "Kalimantan" bukannya perkataan bahasa Melayu asli tetapi kata pinjaman seperti perkataan "melayu" yang berasal daripada perkataan "malaya" di India ("malaya" bererti gunung). Kalimantan atau Klemantan  berasal daripada bahasa Sanskrit, Kalamanthana, iaitu pulau yang udaranya sangat panas atau membakar (kal[a] : musim, waktu dan manthan[a] : membakar). Kerana vokal a  pada akhir "kala" dan "manthana" menurut kebiasaan tidak disebut, maka "Kalamanthana" disebut sebagai Kalmantan.  Perkataan ini kemudian disebut oleh penduduk asli sebagai Klemantan atau Quallamontan yang akhirnya diturunkan menjadi Kalimantan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kalimantan dibahagikan kepada empat buah wilayah atau provinsi:

Nama Kalimantan yang lain[sunting | sunting sumber]

  • Waruna Pura
  • Tanjungpura (Bakulapura)
  • Tanjung Negara adalah sebutan untuk pulau Borneo oleh Kerajaan Majapahit. Kalimantan merupakan daerah taklukan Kerajaan Majapahit yang kelapan.
  • Hujung Tanah atau Ujung Tanah adalah sebutan pulau Kalimantan dalam Hikayat Banjar dan Hikayat Raja-raja Pasai. Nampaknya, ini adalah nama yang digunakan oleh penduduk Sumatera dan sekitarnya untuk menyebut pulau Kalimantan.
  • Pulau Kencana adalah sebutan untuk pulau Kalimantan dalam Ramalan Prabu Jayabaya dari Majapahit tentang prospek penguasaan Tanah Jawa oleh bangsa Jepun yang datang dari arah pulau Kencana (Kalimantan).

Kalimantan dalam nama[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  2. ^ "Kalimantan". kbbi.kemdikbud.go.id. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan. Dicapai pada 25 April 2021.
  3. ^ Senarai pulau di dunia mengikut keluasan
  4. ^ Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan