Pokok Tualang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Tualang (nyahkekaburan).
Koompassia excelsa
Koompasia excelsa.jpg
Koompassia excelsa
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Rosids
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Koompassia
Spesies: K. excelsa
Nama binomial
Koompassia excelsa
(Becc.) Taub.

Pokok Tualang ialah sejenis pokok saka yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Koompassia excelsa (Becc.) Taub.[1] Pokok Tualang merupakan spesies pokok hutan hujan tropika dalam keluarga Fabaceae. Ia banyak didapati di Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Ia merupakan salah satu spesies pokok tropika tertinggi: spesiment tertinggi berukuran 85.8 m[2] atau 88 m[3] (281 atau 289 kaki) tinggi.

Pokok Tualang tumbuh kebanyakannya di hutan hujan tanah rendah di mana ia tersergam di atas kanopi. Sebagaimana pokok hutan hujan tinggi yang lain, pokok tualang memiliki akar banir untuk menyokong beratnya. Keadaan akar ini disebabkan kebanyakan zat dalam tanah di hutan hujan berada di permukaan, menjadikan akar yang tersebar lebih berkesan berbanding akar dalam.[4]

Tualang mempunyai dahan atas kanopi (sekitar 30 m atau 100 kaki) dan memiliki kulit batang yang licin, yang menarik minat lebah madu gergasi Apis dorsata yang membuat sarang besar mereka dari dahannya. Lebah-lebah tersebut melindungi pokok Tualang daripada pembalak, kerana nilai madu adalah lebih tinggi berbanding kayu balak.[5] Terdapat juga pantang terhadap menebang pokok ini di sebahagian Sarawak, dan hanya pokok yang tumbang (akibat ribut) digunakan sebagai balak.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ SENARAI POKOK-POKOK BUAH-BUAHAN DAN POKOK-POKOK SUMBER MAKANAN FAUNA KHUSUSNYA BURUNG (YANG TIDAK BOLEH DITEBANG).
  2. ^ "Borneo". Eastern Native Tree Society. Dicapai pada 2008-06-12. 
  3. ^ Hou, D. Leguminosae (Subfamily Caesalpinioideae). In Tree Flora of Sabah and Sarawak, Volume 3, 2006. Soepadmo, E., Saw, L.G. eds. Government of Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 983-2181-06-2
  4. ^ Blue Planet Biomes
  5. ^ Templat:WWF ecoregion
  6. ^ http://www.sarawakforestry.com/htm/snp-np-loagan.asp