Pokok lekir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

(Bagang) Lekir / lokai / loki
Ubi sarek/ular/kekek
Bunga/kembang bangkai
Amorphophallus paeoniifolius (Philippines) 5.jpg
Pucuk lekir di Filipina
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
A. paeoniifolius
Nama binomial
Amorphophallus paeoniifolius
Sinonim[2]
  • Amorphophallus campanulatus (Roxb.) Blume ex Decne
  • Amorphophallus chatty Andrews
  • Amorphophallus decurrens (Blanco) Kunth.
  • Amorphophallus dixenii K.Larsen & S.S.Larsen
  • Amorphophallus dubius Blume
  • Amorphophallus gigantiflorus Hayata
  • Amorphophallus malaccensis Ridl.
  • Amorphophallus microappendiculatus Engl.
  • Amorphophallus rex Prain
  • Amorphophallus sativus Blume
  • Amorphophallus virosus N.E.Br.
  • Arum decurrens Blanco
  • Arum phalliferum Oken
  • Arum rumphii Oken
  • Conophallus sativus (Blume) Schott
  • Dracontium paeoniifolium Dennst.
  • Dracontium polyphyllum G.Forst.
  • Hydrosme gigantiflora (Hayata) S.S.Ying
  • Plesmonium nobile Schott
  • Pythion campanulatum Mart.

Pokok lekir, lokai, loki, ubi kekek[3], ubi ular[3], lekir sarek atau ubi sarek[3] dengan nama saintifik Amorphophallus paeoniifolius (sin. Amorphophallus campanulatus) adalah tumbuhan dalam genus Amorphophallus. Ia terkenal kerana bunganya yang mengeluarkan bau seakan bangkai yang menarik perhatian serangga yang mendebunga pokok tersebut.

Bunga ini bertaburan asal di Asia Tenggara namun ada juga tersebar dibawa orang-orang Austronesia sejauh Madagaskar di barat dan ke New Guinea dan Oceania di bahagian timur.[4][5][6]

Botani[sunting | sunting sumber]

Perbungaan ubi sarek

Umbisinya berwarna putih, sering dengan calitan warna merah jambu atau ungu. Tangkai daun tunggal utama yang tumbuh dari umbisi ini tumbuh mencapai 1.5 meter. Tangkai ini bersifat lembut dan menegak berwarna hijau berbelang putih menggelap apabila matang, permukaan tangkai daun kasar bila disentuh.

Bunga muncul apabila simpanan tenaga di umbi sudah mencukupi di mana seluruh daun termasuk tangkainya akan melayu. Bunga ini tumbuh menjambak pada tongkol yang dilindungi seludang mirip keladi di mana kuntum bunga tidak sempurna, berumah satu, berkumpul di sisi tongkol dengan bunga jantan dan terletak di bahagian lebih tinggi (distal) dari bunga betina. Struktur generatif ini pada saat mekar mengeluarkan bau bangkai yang memikat lalat untuk membantu menyebarkan debunga dari satu bunga kepada satu bunga lain.

Ubi ini mempunyai kandungan kalsium oksalat yang mampu menyebabkan kerengsaan.[7] Bahan kimia ini dapat dibuang dengan membasuh ubi yang telah direbus sebelum dimasak sekali lagi.[3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat di negeri Kelantan, Malaysia menggunakan ubi ini sebagai bahan makanan, tidak hanya dimakan terus selepas direbus malah untuk masakan seperti bubur Asyura dan pengat. Batang pokok boleh dijadikan sayuran masak lemak.[3]

Orang Asli Malaysia menggunakan cecair pati ubi kekek liar sebagai sebahagian campuran racun sumpit buruan mereka.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Romand-Monnier, F (2013). "Amorphophallus paeoniifolius". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2013: e.T44393336A44531586. doi:10.2305/IUCN.UK.2013-2.RLTS.T44393336A44531586.en.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WCSP tidak disediakan
  3. ^ a b c d e f Noraida Arifin (2021). "Ubi sarek". Direktori Tumbuhan. Melur. Dicapai pada 30 Jun 2021.
  4. ^ Santosa, Edi; Lian, Chun Lan; Sugiyama, Nobuo; Misra, Raj Shekhar; Boonkorkaew, Patchareeya; Thanomchit, Kanokwan; Chiang, Tzen-Yuh (28 June 2017). "Population structure of elephant foot yams (Amorphophallus paeoniifolius (Dennst.) Nicolson) in Asia". PLOS ONE. 12 (6): e0180000. Bibcode:2017PLoSO..1280000S. doi:10.1371/journal.pone.0180000. PMC 5489206. PMID 28658282.
  5. ^ McClatchey, Will C. (2012). "Wild food plants of Remote Oceania". Acta Societatis Botanicorum Poloniae. 81 (4): 371–380. doi:10.5586/asbp.2012.034.
  6. ^ Horrocks, M; Nieuwoudt, MK; Kinaston, R; Buckley, H; Bedford, S (13 November 2013). "Microfossil and Fourier Transform InfraRed analyses of Lapita and post-Lapita human dental calculus from Vanuatu, Southwest Pacific". Journal of the Royal Society of New Zealand. 44 (1): 17–33. doi:10.1080/03036758.2013.842177. S2CID 128880569.
  7. ^ Nurul Chairiyah; Nunung Harijati; Retno Mastuti (Februari 2016). "Variation of Calcium Oxalate (CaOx) Crystals in Porang Corms (Amorphophallus muelleri Blume) at Different Harvest Time". American Journal of Plant Sciences (dalam bahasa Inggeris). 7 (2). doi:10.4236/ajps.2016.72030. ISSN 2158-2750.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]