Port

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beberapa port pada Apple iBook (awal 2003)

Port atau pelabuhan komputer ialah sejenis antara muka yang menghubungkan sebuah komputer dengan peranti ataupun komputer lain.[1] Dari segi fizikal, port merupakan sejenis soket khas di luar unit sistem yang boleh disambungkan kepada palam atau kabel. Dari segi elektronik, beberapa wayar pengalir di soket tersebut membolehkan pemindahan isyarat antara peranti. Port ini boleh jadi jantan (jarang, kerana susah diganti jika pin patah) atau betina (lebih biasa).

Secara elektronik, port perkakasan ini biasanya boleh dibahagiakan kepada dua kumpulan mengikut pemindahan isyarat:

  • Port bersiri menghantar dan menerima satu bit pada satu masa melalui sepasang wayar (Bumi dan +/-).
  • Port selari menghantar beberapa bit sekaligus pada satu masa menggunakan beberapa set wayar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "pelabuhan". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 46. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)