Portal:Digimon/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Digimon (Jepun: デジモン, Hepburn: dejimon), singkatan Digital Monster デヅタルモンスター (Jepun: dejitaru monsutā) adalah siri berbentuk media dan barangan yang popular Jepun, merangkumi anime, manga, mainan, permainan video, permainan kad dan sebagainya. Digimon merujuk kepasa raksasa pelbagai bentuk yang tinggal di "Dunia Digital," dunia selari yang berasal daripada penubuhan pelbagai rangkaian komunikasi di Bumi. Dalam banyak jelmaan, Digimon dibangkitkan oleh manusia yang dipanggil "Tamers", dan mereka bekerjasama untuk mengalahkan Digimon jahat yang cuba untuk memusnahkan Dunia Digital.