Portal:Kereta api/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam pengangkutan rel, kereta api atau tren terdiri daripada beberapa kenderaan bersambung yang bergerak di sepanjang landasan bagi membawa orang atau barangan angkut. Kereta api kebiasaanya ditarik atau ditolak oleh lokomotif (selalunya dikenali sebagai "enjin"), walaupun sesetengah daripadanya menggunakan sistem dorong diri seperti unit berbilang/berganda.

Kebanyakkan perkhidmatan kereta api dikendalikan di atas landasan konvesional yang diperbuat daripada keluli dengan reka bentuk tolok atau jarak antara rel yang berbeza. Sesetengah perkhidmatan turut menggunakan sistem monorel (yang berasaskan landasan alang tunggal) atau maglev (yang menggunakan daya elektromagnet).