Portal:Kereta api/Rencana pilihan/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen Sentral Kuala Lumpur seperti yang dilihat dari atas
Stesen Sentral Kuala Lumpur seperti yang dilihat dari atas

Kuala Lumpur Sentral (juga dikenali sebagai KL Sentral atau Stesen Sentral Kuala Lumpur) adalah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan stesen kereta api Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk kereta api komuter sahaja. KL Sentral merupakan stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara sewaktu pembukaanya ketika itu.

Stesen ini direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan). Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenuhnya semasa dibuka, biar pun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap pada tahun 2015. (Rencana penuh...)