Portal:Korea/Artikel baik/05 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Korea Selatan, atau nama rasminya Republik Korea (RK, Hangul: 대한민국, Hanja: 大韓民國) ialah sebuah negara berdaulat di Asia Timur yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea. Ia berjiran dengan Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di [[timur,Korea Utara di utara, dan Laut China Barat dan Republik China (Taiwan) di selatan. Ibu negara dan bandaraya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang banyak bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi dan diduduki seramai 50 juta orang penduduk di mana di Seoul sahaja penduduknya seramai 10.4 juta orang.

(Selanjutnya...)