Portal:Makanan/Selected article/6

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keseluruhan durian dan yang dibuka.
Durian adalah buah pokok daripada genus Durio yang dimiliki oleh Malvaceae, keluarga yang besar yang termasuk pokok bunga raya, bendi, kapas, mallow dan linden. Dikenali dan dihormati di Asia Tenggara sebagai "Raja Segala Buah", buah-buahan yang tersendiri kerana saiznya yang besar, bau yang unik, dan kulit berduri. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 in) panjang dan berdiameter 15 sentimeter (6 in), dan seberat 1-3 kilogram (2 ke 7 lb). Julat bentuknya dari bujur ke bulat, warna kulitnya hijau ke perang, dan isinya kuning pucat ke merah, bergantung kepada spesies. Kulit luar yang keras ditutup dengan duri tajam manakala isinya boleh dimakan dalam mengeluarkan bau yang tersendiri, yang dianggap sebagai sama ada wangi atau terlampau dan menyakitkan hidung. Bau buah yang sudah masak adalah kuat dan tajam walaupun kulitnya belum terusik. Buah ini boleh dimakan di pelbagai peringkat kematangan dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Biji juga boleh dimakan apabila dimasak. Banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang mencapai harga yang lebih tinggi dalam pasaran.
Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...