Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pierre de Coubertin pada tahun 1925

Pierre de Frédy, Baron de Coubertin (Perancis: [pjɛʁ də kubɛʁtɛ̃]; 1 Januari 1863 – 2 September 1937, lahir dengan nama Pierre de Frédy, juga dikenali sebagai Baron de Coubertin) merupakan seorang pendidik dan sejarawan Perancis serta pengasas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Beliau dianggap sebagai bapa Sukan Olimpik Moden. Anak kelahiran keluarga bangsawan Perancis ini bekerja sebagai seorang ahli akademik dan mempelajari pelbagai topik, terutamanya bidang-bidang pendidikan dan sejarah. Beliau lulus pengajiannya dalam Undang-Undang & Urusan Awam di Institut Kajian Politik Paris, Sciences Po, di mana institut ini jugalah menjadi tempat di mana beliau mendapat ilham mewujudkan Sukan Olimpik Musim Panas.