Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Rencana pilihan 1[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/1

Logo Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Sukan Olimpik Musim Panas 2020 (2020年夏季オリンピック, Nisen Nijuu Nen Kaki Orinpikku), secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXII (第三十二回オリンピック競技大会, Dai Sanjuuni-kai Orinpikku Kyougi Taikai) dan secara meluas dikenali sebagai Tokyo 2020 (東京2020), ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021 di Tokyo. Bandaraya ini diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-125 di Buenos Aires pada 7 September 2013. Tokyo sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1964 dan merupakan bandaraya kelima (yang pertama di Asia) untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.

Pada 24 Mac 2020, pihak IOC mengumumkan penundaan penganjuran acara ini ke tahun berikutnya berikutan pandemik COVID-19 yang berlaku pada masa itu. Pada 30 Mac, pihak IOC mengumumkan tarikh baharu ialah 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Rencana pilihan 2[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/2

Bendera Malaysia

Malaysia mula-mulanya menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956, dan semenjak itu sentiasa menghantar ahli sukan ke setiap temasya Sukan Olimpik Musim Panas, kecuali apabila menyertai boikot Sukan Olimpik 1980 dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2018 di PyeongChang Korea Selatan.

Selaku Persekutuan Tanah Melayu, pasukan negara bertanding sebagai Malaya (MAL) untuk Sukan 1956 dan 1960 Borneo Utara menghantar pasukan sendiri ke Sukan 1956, sementara Singapura turut bertanding di Olimpik dari tahun 1948 hingga 1960. Setelah ketiga-tiga jajahan British ini membentuk gagasan Malaysia yang merdeka pada tahun 1963, pasukan negara bertanding dengan nama itu buat julung kalinya di Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Kemudian, Singapura merdeka dari Malaysia pada 1965 lantas terus bertanding sebagai Singapura bermula dari 1968 dan acara sukan olimpik seterusnya.

Semenjak memenangi pingat pertama di temasya Barcelona 1992, Malaysia hanya meraih pingat dari acara badminton, sehinggalah Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dari acara terjun pada temasya London 2012.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Malaysia diasaskan pada tahun 1953 dan menerima pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1954.

Rencana pilihan 3[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/3

Pejabat IOC di Lausanne.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, (Bahasa Inggeris: International Olympic Committee (IOC), Bahasa Perancis: Comité International Olympique) merupakan sebuah pertubuhan yang bertapak di Lausanne, Switzerland. Ia ditubuhkan oleh Pierre de Coubertin dan Demetrios Vikelas pada 23 Jun 1894. Jawatankuasa ini memiliki keahlian seramai 205 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan.

Jawatankuasa ini mengaturkan Sukan Olimpik pada musim panas dan musim sejuk setiap empat tahun. Sukan Olimpik Musim Panas moden yang pertama dijalankan di Athens, Yunani pada tahun 1896; Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama pula telah diadakan di Chamonix, Perancis, pada tahun 1924. Kedua-dua temasya Olimpik Musim Panas dan Sejuk diadakan pada tahun yang sama sehinggalah tahun 1992. Selepas itu, IOC mengalihkan Olimpik Musim Sejuk ke dua tahun selepas Olimpik Musim Panas sejak tahun 1994, demi membantu menjarakkan persediaan antara kedua-dua temasya ini.

Rencana pilihan 4[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/4

Api Sukan Olimpik Musim Panas 1952

Api Olimpik, Obor Olimpik, dan Cahaya Olimpik semuanya merupakan nama-nama bagi satu lambang promosi Sukan Olimpik. Asal-usulnya terletak di Yunani Kuno di mana sebuah api dibiarkan bernyala sepanjang sambutan Sukan Olimpik Purba, serta memperingati kecurian api ini dari dewa Zeus oleh Prometheus. Api ini diperkenalkan semula pada Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam, dan semenjak itu menjadi sebati dengan Sukan Olimpik. Larian obor dari Yunani ke tapak sukan moden itu tiada dalam temasya Olimpik kuno, sebaliknya diperkenalkan oleh Carl Diem, dengan sokongan Joseph Goebbels, di Sukan Olimpik Musim Panas 1936 yang diselubungi kontroversi sebagai cara memupuk fahaman Nazi.

Rencana pilihan 5[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/5

Logo rasmi Sukan Olimpik Belia

Sukan Olimpik Belia atau Sukan Olimpik Remaja (Youth Olympic Games, YOG) ialah suatu temasya sukan pelbagai anjuran Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Temasya ini diadakan setiap 4 tahun dengan acara-acara sukan musim panas dan sejuk sepertimana format Sukan Olimpik tetapi secara berbalik di mana Sukan Belia Musim Sejuk diadakan pada tahun lompat. Temasya musim panas pertama diadakan di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos 2010 manakala temasya musim sejuk pertama diadakan di Innsbruck, Austria dari 13 hingga 22 Januari 2012. Penyertaan acara ini dihadkan kepada atlet yang berumur antara 14 hingga 18 tahun.

Rencana pilihan 6[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/6

Api Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002

Sukan Olimpik Musim Sejuk merupakan temasya sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan yang dipertandingkan ialah sukan musim sejuk, iaitu sukan yang melibatkan ais atau salji.

Negara peserta (Jawatankuasa Olimpik Negara) menghantar atlet-atlet yang bertanding untuk meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam acara-acara. Namun, jumlah atlet yang bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk jauh kurang daripada Sukan Olimpik Musim Panas. Hal ini kerana tidak semua negara mengalami musim sejuk kerana faktor geografi.

Rencana pilihan 7[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/7

2024 Summer Olympics text logo.png

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 (Jawi: سوكن اوليمڤيك موسيم ڤانس ڤاريس ٢٠٢٤; Inggeris: 2024 Summer Olympics; Perancis: Jeux olympiques d'été de 2024) atau secara rasminya Sukan Olimpiad XXXIII (Inggeris: Games of the XXXIII Olympiad; Perancis: Jeux de la XXXIIIe Olympiade), dan turut dikenali sebagai Paris 2024, merupakan temasya sukan yang akan diadakan di Paris, Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Rencana pilihan 8[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/8

2022 Winter Olympics logo.svg

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV (Cina ringkas: 第二十四届冬季奥林匹克运动会pinyin: Dì Èrshísì Jiè Dōngjì Àolínpǐkè Yùndònghuì) dan biasanya dikenali sebagai Beijing 2022 (Cina ringkas: 北京2022), adalah acara pelbagai sukan musim sejuk antarabangsa yang akan datang yang dijadualkan berlangsung dari 4 to 20 Februari 2022, di Beijing dan bandar-bandar di kawasan berdekatan wilayah Hebei di Republik Rakyat China.

Rencana pilihan 9[sunting sumber]

Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/9

Logo Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2018

Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2018 (Bahasa Sepanyol: Juegos Olímpicos de la Juventud de 2018) secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik Remaja Musim Panas III, dan biasanya dikenali sebagai Buenos Aires 2018 merupakan sebuah temasya antarabangsa sukan, budaya, dan pendidikan antarabangsa yang diadakan di Buenos Aires, Argentina antara 6 dan 18 oktober tahun 2018. Ia merupakan temasya Sukan Olimpik Remaja Musim Panas pertama diadakan di luar Asia (juga pertama di Hemisfera Selatan dan Barat ) serta Sukan Olimpik Pemuda pertama umumnya diadakan di luar Eurasia. Ia adalah temasya Sukan Olimpik kedua yang diadakan di Amerika Selatan setelah berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.