Portal:Sukan/Rencana pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Beijing 2022

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV (Cina ringkas: 第二十四届冬季奥林匹克运动会pinyin: Dì Èrshísì Jiè Dōngjì Àolínpǐkè Yùndònghuì) dan biasanya dikenali sebagai Beijing 2022 (Cina ringkas: 北京2022), adalah acara pelbagai sukan musim sejuk antarabangsa yang akan datang yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 20 Februari 2022, di Beijing dan bandar-bandar di kawasan berdekatan wilayah Hebei di Republik Rakyat China.

Beijing telah dinobatkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2022 pada Julai 2015 semasa Sesi IOC ke-128 yang diadakan di Kuala Lumpur. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan menjadi Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama di China dan Sukan Olimpik yang ketiga di negara tersebut, selepas Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Olimpik Belia 2014. Sukan Olimpik ini juga merupakan edisi terakhir daripada tiga Sukan Olimpik yang diadakan secara berturut-turut di Asia Timur (selepas Sukan Olimpik 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun). Buat kali yang pertama, Beijing akan menjadi bandar raya yang pertama untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Empat buah tempat acara sedia ada yang asalnya dibina untuk Sukan Olimpiik 2008 juga akan menganjurkan pertandingan semasa Beijing 2022 manakala Stadium Nasional Beijing akan menjadi lokasi upacara perasmian dan penutupan. Antara kebimbangan dan kontroversi berkaitan dengan Beijing 2022 termasuklah boikot diplomatik yang disertai oleh 10 buah negara.

ArkibSelanjutnya...