Portal:Thailand/Rencana pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sami-sami Buddha di Thailand di Buddhamondon .Nakonphatom,Thailand

Agama Buddha di Thailand adalah sebahagian besarnya dari mahzhab Theravada. Hampir 95% penduduk Thailand adalah Buddha dari mahzhab Theravada, walaupun agama Buddha dalam negara ini telah dicampur-aduk dengan kepercayaan rakyat seperti pujaan nenek moyang dan agama-agama Cina dari penduduk Thai-Cina yang besar. Pekong Buddha di Thailand dicirikan dengan stupa emas yang tinggi, dan seni bina Buddha di Thailand adalah mirip dengan yang ada di negara-negara Asia Tenggara lain, terutamanya Kamboja dan Laos, dengan yang mana Thailand berkongsikan warisan kebudayaan dan bersejarah.

Agama Buddha Theravada Thai diimpotkan dari Sri Lanka. Sementara ada variasi tempatan dan berdaerah yang penting, mahzhab Theravafa memberikan kebanyakan tema utama agama Buddha Thai. Mengikut tradisi, Pāli adalah bahasa agama tersebut di Thailand. Skriptur-skriptur dirakamkan dalam bahasa Pāli, menggunakan sama ada tulisan moden Thai atau tulisan Khom dan Tham yang lebih tua. Pāli juga digunakan dalam liturgi agama, walaupun kebanyakan Thai memahami sangat sedikit bahasa purba ini. Pāli Tipitaka adalah teks agama asas Thailand, walaupun banyak teks tempatan telah digubahkan untuk meringkaskan bilangan pelbagai ajaran yang dijumpai di Tipitaka. Kod biara (Patimokkha) diikuti oleh sami-sami Thai yang diambil dari Pāli Theravada—suatu yang diberikan sebarang poin kontroversei sewaktu percubaan baru-baru ini untuk membangkitkan semula keturunan bhikkhuni di Thailand.