Tulisan Khmer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khmer
Kemboja
Âkkhârôkrâm Khmêr ("Aksara Khmer") ditulis dalam aksara Khmer
Jenis
Bahasa
Tempoh masa
c. 611 – kini[1]
Aksara induk
Aksara turunan
Sukhothai, Khom Thai, Lai Tay
Aksara kerabat
Mon Kuno, Cham, Kawi, Grantha, Tamil
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Khmr, 355
Alias Unikod
Khmer
[a] Tidak dipersetujui umum bahawa rumpun tulisan Brahmik berakar umbi dari tulisan Semitik.

Aksara Khmer (Khmer: អក្សរខ្មែរ, Âksâr Khmêr [ʔaksɑː kʰmae])[2] merupakan sebuah sistem tulisan abugida yang digunakan untuk menulis bahasa Khmer, iaitu bahasa rasmi negara Kemboja. Ia juga digunakan untuk menulis bahasa Pali dalam keupacaraan agama Buddha di Kemboja dan Thailand.

Aksara Khmer ditulis dari kiri ke kanan. Perkataan dalam ayat atau frasa yang sama biasanya ditulis secara bersambungan tanpa jarak. Sebarang gugusan konsonan dieja secara "bertindan", iaitu konsonan kedua (dan kadang-kadang yang ketiga) ditulis dalam bentuk terkecil di bawah konsonan utama. Pada asalnya terdapat 35 aksara konsonan, tetapi bahasa Khmer moden hanya menggunakan 33 aksara. Setiap aksara mewakili bunyi konsonan bersama satu "vokal tersirat", iaitu â atau ô; lazimnya, jika tiada tanda vokal lain, maka vokal tersirat hendaklah disebut selepas konsonan.

Biarpun terdapat beberapa aksara vokal bebas, namun bunyi vokal lebih kerap ditulis sebagai vokal bersandar (umpama sandhangan dalam aksara Jawa), iaitu tanda tambahan yang mengiringi watak konsonan dan menandakan bunyi vokal yang perlu disebut selepas konsonan (atau gugusan konsonan) berkenaan. Kebanyakan vokal bersandar mempunyai dua sebutan yang berbeza, lazimnya bergantung pada vokal inheren konsonan yang ditambahkan. Juga digunakan beberapa tanda diakritik untuk menandakan pindaan sebutan yang lanjutan. Tulisan Khmer juga mempunyai angka dan tanda bacanya sendiri.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Tulisan Khmer Kuno terukir pada batu.
Prasasti dalam tulisan Khmer di kuil Lolei, Angkor

Tulisan Khmer diadaptasi daripada skrip Pallava yang digunakan di selatan India dan Asia Tenggara semasa abad ke-5 dan ke-6 Masihi, [3] yang akhirnya diturunkan daripada skrip Tamil-Brahmi.[4] Inskripsi Khmer bertarikh tertua ditemui di Daerah Angkor Borei di Wilayah Takéo di selatan Phnom Penh dan bermula dari tahun 611.[5] Prasasti-prasasti zaman Pra-Angkor dan Angkor, yang menampilkan tulisan Khmer, telah ditemui di seluruh bekas Empayar Khmer, dari Delta Mekong hingga ke kawasan yang kini merupakan Laos selatan, Thailand Timur Laut dan Thailand Tengah.[6] Terdapat sedikit perbezaan antara inskripsi Khmer purba yang ditulis dalam bahasa Sanskrit dan yang ditulis dalam bahasa Khmer. Kedua-dua sistem yang berbeza ini telah berkembang menjadi gaya tulisan moden iaitu âksâr mul untuk tulisan keagamaan, dan âksâr chriĕng untuk kegunaan umum.[7] Gaya âksâr chriĕng merupakan bentuk kursif dari âksâr mul yang disesuaikan dengan bahasa Khmer.[8]

Tulisan Khmer moden agak berbeza daripada bentuk terdahulu yang dilihat pada inskripsi runtuhan Angkor. Tulisan Thai dan Lao adalah keturunan dari bentuk kursif lama tulisan Khmer, menerusi tulisan Sukhothai.

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Dalam tulisan Khmer terdapat 35 simbol konsonan, tetapi Khmer moden hanya menggunakan 33 simbol kerana dua yang lain sudah usang. Setiap konsonan mempunyai vokal tersirat iaitu â /ɑː/ atau ô /ɔː/; oleh yang demikian, setiap konsonan dikatakan tergolong dalam siri "a" atau siri "o". Siri konsonan menentukan sebutan bagi simbol vokal bersandar yang mungkin dilampirkan padanya, dan juga sebutan bunyi vokal tersirat itu sendiri dalam sesetengah kedudukan.

Kedua-dua siri asalnya masing-masing mewakili konsonan tak bersuara dan bersuara (dan masih digelar sedemikian dalam bahasa Khmer). Perubahan bunyi semasa zaman Khmer Pertengahan mempengaruhi vokal berikutan konsonan tidak bersuara, dan perubahan ini dikekalkan walaupun suara pembezaan telah hilang.

Setiap konsonan (kecuali satu) juga mempunyai bentuk subskrip yang dikenali sebagai ជើងអក្សរ cheung âksâr yang bermaksud "kaki huruf". Kebanyakan konsonan subskrip menyerupai simbol konsonan asalnya tetapi dalam bentuk yang lebih kecil dan mungkin dipermudah, walhal terdapat beberapa kaki huruf yang tidak terlalu mirip dengan huruf asalnya. Kebanyakan konsonan subskrip ditulis betul-betul di bawah konsonan lain, kecuali subskrip r yang timbul di sebelah kiri dan beberapa lagi subskrip lain yang timbul di sebelah kanan.

Subskrip digunakan dalam menulis gugusan konsonan (konsonan yang disebut berturut-turut dalam perkataan tanpa diantarai bunyi vokal). Gugusan konsonan Khmer biasanya terdiri daripada dua konsonan, tetapi kadang-kadang terdapat tiga konsonan di tengah-tengah perkataan. Konsonan pertama dalam gugusan ditulis menggunakan simbol konsonan asal, disusuli konsonan kedua (dan ketiga, jika ada) dalam bentuk subskrip. Subskrip pernah juga digunakan untuk menulis konsonan akhir; dalam bahasa Khmer moden ini boleh dilakukan secara pilihan bagi sesetengah perkataan yang berakhir dengan -ng atau -y, seperti ឲ្យ aôy ("memberi").

Semua aksara konsonan dan bentuk subskripnya tersenarai dalam jadual berikut. Nilai fonetik biasa diberikan menggunakan Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA); variasi diterangkan di bawah jadual. Nama setiap satu huruf konsonan terdiri daripada nilai konsonan dan vokal tersirat. Transliterasi (perumian) dinyatakan menggunakan sistem transkripsi Jabatan Geografi Kementerian Pengurusan Tanah dan Perancangan Bandar Kemboja (JG) yang digunakan oleh kerajaan Kemboja, dan sistem UNGEGN (Kumpulan Pakar Nama Geografi Bangsa-Bangsa Bersatu).[9][10] Juga disediakan lajur untuk transkripsi American Library Association – Library of Congress (ALA-LC) yang mencerminkan sebutan Pali/Sanskrit huruf masing-masing.

Konsonan Bentuk subskrip Nama/Nilai penuh(dengan vokal tersirat) Nilai konsonan
UNGEGN JG ALA-LC IPA UNGEGN JG ALA-LC IPA
្ក ka ka [kɑː] k k k [k]
្ខ khâ kha kha [kʰɑː] kh kh kh [kʰ]
្គ ko ga [kɔː] k k g [k]
្ឃ khô kho gha [kʰɔː] kh kh gh [kʰ]
្ង ngô ngo nga [ŋɔː] ng ng ng [ŋ]
្ច châ cha ca [cɑː] ch ch c [c]
្ឆ chhâ chha ch [cʰɑː] chh chh ch [cʰ]
្ជ chô cho ja [cɔː] ch ch ch [c]
្ឈ chhô chho jha [cʰɔː] chh chh jh [cʰ]
្ញ nhô nho ña [ɲɔː] nh nh ñ [ɲ]
្ដ da ṭa [ɗɑː] d d [ɗ]
្ឋ thâ tha ṭha [tʰɑː] th th ṭh [tʰ]
្ឌ do ḍa [ɗɔː] d d [ɗ]
្ឍ thô tho ḍha [tʰɔː] th th ḍh [tʰ]
្ណ na ṇa [nɑː] n n [n]
្ត ta ta [tɑː] t t t [t]
្ថ thâ tha tha [tʰɑː] th th th [tʰ]
្ទ to da [tɔː] t t d [t]
្ធ thô tho dha [tʰɔː] th th dh [tʰ]
្ន no na [nɔː] n n n [n]
្ប ba pa [ɓɑː] b, p b, p p [ɓ], [p]
្ផ phâ pha pha [pʰɑː] ph ph ph [pʰ]
្ព po ba [pɔː] p p b [p]
្ភ phô pho bha [pʰɔː] ph ph bh [pʰ]
្ម mo ma [mɔː] m m m [m]
្យ yo ya [jɔː] y y y [j]
្រ ro ra [rɔː] r r r [r]
្ល lo la [lɔː] l l l [l]
្វ vo va [ʋɔː] v v v [ʋ]
្ឝ Aksara lapuk; pernah digunakan untuk s gusi-lelangit
Hanya digunakan untuk transliterasi Pali/Sanskrit[11]
្ឞ Aksara lapuk; pernah digunakan untuk s gelungan lidah
Hanya digunakan untuk transliterasi Pali/Sanskrit[11]
្ស sa sa [sɑː] s s s [s]
្ហ ha ha [hɑː] h h h [h]
tiada la ḷa [lɑː] l l [l]
្អ 'a ʿʹa [ʔɑː] ' ' ʿʹ [ʔ]

Huruf tampil dalam bentuk yang agak berlainan (cth បា) apabila digabungkan dengan vokal bersandar tertentu (lihat Ligatur).

Huruf nhô ditulis tanpa lengkung bawah apabila dibubuhi subskrip. Apabila dibubuhi subskrip sendiri, maka subskrip itu adalah bentuk yang lebih kecil daripada keseluruhan huruf: ញ្ញ -nhnh-.

Perhatikan bahawa dan berkongsi bentuk subskrip yang sama. Dalam gugusan awal, subskripnya selalu disebut [ɗ], tetapi dalam gugusan tengah ia boleh jadi [ɗ] atau [t] mengikut perkataan.

Siri , thâ, , thô, pada asalnya mewakili konsonan gelungan (retrofleks) dalam tulisan Indik induknya. Huruf-huruf thâ, , thô dan berlaku hanya atas sebab etimologi dalam beberapa kata pinjaman Pali dan Sanskrit. Kerana bunyi /n/ adalah umum dan selalunya produktif dari segi nahu dalam rumpun bahasa Mon-Khmer, maka huruf telah dijadikan padanan siri "a" bagi huruf untuk kemudahan semata-mata (semua konsonan sengau lain tergolong dalam siri "o").

Variasi sebutan[sunting | sunting sumber]

Huruf konsonan berhembusan atau beraspirasi (kh-, chh-, th-, ph-) dibunyikan dengan hembusan hanya sebelum vokal. Terdapat juga sedikit hembusan dengan bunyi k, ch, t dan p sebelum konsonan tertentu, tanpa mengira sama ada ia dieja dengan huruf yang menunjukkan hembusan.

Perkataan Khmer tidak boleh berakhir dengan lebih daripada satu bunyi konsonan, jadi konsonan subskrip pada akhir perkataan (yang muncul atas sebab etimologi) tidak disebut, tetapi ia mungkin akan dibunyikan apabila perkataan berkenaan mendepani kata majmuk.

Bagi sesetengah perkataan, simbol konsonan tunggal di tengah-tengah mewakili konsonan akhir satu suku kata sekali gus konsonan awal suku kata seterusnya.

Huruf mewakili bunyi [ɓ] hanya sebelum vokal. Di kedudukan akhir kata atau diikuti oleh konsonan subskrip, ia disebut [p] (dan jika ia diikuti oleh konsonan subskrip, ia juga dirumikan sebagai p dalam sistem PBB). Untuk pengubahsuaian kepada p melalui diakritik, lihat Konsonan tambahan. Huruf yang pernah menandakan fonem /p/ dalam tulisan Indik ini juga sering mengekalkan bunyi [p] dalam perkataan tertentu yang diserap dari bahasa Sanskrit dan Pali.

Huruf dan dilafazkan [t] di kedudukan akhir kata. Huruf disebut [ɗ] pada kedudukan awal dalam suku kata lemah yang berakhir dengan bunyi sengau.

Huruf-huruf yang mewakili bunyi [k] (k-, kh-) di akhir kata disebut sebagai hentian glotis [ʔ] selepas vokal [ɑː], [aː], [iə], [ɨə], [uə], [ɑ], [a], [ĕə], [ŭə]. Huruf adalah senyap di akhir kata (bagi kebanyakan dialek). Huruf di akhir kata disebut /h/ (yang sebetulnya hampir dengan bunyi [ç]).

Konsonan tambahan[sunting | sunting sumber]

Sistem tulisan Khmer termasuk konsonan tambahan yang digunakan dalam kata pinjaman tertentu, terutamanya daripada bahasa Perancis dan Thai. Kebanyakannya mewakili bunyi yang tidak terdapat dalam kosa kata asli Khmer, atau yang mana huruf asalnya terhad kepada salah satu daripada dua siri vokal. Kebanyakan simbol baharu ini adalah dwilambang (digraf) yang terbentuk dengan meletakkan subskrip di bawah huruf , bahkan ditambah lagi dengan tanda diakritik treisăpt jika perlu untuk menukar vokal tersirat kepada ô. Watak untuk , bagaimanapun, dibentuk dengan meletakkan musĕkâtônd ("gigi tikus") di atas watak .

Konsonan tambahan Description Nilai penuh(dengan vokal tersirat) Nilai konsonan Notes
UNGEGN JG ALA-LC IPA UNGEGN JG ALA-LC IPA
ហ្គ + hkâ hka hga [ɡɑː] hk hk hg [ɡ] Contoh: ហ្គាស hkas [ɡaːh] ('gas'; dari bahasa Perancis gaz)
ហ្គ៊ + + diakritik hkô hko hg′a [ɡɔː] hk hk hg′ [ɡ] Contoh: ហ្គ៊ារ hkéar [giə] ('stesen kereta api'; dari bahasa Perancis gare)
ហ្ន + hnâ hna hna [nɑː] hn hn hn [n] Contoh: ហ្នាំង/ហ្ន័ង hnăng [naŋ] ('wayang' dari bahasa Thai หนัง nǎng)
ប៉ + diakritik pa p′′a [pɑː] p p p′′ [p] Contoh: ប៉ាក់ păk [pak] ('menyulam'), ប៉័ង păng [paŋ] ('roti'; dari bahasa Perancis pain)
ហ្ម + hmâ hma hma [mɑː] hm hm hm [m] Contoh: គ្រូហ្ម kru hmâ [kruː mɑː] ('dukun'; dari bahasa Thai หมอ mɔ̌ɔ)
ហ្ល + hlâ hla hla [lɑː] hl hl hl [l] Contoh: ហ្លួង hluŏng [luəŋ] ('raja'; dari bahasa Thai หลวง lǔuang)
ហ្វ + hvâ hva hva [fɑː], [ʋɑː] hv hv hv [f], [ʋ] Pronounced [ʋ] in ហ្វង់ hváng [ʋɑŋ] ('clear'), [f] in កាហ្វេ kahvé [kaːfeː] ('coffee'; dari bahasa Perancis café)
ហ្វ៊ + + diakritik hvô hvo hv′a [fɔː], [ʋɔː] hv hv hv′ [f], [ʋ] Contoh: ហ្វ៊ីល hvil [fiːl] ('filem'; dari bahasa Perancis film)
ហ្ស + hsâ hsa hsa [zɑː], [ʒɑː] hs hs hs [z], [ʒ] Contoh: ហ្សាស hsas [ʒaːh] ('jazz'; dari bahasa Perancis jazz), ភីហ្សា phihsa [pʰiːzaː] ('piza')
ហ្ស៊ + + diakritik hsô hso hs′a [zɔː], [ʒɔː] hs hs hs′ [z], [ʒ] Contoh: ហ្ស៊ីប hsib [ʒiːp] ('kereta jip'; dari bahasa Perancis jeep), ហ្សឺណេវ hsœnév [zəːneːw] ('Geneva'; dari bahasa Perancis Genève)

Vokal bersandar[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan bunyi vokal Khmer ditulis menggunakan simbol vokal bersandar, atau diakritik, yang dikenali dalam bahasa Khmer sebagai ស្រៈនិស្ស័យ srăk nĭssăy atau ស្រៈផ្សំ srăk phsâm ("vokal penghubung"). Simbol ini hanya boleh ditulis secara bergabung dengan konsonan (atau gugusan konsonan). Vokal sentiasa disebut selepas konsonan (atau gugusan), biarpun sesetengah simbol mempunyai unsur grafik yang muncul di atas, bawah atau kiri aksara konsonan.

Kebanyakan simbol vokal mempunyai dua sebutan yang mungkin, bergantung pada vokal tersirat bagi konsonan yang dipasang. Sebutan mereka mungkin juga berbeza pada "suku kata lemah", dan juga apabila dalam keadaan dipendekkan (contohnya, dengan menggunakan diakritik). Ketiadaan vokal bersandar (atau diakritik) selalunya menunjukkan bahawa konsonan di awal suku kata diikuti oleh bunyi vokal tersirat.

Dalam menentukan vokal tersirat bagi gugusan konsonan (iaitu bagaimana vokal bersandar berikut akan disebut), bunyi jenis obstruen (hentian dan geseran) sentiasa dominan ke atas jenis sonoran (sengauan, likuida, malaran tak geser dsb.). Untuk sebarang gugusan konsonan yang terdiri daripada konsonan berlainan jenis, vokal bersandar dibunyikan mengikut konsonan dominan, tanpa mengira kedudukannya dalam gugusan. Jika terdapat dua konsonan dominan, maka konsonan subskrip menentukan sebutan vokal bersandar.

Konsonan bukan dominan (dan juga dalam sesetengah perkataan) juga akan diubah vokal tersiratnya oleh konsonan dominan terdahulu dalam perkataan yang sama biarpun terdapat vokal di antaranya; hukum ini tidak dituruti oleh sesetengah perkataan (terutamanya yang mempunyai lebih daripada dua suku kata).

Semua vokal bersandar disenaraikan di bawah dalam bentuk lazim masing-masing dengan bulatan bertitik sebagai simbol konsonan tiruan, dan digabungkan dengan huruf siri "a" . Nilai IPA yang tersedia mewakili dialek-dialek dari wilayah barat laut dan dataran tengah, khususnya Battambang yang menjadi asas kepada bahasa Khmer baku. Terdapat perbezaan sebutan vokal yang ketara dalam dialek-dialek lain, misalnya seperti loghat Khmer Utara, di mana diftong " diratakan" menjadi vokal tunggal.

Vokal bersandar Contoh IPA JG UNGEGN Catatan
siri "a" siri "o" siri "a" siri "o" siri "a" siri "o"
(tiada) [ɑː] ([ɒː] bagi beberapa dialek) [ɔː] a o â ô Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik dan Consonants with no dependent vowel.
អា [aː] [iːə][12] a ea a éa Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.

អ៊ា, iaitu padanan siri "o" bagi , sedikit berbeza dengan . (អ៊ា ~ "air" vs ~ "ear")

អិ [ə], [e] [ɨ], [i] e i ĕ ĭ Disebut [e]/[i] dalam suku kata yang tidak tertulis konsonan akhir (maka diimbuh hentian glotis jika suku kata ditekankan; tetapi bagi sesetengah perkataan vokalnya senyap di akhir kata, malah pada sesetengah perkataan di mana ia bukan di akhir kata, ia disebut [əj]). Dalam siri "o", ia bergabung dengan យ akhir menjadi [iː]. (Juga rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.)
អី [əj] [iː] ei i ei i
អឹ [ə] [ɨ] oe ue œ̆
អឺ [əɨ] [ɨː] eu ueu œ
អុ [o] [u] o u ŏ ŭ Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik. Dalam suku kata tertekan yang tidak tertulis konsonan akhir, vokalnya disusuli hentian glotis [ʔ], atau [k] dalam perkataan តុ tŏk ("meja") (namun vokalnya senyap apabila mengakhiri sesetengah perkataan).
អូ [ou] [uː] ou u o u Bertukar menjadi [əw]/[ɨw] sebelum akhir.
អួ [uə] uo
អើ [aə] [əː] aeu eu aeu eu Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
អឿ [ɨə] oea œă
អៀ [iə] ie
អេ [ei] [eː] e é Menjadi [ə]/[ɨ] sebelum konsonan lelangit (atau dalam siri "a", [a] sebelum [c] bagi sesetengah perkataan). Disebut [ae]/[ɛː] bagi sesetengah perkataan. Juga rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
អែ [ae] [ɛː] ae eae ê Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
អៃ [aj] [ɨj] ai ey ai ey
អោ [ao] [oː] ao ou Rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
អៅ [aw] [ɨw] au ov au ŏu

Nama gelaran bagi setiap vokal bersandar terdiri daripada perkataan ស្រៈ srăk [sraʔ] ("vokal") diikuti dengan nilai siri "a" vokal yang didahului oleh hentian glotis (dan juga diakhiri dengan hentian glotis bagi vokal pendek).

Perubahan bunyi dengan diakritik[sunting | sunting sumber]

Penambahan diakritik boleh mengubah kepanjangan dan nilai vokal tersirat mahupun bersandar.

Jadual berikut menunjukkan gabungan dengan diakritik nĭkkôhĕt dan reăhmŭkh yang masing-masing menandakan [m] dan [h] akhir, ditunjukkan dengan konsonan siri "a" .

Gabungan IPA JG UNGEGN Nota
siri "a" siri "o" siri "a" siri "o" siri "a" siri "o"
អុំ [om] [um] om um om ŭm
អំ [ɑm] [um] pagi um âm um Perkataan ធំ thum ("besar") disebut [tʰom] ([tʰum] bagi sesetengah dialek).
អាំ [am] [ŏəm] pagi oam ăm ŏâm Jika disusuli ngô, maka ia menjadi [aŋ] / [eəŋ] ăng/eăng.
អះ [ah] [ĕəh] ah eah ăh eăh
អិះ [eh] [ih] eh ialah ĕh ĭh
អុះ [oh] [uh] oh eh ŏh ŭh
អេះ [eh] [ih] eh éh
អោះ [ɑh] [ŭəh] aoh uoh aôh ŏăh Perkataan នោះ nŏăh ("itu") boleh disebut [nuh].

Empat gabungan pertama yang tersenarai dianggap sebagai vokal bersandar tersendiri, dan oleh itu mempunyai nama yang terbentuk dengan cara yang sama seperti untuk vokal bersandar yang lain (diterangkan dalam bahagian sebelumnya).

Gabungan lain yang lebih jarang ditemui dengan reăhmŭkh ialah អើះ (atau អឹះ) yang disebut [əh], dan អែះ yang disebut [eh]. Perkataan ចា៎ះ "ya" (yang digunakan oleh wanita) disebut [caː] dan jarang [caːh].

Tanda bânták (garis menegak kecil yang ditulis di atas konsonan akhir suku kata) meninggalkan kesan berikut:

  • bagi suku kata dengan â tersirat, vokal dipendekkan kepada [ɑ], transkripsi UNGEGN á
  • bagi suku kata dengan ô tersirat, vokal diubah menjadi [u] sebelum konsonan bibir akhir, atau [ŏə] di kedudukan lain; Transkripsi UNGEGN ó
  • bagi suku kata dengan simbol vokal bersandar a () dalam siri "a", vokal dipendekkan kepada [a], transkripsi UNGEGN ă
  • bagi suku kata dengan simbol vokal dalam siri "o", vokal diubah menjadi [ŏə], transkripsi UNGEGN , atau kepada [ĕə] sebelum k, ng, h

Tanda sanhyoŭk sannha adalah bersamaan dengan vokal bersandar a dengan bântăk. Walau bagaimanapun, sebutannya dalam siri "o" menjadi [ɨ] sebelum y akhir, dan [ɔə] sebelum r akhir (senyap).

Tanda yŭkôlpĭntŭ (sepasang titik) mewakili [a] (siri-a) atau [ĕə] (siri-o), diikuti dengan hentian glotis.

Konsonan tanpa vokal bersandar[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga persekitaran di mana konsonan boleh terjadi tanpa vokal bersandar. Hukum-hukum yang mengawal vokal tersirat adalah berbeza untuk ketiga-tiga persekitaran. Konsonan berkenaan boleh ditulis tanpa vokal bersandar sebagai konsonan awal suku kata lemah, konsonan awal suku kata kuat atau sebagai huruf akhir perkataan bertulis.

Dalam pertuturan berhemah, konsonan awal tanpa vokal bersandar dalam suku kata awal yang lemah disebut dengan vokal tersiratnya dipendekkan seolah-olah diubah oleh diakritik bânták (lihat bahagian sebelumnya). Contohnya, huruf châ (siri "a") dalam ចន្លុះ [cɑn.ˈloh] "obor" dilafazkan dengan vokal pendek /ɑ/. Huruf (siri "o") dalam ពន្លឺ [pŭən.ˈlɨː] "cahaya" disebut dengan diftong pendek /ŏə/ Dalam pertuturan santai, ini selalu dilenturkan menjadi /ə/ bagi kedua-dua siri.

Konsonan awal dalam suku kata kuat tanpa vokal bertulis dilafazkan dengan vokal tersirat. Misalnya, perkataan ចង ("mengikat") disebut [cɑːŋ], ជត ("lemah", "tenggelam") disebut [cɔːt]. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah perkataan, vokal yang wujud disebut pendek seolah-olah diubah oleh tanda bântăk yang tidak tertulis (cth សព [sɑp] "mayat"). Pengurangan sedemikian kerap berlaku dalam perkataan yang berakhir dengan konsonan dengan subskrip senyap (seperti សព្វ [sɑp] "setiap"), tetapi dalam kebanyakan perkataan sedemikian ia dibunyikan dengan vokal a yang dipendekkan dengan bânták, seperti dalam សព្ទ [sap] "kebisingan". Perkataan អ្នក "awak, orang" mempunyai sebutan [nĕəʔ] yang betul-betul tidak tertib.

Konsonan yang ditulis sebagai huruf akhir sesuatu perkataan biasanya menandakan bunyi akhir kata dan dilafazkan tanpa sebarang vokal yang berikutan, dan bagi bunyi hentian, tanpa sebarang lepasan yang kedengaran seperti dalam contoh di atas. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah perkataan yang diserap dari bahasa-bahasa Pali dan Sanskrit, apa yang kelihatan sebagai konsonan akhir di bawah peraturan biasa sebenarnya boleh menjadi konsonan awal suku kata berikut dan dilafazkan dengan vokal pendek seolah-olah diikuti oleh ាក់. Sebagai contoh, mengikut peraturan untuk perkataan Khmer asli, សុភ ("baik", "bersih", "cantik") kelihatan seperti satu suku kata, tetapi oleh kerana berasal daripada Pali subha, ia disebut [sopʰĕəʔ].

Ligatur[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan konsonan, termasuk beberapa subskrip, membentuk ligatur (huruf terikat) dengan vokal a (ា) dan juga semua vokal bersandar lain yang mengandungi simbol berupa tongkat yang sama ini. Kebanyakan ligatur ini mudah dicamkan, tetapi ada beberapa yang sukar, terutamanya yang melibatkan huruf . Ini bergabung dengan vokal dalam bentuk បា yang dicipta untuk membezakannya daripada simbol konsonan dan juga daripada ligatur untuk châ dengan a (ចា).

Yang berikut adalah beberapa lagi contoh simbol ligatur:

  • បៅ bau [ɓaw]: Satu lagi contoh dengan , membentuk ligatur yang serupa dengan yang atas, kali ini dengan vokal au yang mempunyai bentuk tongkat sama dengan a.
  • លា léa [liə]: Satu contoh vokal a bersambung dengan huruf konsonan pada serifnya.
  • ផ្បា phba [pʰɓaː]: Konsonan subskrip dengan coret menaik mencecah asas, juga terbentuk ligatur dengan simbol vokal a.
  • ម្សៅ msau [msaw]: Satu lagi contoh konsonan subskrip yang membentuk ligatur, kali ini dengan vokal au.
  • ត្រា tra [traː]: Subskrip ditulis di sebelah kiri konsonan utama, iaitu dalam hal ini yang membentuk ligatur bersama a.

Huruf vokal bebas[sunting | sunting sumber]

Huruf vokal bebas ialah aksara vokal bukan diakritik yang berdiri sendiri (iaitu tidak dibubuhkan pada simbol konsonan). Dalam bahasa Khmer, ia dipanggil ស្រៈពេញតួ sră pénh tuŏ, yang bermaksud "vokal lengkap". Ia digunakan dalam beberapa perkataan untuk mewakili gabungan vokal tertentu dengan hentian glotis atau konsonan likuida di awal kata. Vokal bebas digunakan dalam sebilangan kecil perkataan yang kebanyakannya berasal dari bahasa Pali/Sanskrit, dan oleh itu timbul sedikit ketidakkonsistenan dari segi penggunaan dan sebutannya.[2] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan sedemikian yang amat kerap digunakan, termasuk termasuk: ឥឡូវ ĕlov [ʔəjləw] "sekarang", ឪពុក âupŭk [ʔəwpuk] "bapa", [rɨː] "atau", [lɨː] "mendengar", ឲ្យ aôy [ʔaoj] "memberi", ឯង êng [ʔaeŋ] "sendiri", ឯណា ê na [ʔae naː] "di mana".

Huruf vokal bebas IPA JG UNGEGN
[ʔə], [ʔɨ], [ʔəj] e ĕ
[ʔəj] ei ei
[ʔo], [ʔu], [ʔao] o ŏ, ŭ
Usang (bersamaan dengan urutan ឧក)[13]
[ʔou], [ʔuː] ou tidak dinyatakan
[ʔəw] au âu
[rɨ] rue rœ̆
[rɨː] rueu
[lɨ] lue lœ̆
[lɨː] lueu
[ʔae], [ʔɛː], [ʔeː] ae ê
[ʔaj] ai ai
, [ʔao] ao
[ʔaw] au au

Huruf vokal bebas mendapat gelaran sama dengan vokal bersandar, iaitu perkataan ស្រៈ sră [sraʔ] ("vokal") diikuti dengan bunyi utama huruf (seperti yang tersenarai di atas), diikuti dengan hentian glotal tambahan selepas vokal pendek, kecuali huruf ឥ yang bergelar ស្រៈឥ sră ĕ [sraʔ ʔeʔ].[14]

Diakritik[sunting | sunting sumber]

Sistem tulisan Khmer mengandungi beberapa diakritik (វណ្ណយុត្តិ, vônnâyŭttĕ) yang digunakan untuk menunjukkan perubahan lanjut dalam sebutan.

Diakritik nama Khmer Fungsi
និគ្គហិត nĭkkôhĕt Bulatan kecil yang ditulis di atas konsonan atau vokal bersandar berikut, menyengaukan vokal yang tersirat mahupun bersandar dengan penambahan [m]; vokal panjang juga dipendekkan.
រះមុខ reăhmŭkh
"wajah berseri"
Sepasang bulatan kecil yang ditulis selepas konsonan atau vokal bersandar berikut, menambah hembusan /h/ akhir pada vokal tersirat mahupun bersandar. Untuk butiran lanjut, rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
យុគលពិន្ទុ yŭkôlôpĭntŭ
"titik kembar"
Diakritik yang baru diperkenalkan, ditulis selepas konsonan untuk menandakan bahawa konsonan akan diikuti oleh vokal pendek dan hentian glotis. Untuk butiran lanjut, rujuk Perubahan bunyi dengan diakritik.
មូសិកទន្ត musĕkâtônd
"gigi tikus"
Dua garis menegak pendek ditulis di atas konsonan, menukar beberapa konsonan siri "o" (ង ញ ម យ រ វ) kepada siri "a". Ia juga digunakan untuk menukarkan huruf kepada bunyi p (lihat Konsonan tambahan).
ត្រីស័ព្ទ treisăpt Garis berliku yang ditulis di atas konsonan, menukar beberapa konsonan siri "a" (ស ហ ប អ) kepada siri "o".
ក្បៀសក្រោម kbiĕs kraôm Juga dikenali sebagai បុកជើង bŏk cheung ("kaki langgar"); garis menegak yang ditulis di bawah konsonan, menggantikan treisăpt dan musĕkâtônd jika dirintangi vokal superskrip.
បន្តក់ bânták Garis menegak kecil yang ditulis di atas konsonan terakhir suku kata, menandakan pemendekan (dan perubahan kualiti serentak) bagi vokal tertentu. Lihat Perubahan bunyi dengan diakritik.
របាទ rôbat
រេផៈ réphă
Diakritik superskrip ini terdapat dalam kata pinjaman Sanskrit dan sepadan dengan diakritik Devanagari repha. Pada asalnya mewakili bunyi r (dan dirumikan sebagai r dalam sistem UNGEGN). Kini, selalunya, konsonan yang dibubuhi serta diakritik itu sendiri tidak disebut. Contoh: ធម៌ thôrm [tʰɔə] ("dharma"), កាណ៌ karn [kaː] (daripada karṇa), សួគ៌ា suŏrkéa [suəkiə] ("Syurga").
ទណ្ឌឃាដ tôndôkhéad Ditulis di atas konsonan akhir untuk menandakan bahawa huruf berkenaan tidak dilafazkan. (Huruf yang tidak disebut itu tetap dirumikan dalam sistem UNGEGN.)
កាកបាទ kakâbat

"kaki gagak"

Digunakan dalam wadah bertulis untuk menandakan intonasi menaik bagi kata seru atau teriakan; selalunya diletakkan pada kata partikel seperti /na/, /nɑː/, /nɛː/, /ʋəːj/, dan juga pada ចា៎ះ /caːh/, perkataan untuk "ya" yang digunakan oleh kaum perempuan.
អស្តា âsda
"angka lapan"
Digunakan dalam beberapa perkataan untuk menandakan bahawa konsonan tanpa vokal bersandar harus disebut dengan vokal tersirat dan bukannya sebagai konsonan akhir.
សំយោគសញ្ញា sâmyoŭk sânhnhéa Digunakan dalam beberapa kata pinjaman Sanskrit dan Pali (walaupun ada ejaan alternatif); ditulis di atas konsonan untuk menandakan bahawa suku kata berkenaan mengandungi vokal pendek tertentu; lihat Perubahan bunyi dengan diakritik.
វិរាម vĭréam Diakritik yang rata-rata sudah lapuk, meredamkan vokal tersirat dalam konsonan.

Angka[sunting | sunting sumber]

Angka tulisan Khmer berasal dari tulisan India selatan, sama seperti tulisan-tulisan yang digunakan oleh tamadun lain di Asia Tenggara. Angka Arab gaya Barat juga digunakan tetapi tidak begitu meluas berbanding angka Khmer.

Angka Khmer
angka Arab 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Bagi bilangan besar-besar, angka dipisahkan tiga demi tiga dengan tanda titik gaya Barat. Titik perpuluhannya adalah koma. Mata wang Kemboja iaitu riel disingkatkan dengan simbol ataupun sekadar huruf .

Jarak dan tanda baca[sunting | sunting sumber]

Jarak tidak digunakan untuk memisahkan semua perkataan dalam ayat Khmer, sebaliknya digunakan di tempat yang lebih kurang sama seperti koma dalam tulisan Melayu, namun juga boleh digunakan untuk mengasingkan item tertentu seperti nombor dan nama khas.

Tanda baca gaya Barat agak meluas digunakan dalam tulisan Khmer moden, termasuk <i>guillemet</i> (« ») asal Perancis sebagai tanda petikan. Namun begitu, tanda baca Khmer tradisional juga digunakan; sebahagian daripadanya diterangkan dalam jadual berikut.

Tanda Nama Khmer Fungsi
ខណ្ឌ khând Digunakan sebagai noktah (menyerupai tanda rehat kuaver dalam penulisan muzik). Walau bagaimanapun, ayat berturut-turut yang sama topik selalunya hanya dipisahkan dengan jarak.
ល៉ៈ lăk Bersamaan dengan dsb. (dan sebagainya)
លេខទោ lékh toŭ
"angka dua"
Tanda penggandaan (menyerupai angka Khmer untuk 2). Menandakan bahawa perkataan atau frasa sebelumnya akan diulang (digandakan) sebagai ciri umum dalam sintaks Khmer.
បរិយោសាន bârĭyoŭsan Tanda penutup yang digunakan untuk menamatkan keseluruhan teks atau bab.
គោមូត្រ koŭmutr
"air kencing lembu"
Tanda penutup yang digunakan pada akhir teks puisi atau keagamaan.
ភ្នែកមាន់ phnêk moăn
"mata ayam"
Simbol yang dikatakan mewakili belalai dewa gajah Ganesha, digunakan pada permulaan teks puisi atau keagamaan.
ចំណុចពីរគូស chamnŏch pir kus
"dua titik satu garis"
Digunakan seakan-akan tanda kolon. (Garis pemisah tengah membezakan tanda ini daripada suatu diakritik.)

Tanda sempang (សហសញ្ញា sâhâ sânhnhéa) biasanya digunakan antara komponen nama peribadi, dan juga apabila perkataan terpecah kepada dua baris sama seperti dalam bahasa Melayu. Ia juga boleh digunakan antara angka untuk menandakan julat atau tarikh. Tanda noktah Barat juga digunakan untuk tujuan tertentu, termasuk penyusunan nombor besar (lihat Angka sebelum ini) dan denotasi singkatan kata.

Gaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Tulisan Khmer terdapat dalam pelbagai gaya yang digunakan untuk tujuan yang berbeza-beza. Dua gaya utama ialah âksâr chriĕng ("aksara miring") dan âksâr mul ("aksara bulat").

Âksâr khâm (អក្សរខម) atau akson khom (อักษรขอม), sebuah gaya kuno tulisan Khmer seperti yang tertulis di Uttaradit, Thailand. Dalam gambar ini, walaupun ditulis dengan tulisan Khmer, semua teks dalam manuskrip ini adalah dalam bahasa Thai.
  • Âksâr chriĕng (អក្សរជ្រៀង), yakni "aksara miring", boleh digunakan dalam seluruh karya teks seperti novel dan jenis bahan bacaan lain. Berbeza dengan tulisan Rumi, huruf miring tidak menandakan sebarang perbezaan tatabahasa seperti penekanan mahupun petikan. Tulisan tangan Khmer selalunya berbentuk miring.
  • Âksâr chhôr (អក្សរឈរ) atau Âksâr tráng (អក្សរត្រង់), yakni "aksara tegak". Kebanyakan muka taip Khmer dicipta sebegini dan bukan secara miring kerana teks boleh dimiringkan dengan fungsi aplikasi komputer seperti pemproses kata (MS Word, Google Docs dsb.) untuk menyerupai âksâr chriĕng.
  • Âksâr khâm (អក្សរខម), juga dikenali sebagai "tulisan Khom Thai", terdapat pada naskhah lontar Pali. Bercirikan serif dan bucu serba tajam serta ciri-ciri kuno terpelihara, khususnya pada huruf konsonan (). Juga digunakan untuk mencatat yantra pada cacahan, kain, kertas dan ukiran loyang di Kemboja dan Thailand.[15][16][17][18]
  • Âksâr mul (អក្សរមូល), yakni "aksara bulat" dengan rupanya yang serba tebal, merupakan gaya kaligrafi yang serupa dengan âksâr khâm kerana juga memelihara ciri-ciri yang menyerupai tulisan Khmer purba. Digunakan untuk tajuk persuratan dan buku, wang kertas, papan nama kedai dan sepanduk. Juga digunakan untuk menyerlahkan nama ahli kerabat diraja atau mana-mana nama terpenting.

Unicode[sunting | sunting sumber]

Blok aksara Khmer asas disertakan dalam Piawaian Unicode versi 3.0 yang dikeluarkan pada September 1999. Pada ketika itu, ia mengandungi 103 mata kod yang tertentu; kemudian, bilangannya bertambah kepada 114 dalam versi 4.0 yang dikeluarkan pada April 2003. Versi 4.0 juga memperkenalkan blok tambahan dipanggil "Khmer Symbols" yang mengandungi 32 tanda yang digunakan untuk menulis tarikh lunar.Templat:Unicode chart Khmer

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Herbert, Patricia; Anthony Crothers Milner (1989). South-East Asia: languages and literatures : a select guide. University of Hawaii Press. m/s. 51–52. ISBN 0-8248-1267-0.
  2. ^ a b Huffman, Franklin. 1970.
  3. ^ Punnee Soonthornpoct: From Freedom to Hell: A History of Foreign Interventions in Cambodian Politics And Wars.
  4. ^ Handbook of Literacy in Akshara Orthography, R. Malatesha Joshi, Catherine McBride(2019), p.28
  5. ^ Russell R. Ross: Cambodia: A Country Study.
  6. ^ Lowman, Ian Nathaniel (2011). The Descendants of Kambu: The Political Imagination of Angkorian Cambodia (Tesis). UC Berkeley.
  7. ^ "Angkor: A Living Museum". 2002: 39. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Jensen, Hans (1970). Sign, symbol and script: an account of man's efforts to write. m/s. 392.
  9. ^ "Geographical Names of the Kingdom of Cambodia" (PDF). Reports by Governments on the Situation in Their Countries and on the Progress Made in the Standardization of Geographical Names Since the Seventh Conference.
  10. ^ Report on the Current Status of United Nations Romanization Systems for Geographical Names – Khmer, UNGEGN Working Group on Romanization Systems, September 2013 (linked from WGRS website).
  11. ^ a b "Unicode 12.1 Character Code Charts - Khmer" (PDF).
  12. ^ Jacob, Judith M. (1968). Introduction to Cambodian. Internet Archive. London ; Bombay [etc.] : Oxford University Press. m/s. 19, 29–30.
  13. ^ Official Unicode Consortium code chart for Khmer (PDF)
  14. ^ Huffman (1970), p. 29.
  15. ^ May, Angela Marie. (2014).
  16. ^ Igunma, Jana. (2013).
  17. ^ Tsumura, Fumihiko. (2009).
  18. ^ This particular style of Khmer shall not be confused with another script with the same name, described by Paul Sidwell (see Khom script (Ong Kommadam)).

Bacaan[sunting | sunting sumber]

  • Dictionnaire Cambodgien, Vol I & II, 1967, L'institut Bouddhique (Bahasa Khmer)
  • Jacob, Judith. 1974. A Concise Cambodian-English Dictionary. London, Oxford University Press.