Presiden Chile

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden Republik Chile
Presidente de la República de Chile
Bandera del presidente de Chile.svg
Retrato Oficial Presidente Boric Font.jpg
Penyandang
Gabriel Boric
sejak 11 Mac 2022
GelaranYang Berhormat
JenisKetua negara
Ketua kerajaan
KediamanTiada
PusatLa Moneda Palace
PelantikUndi popular
Tempoh jawatanEmpat tahun, tidak layak untuk dipilih semula serta-merta
Pemegang sulungManuel Blanco Encalada
Pembentukan9 Jun 1826; 196 tahun yang lalu (1826-06-09)
GajiUS$190,466 setiap tahun[1]
Laman sesawangwww.gob.cl

Presiden Republik Chile (Sepanyol: Presidente de la República de Chile) ialah ketua negara dan ketua pemerintah Republik Chile. Presiden bertanggungjawab terhadap pentadbiran kerajaan dan negara.[2] Walaupun peranan dan kepentingan jawatan presiden berubah dalam sejarah Chile, dan juga kedudukan dan perhubungan jawatan tersebut dengan jawatan-jawatan lain dalam politik Chile, Presiden Chile masih merupakan seorang yang penting dalam kancah politik Chile. Presiden dianggap satu daripada institusi yang membentuk "Perlembagaan Bersejarah Chile", dan diperlukan buat kestabilan politik negara itu.[3]

Di bawah Perlembagaan kini (diguna pakai dalam tahun 1980), Presiden dilantik untuk tempoh selama empat tahun, dan ditegah daripada diundi semula selepas tamat tempoh perkhidmatannya. Tempoh yang lebih pendek ini (sebelumnya tempoh adalah selama enam tahun) membolehkan penyeragaman pengundian parlimen dan presiden.

Kediaman rasmi Presiden Chile ialah Istana La Moneda di ibu kota negara itu, Santiago.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "IG.com Pay Check". IG.
  2. ^ See Sentencia Rol 78-1989 of the Constitutional Court of Chile, relapsed on the Central Bank of Chile's Constitutional Act project (declarations Nº 7 to 13).
  3. ^ Bravo Lira, Bernardino (1996). "Introducción. Raíz y razón del Estado de derecho en Chile". El Estado de Derecho en la Historia de Chile. Santiago, Chile: Ediciones Universidad Católica de Chile.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.