Protokol Para Tetua Sion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Protokol Para Tua-tua (yang Terpelajar) Sion, juga dikenal sebagai Protokol para Sesepuh Sion atau Protokol para Bijak Sion atau Protokol Sion (bahasa Rusia: "Протоколы Сионских мудрецов" atau "Сионские Протоколы"), ialah sebuah teks yang kononnya menggambarkan sebuah rancangan oleh orang-orang Yahudi untuk mencapai dominasi global. Pelbagai siasatan yang bebas telah berulang-ulang kali membuktikan dokumen ini sebagai sebuah hoax atau berita bohong; yang paling menonjol ialah serangkaian rencana yang diterbitkan dalam The Times, London pada 1921 mendedahkan bahawa banyak dari bahan-bahan yang digunakan dalam Protokol itu merupakan jiplakan dari sebuah sindiran politik yang telah beredar sebelumnya yang tidak mengandung tema Anti-Semit.[1]

Kerana Protokol ini muncul pada permulaan abad ke-20, penerbit-penerbit awalnya memberikan kesaksian yang kabur dan seringkali kontradiktif tentang bagaimana cara mereka memperoleh salinan daripada naskah asli yang didesas-desuskan itu.[2] Namun, sebahagian orang tetap menganggap bahawa Protokol ini ialah bukti tentang suatu persekongkolan, khususnya di belahan dunia di mana anti-Semitisme berkembang luas. Teks ini juga seringkali dikutip dan diterbitkan ulang oleh orang-orang anti-Semitis, dan kadang-kadang digunakan sebagai bukti tentang persekongkolan Yahudi, khususnya di Timur Tengah.[3]

Protokol ini secara luas dianggap sebagai permulaan dari literatur teori persekongkolan masa kini, dan mengambil bentuk sebuah panduan arahan kepada seorang ahli baru dari para "Tua-tua," yang menggambarkan bagaimana mereka akan menguruskan dunia melalui pengendalian terhadap media dan kewangan, dan menggantikan tatanan tradisional yang terdapat dengan tatanan yang baru yang didasarkan pada manipulasi jisim.[4] Karya ini dipopulerkan oleh mereka yang menentang gerakan revolusioner, dan disebarkan lebih jauh selepas Revolusi Rusia 1905, dan menjadi terkenal di seluruh dunia selepas Revolusi Oktober Bolshevik 1917, ketika gagasan bahawa Bolshevisme merupakan suatu persekongkolan untuk dominasi dunia mencetus minat yang meluas terhadap Protokol. Selain itu, Kemurungan Besar merupakan perkembangan penting dalam sejarah Protokol, dan meningkatkan perhatian orang kepadanya walaupun tidak pernah terdapat verifikasi mengenai keabsahannya. Teks ini diedarkan luas di Barat pada 1920-an dan 1930-an, dan sementara Protokol ini makin jarang dipergunakan sebagai alat propaganda selepas kalahnya Nazi dalam Perang Dunia II, dokumen ini masih sering digunakan sebagai senjata dari anti-Semitisme masa kini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Daftar investigasi yang independen:
  2. ^ John Spargo, "The Jew and American Ideals".
  3. ^ UNISPAL Dewan Ekonomi dan Sosial PBB, Dissemination of racist and anti-Semitic hate material on television programs (diakses pada Sept 2005)
  4. ^ Svetlana Boym, "Conspiracy theories and literary ethics: Umberto Eco, Danilo Kis and The Protocols of Zion,": Comparative Literature, Spring 1999.