Teori persekongkolan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Teori persekongkolan atau teori konspirasi (dalam bahasa Inggeris, conspiracy theory) adalah teori-teori yang berusaha menjelaskan bahawa punca tertinggi dari satu atau satu siri peristiwa (pada umumnya peristiwa politik, sosial, atau sejarah) adalah suatu rahsia, dan seringkali memperdaya, dirancang diam-diam oleh sekumpulan rahsia orang-orang atau organisasi yang sangat berkuasa atau berpengaruh. Banyak teori konspirasi yang mendakwa bahawa peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah telah didominasi oleh para konspirator belakang skrin yang memanipulasi kejadian-kejadian politik.

Teori ini ada di seputaran gerak dunia global dan merambah hampir ke semua ranah kehidupan manusia, dari urusan politik sampai makanan. Orang yang tidak percaya selalu menganggap semua hanya olok-olok, mengada-ada, mensia-siakan masa, kurang kerjaan, dan sebagainya. Bagi para penganutnya, teori itu tidak serta-merta muncul global tanpa ada yang menciptakan, coraknya.

Penganut teori ini pun terbelah dalam dua kubu utama. Kumpulan pertama adalah mereka yang hanya percaya bahawa segala hal mungkin terjadi apabila ada sokongan argumentasi yang kuat, fakta tepat, data ilmiah, pendapat yang boleh disahkan kebenarannya, tokoh-tokoh yang nyata, sejarah yang memang ada dan bukan mitos, dan sebagainya. Kumpulan ini percaya John F. Kennedy sebenarnya tidak ditembak, tetapi diselamatkan oleh makhluk angkasa luar, misalnya. Kumpulan kedua adalah mereka yang percaya tanpa syarat alias mereka yang menganggap apa yang berlaku sudah dirancang sedemikian rupa, yang acapkali menyambung dengan mitos, legenda, ghaib, dan sebagainya. Misalnya, mereka percaya bahawa peristiwa 11 September sudah dirancang sebagaimana yang terlihat pada lipatan wang kertas 20 dolar AS; di mana apabila kita melipat wang itu sedemikian rupa akan tercipta gambar menara kembar yang terbakar.

Teori tersebut memang benar adanya, itu boleh dibuktikan dari hal-hal kecil seperti: apabila kita bermain poker dengan jumlah pemain 5 orang, maka kita boleh melakukan konspirasi terhadap 3 pemain lain, sehingga hasil dari kekalahan 1 pemain yang merupakan calon korban konspirator boleh dibahagikan berempat, dan cara itu biasa digunakan oleh pejudi-pejudi terkenal.


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.