Prudential BSN Takaful

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Prudential BSN Takaful Berhad
Syarikat awam berhad
Industri
Ditubuhkan2006; 13 tahun yang lalu (2006)
Ibu pejabatMenara Prudential
10 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
, Malaysia
Perancang utama
  • Ghazali Awang (Pengerusi)
  • Nor Azman Zainal (CEO)
Keluaran
  • Takaful keluarga
  • Takaful am
Hasil RM1,088 juta (2014)[1]
RM010 juta (2014)[1]
Jumlah aset RM1,739 juta (2014)[1]
Jumlah ekuiti RM0193 juta (2014)[1]
Induk
Laman sesawangwww.prubsn.com.my

Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) ialah syarikat takaful Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 2006 dan ialah usaha sama antara Bank Simpanan Nasional dan Prudential plc, yang mempunyai 51 dan 49 peratus kepentingan masing-masing.[2] Syarikat ini merupakan penyedia kedua-dua takaful keluarga dan umum.

Selama enam tahun berturut-turut sejak 2011, PruBSN menjadi Pengendali Takaful Keuarga Nombor 1 dan pada 2016, syarikat ini mencapai Pengeluaran Perniagaan Baru  RM446 juta dengan 32.5% pasaran saham seperti yang disahkan oleh industri kedudukan agensi, Perkhidmatan Insurans Malaysia.[3] Pada tahun 2015, ia memenangi pelbagai anugerah termasuk 'Institusi Takaful Terbaik’ oleh The Asset.[4]

PruBSN memiliki sebuah agensi tenaga lebih daripada 16,000 dan bekerjasama dengan Standard Chartered Saadiq, Affin Islam Bank dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan, BPP) untuk mengedarkan produk mereka.[5] Pada tahun 2013, ia mula memajukan penggunaan jualan-titik-bergerak untuk menjual produk serta-merta melalui debit atau kad kredit.[6][7] Setakat April 2015, lebih daripada 50 peratus jualan telah dijalankan pada platform mudah alih.

Sekilas[sunting | sunting sumber]

Prudential Plc[sunting | sunting sumber]

Prudential plc mempunyai sejarah panjang di dalam industri bermula seawal 1848 dan menjadi antara peneraju utama dalam perkhidmatan insurans dan pencen di United Kingdom. Prudential juga adalah salah satu syarikat yang telah memberikan pampasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan tragedi kapal Titanic. Dengan sejarah panjang di dalam bidang insurans dan perkhidmatan kewangan, kini Prudential adalah salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Di Malaysia, Prudential telah bertapak semenjak lebih daripada 80 tahun yang lalu melalui Prudential Assurance.

Bank Simpanan Nasional[sunting | sunting sumber]

Bank Simpanan Nasional pula telah ditubuhkan pada 1974 dan dilancarkan secara rasmi oleh Allahyarham Tun Abdul RazakPerdana Menteri Malaysia yang kedua. Dengan pelancarannya, semua tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat POS telah di ambil alih oleh Bank Simpanan Nasional. Mempunyai lebih daripada 9 juta pemegang akaun, 5100 kakitangan yang berdedikasi serta lebih daripada 400 cawangan di seluruh Malaysia.

Sinergi mantap dua jenama terkemuka[sunting | sunting sumber]

Gabungan dua institusi kewangan terkemuka di dalam industri masing-masing telah menghasilkan sebuah sinergi yang padu dan membentuk sebuah asas yang kukuh. Prudential Assurance yang telah bertapak lama mempunyai kepakaran dalam pengedaran agensi manakala BSN pula membawa imej korporat yang prestij iaitu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan jenama dan identiti yang dibawa oleh kedua-dua syarikat ini, PruBSN telah mencapai perkembangan yang pesat di dalam industri Takaful negara.

Pencapaian PruBSN[sunting | sunting sumber]

Secara umum, kejayaan PruBSN telah digerakkan oleh perunding-perunding Takaful (atau dipanggil Mujahid Takaful di kalangan mereka) yang tidak mengenal erti lelah dalam menyebarkan khasiat dan kepentingan Takaful kepada masyarakat. Dengan tenaga kerja sebanyak 1600, ia telah meletakkan PruBSN sebagai salah sebuah syarikat penyedia takaful terbaik di Malaysia. Setakat Januari 2015, PruBSN telah menduduki tempat pertama untuk penguasaan pasaran industri Takaful di Malaysia. Ejen dan perunding ini dilahirkan oleh agensi-agensi terkemuka di bawah PruBSN. Antara agensi baru yang sedang meningkat naik sekarang adalah Madinah Group. Manakala beberapa agensi terkemuka lain yang telah bertapak lama adalah Muqmeen Group, Ansari Wealth Associates (A.W.A) dan Al-Isra' Associates.

Budaya dan nilai ejen-ejen PruBSN[sunting | sunting sumber]

Semenjak daripada tahun penubuhannya, PruBSN adalah syarikat utama yang memegang pasaran Takaful terbesar di Malaysia. Ini didorong oleh ejen dan perunding Takaful yang sentiasa proaktif dan gigih. Mereka memegang misi untuk mengtakafulkan masyarakat melalui penyebaran khasiat takaful kepada umum. Takaful, adalah sebuah konsep tolong-menolong antara peserta yang menyertai sumbangan Tabarru' yang diuruskan oleh operator Takaful. Ejen-ejen ini menekankan konsep bantu-membantu sesama insan melalui sumbangan Takaful yang dibayar setiap bulan. Bagi orang Islam, terdapat ganjaran pahala bagi sesiapa yang mengikhlaskan sumbangan bulanan mereka untuk membantu peserta lain seperti mana peserta-peserta lain meniatkan sumbangan mereka untuk membantu kelompok peserta lain di dalam tabung Tabarru' tersebut.

Pelancaran PruBSN Mobility[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan kemajuan teknologi, PruBSN adalah operator Takaful yang terkehadapan sekali dalam mengoptimumkan teknologi untuk objektif Hijau. PruBSN telah memperkenalkan aplikasi terbaru, iaitu PruBSN Mobility, aplikasi telefon pintar yang boleh mengurangkan pelepasan karbon (penggunaan kertas dan mesin cetak) serta menjimatkan masa.

Seperti namanya, ia menggambarkan fleksibilti dan kepantasan. Pelanggan tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan mengisi borang, dan pada masa yang sama mereka berpeluang membantu mengurangkan pelepasan karbon melalui penggunaan borang secara elektronik. Ejen boleh menyatakan sebut harga pada harga tepat berdasarkan butiran dan profil pelanggan serta selepas penyerahan butiran tersebut, malah segala penandatanganan perjanjian dilakukan melalui aplikasi tersebut.

Aplikasi ini boleh digunakan pada iPad dan Tablet yang mempunyai pelantar iOS dan Android.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Annual Report 2014 (pdf), Prudential BSN Takaful Berhad, 2014-12-31, dicapai 2015-08-24 
  2. ^ "PruBSN is Malaysia's leading takaful provider". Borneo Post. 2013-04-01. Dicapai 2015-08-24. 
  3. ^ "...in 2016, our company achieved New Business Production of RM446 million with a 32.5% market share". PruBSN Corporate Website. 2015-07-14. Dicapai 2017-11-13. 
  4. ^ "PruBSN reaffirms status as Best Takaful Institution". The Star. 2015-06-22. Dicapai 2015-08-24. 
  5. ^ "About PruBSN". Prudential BSN Takaful Berhad. Dicapai 2015-08-24. 
  6. ^ "PruBSN's new business up 56% in Q1". The Sun. 2015-07-15. Dicapai 2015-08-24. 
  7. ^ "PruBSN signs on to CIMB's Plug and Pay service". The Sun. 2015-04-01. Dicapai 2015-08-24. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]