Pulau Bougainville

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bougainville
Bougainville serta pulau-pulau yang berdekatan
Pulau Bougainville is located in Bumi
Pulau Bougainville
Pulau Bougainville (Bumi)
Geografi
LokasiMelanesia
Koordinat6°14′40″S 155°23′02″E / 6.24444°S 155.38389°E / -6.24444; 155.38389
KepulauanKepulauan Solomon
Luas9,318 km2 (3,598 bt2)
Aras tertinggi2,715 m (8,907 ft)
Puncak tertinggiGunung Balbi
Pentadbiran
Papua New Guinea
ProvinsiKawasan Berautonomi Bougainville
Demografi
Populasi234,280 (2011)
Pop. density18.80 /km2 (48.69 /sq mi)
Maklumat tambahan
Zon waktu

Pulau Bougainville ialah sebuah pulau terletak di jauh timur rangkuman persempadanan Papua New Guinea Ia berkeluasan 9,300 km2 (3591 sq miles) dengan jumlah penduduk menghuni seramai 234,280 orang (setakat sensus 2011) termasuk di Pulau Buka dan jasad-jasad daratan lain seperti Kepulauan Carteret. Puncak tertinggi pulau ini terletak di Gunung Balbi dengan ketinggian mencecah 2,700 m dari paras laut.

Pulau ini pulau terbesar dalam gugusan pulau Solomon yang dirangkumkan dalam rantau Kepulauan Solomon Utara, namun pulau ini memerintah sendiri dalam suatu kawasan khusus dipegang oleh Papua New Guinea, sementara pulau-pulau lain yang berjiranan wujud sebagai negara politi sendiri iaitu Kepulauan Solomon.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pulau ini dinamakan sempena Louis-Antoine de Bougainville, seorang pengemudi Perancis yang merupakan orang Barat pertama menjejakkan kaki di pulau ini pada tahun 1885 lalu menuntut ia sebagai sebahagian daripada jajahan Empayar Jerman. Australia mendudukinya pada tahun 1914 tidak lama selepasnya tewas dalam Perang Dunia Pertama, hak mengelola diberikan oleh Liga Bangsa di mana Australia mentadbir pulau ini dari tahun 1918 sampailah Jepun menyerang dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1942; Australia kembali memerintah selepas Jepun menyerah diri tahun 1945 sampai kemerdekaan Papua New pada tahun 1975.

Penemuan galian tembaga dan emas di pulau ini mendorong pembangunan kegiatan perlomobongan di Panguna pada awal tahun 1970 oleh Bougainville Copper Limited, anak syarikat Rio Tinto. Perselisihan atas kesan dampak kegiatan perlombongan terhadap persekitaran penduduk setempar, pembaziran kewangan dan perubahan sosial yang dibawa oleh perlombongan ini meningkatkan rasa tidak senang dalam kalamgam penduduk setempat lalu mendorong giatnya suatu pergerakan separatis yang telah aktif sejak 1970-an. Kemerdekaan Bougainville (Republic of North Solomons) telah berhasil diproklamirkan pada tahun 1975 dan pada tahun 1990.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Robert Young Pelton, Hunter Hammer and Heaven, Journeys to Three Worlds Gone Mad. ISBN 1-58574-416-6