Louis-Antoine de Bougainville

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Louis Antoine de Bougainville
Louis Antoine de Bougainville - Portrait par Jean-Pierre Franquel.jpg
Potret Louis-Antoine lukisan Jean-Pierre Franquel
Kelahiran12 November 1729
Meninggal dunia31 Ogos 1811(1811-08-31) (umur 81)
WarganegaraPerancis
Terkenal keranaBeing the first Frenchman to circumnavigate the world, during the 18th century.

Louis-Antoine, Comte de Bougainville [buɡɛ̃vil; lu.wi an.twan komt de bu.gém.vil] (12 November 1729 – 31 Ogos 1811) merupakan seorang laksamana perang dan penjelajah dari Perancis. Beliau pernah terlibat dalam seberapa peperangan di benua Amerika Utara menentang kuasa Empayar British: Perang Tujuh Tahun memihak kepada kuasa Perancis Baru serta Perang Revolusi Amerika sebagai askar sekutu Tiga Belas Jajahan yang hendak memerdekakan diri. Beliau turut dikenali atas penglibatan ekspedisinya meneroka serata Lautan Pasifik dan mengelilingi bumi pada 1763 serta pendudukan pertama di Kepulauan Falkland.

Genus bunga Bougainvillea dan Pulau Bougainville dinamakan sempena beliau.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Louis-Antoine de Bougainville lahir di jalan Barre-du-Bec[1] di kota Paris pada tanggal 12 November 1729. Beliau anak bongsu daripada lima-adik beradik. Ayahnya, Pierre-Yves (1688-1756), seorang peguam cara dan pembesar di Châtelet.[2] Ibunya, Marie-Françoise d'Arboulin merupakan kenalan gundik diraja Raja Louis XV iaitu Madame de Pompadour melalui abangnya Jean Potentien yang bekerja dalam perkhidmatan pos diraja pada tahun 1759.[3] Salah satu abangnya Jean-Pierre seorang sejarawan. Keluarga ini datang dari kampung Picardie di Bougainville.

Kerjaya ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Penglibatan dalam Perang Tujuh Tahun[sunting | sunting sumber]

In 1756 Bougainville ditempatkan dalam Kanada sebagai adikung Marquis de Montcalm. Beliau terlibat utama dalam kempen pengepungan Oswego pada tahun 1756 dan Battle of Fort William Henry pada tahun berikutnya. Beliau tercedera pada tahun 1758 dalam suatu perang yang berjaya mengepung Fort Carillon.

Beliau dan banyak pegawai Perancis lain dicabut kesemua pangkat oleh pihak British setelah menyerah diri. Beliau menghabiskan seleih tempoh peperangan ini sebagai seorang diplomat - beliau antara perunding utama dalam Perjanjian Paris 1763 yang menyerahkan kesemua jajahan Perancis baru sebelah timur Sungai Mississippi kepada Empayar British.

Penglibatan dalam Perang Revolusi Amerika[sunting | sunting sumber]

Kegiatan menjelajah[sunting | sunting sumber]

Pada 1766, Bougainville mendapat perkenan diraja Raja Louis XV untuk mengelilingi dunia;[4] misi ini diharapkan akan menaikkan semangat rakyat Perancis yang sudah ditimpa malu menyusul kekalahan dialami dalam Perang Tujuh Tahun. Beliau meninggalkan Nantes pada 15 November 1766 dengan dua kapal: La Boudeuse dinakhodakan Nicolas Pierre Duclos-Guyot dan Étoile nakhodaan François Chenard de la Giraudais; seramai 330 anak kapal (214 orang di La Boudeuse, 116 orang di Étoile) dibawa bersama dalam pelayaran besar ini. Philibert Commerçon, seorang ahli botani turut ikut serta, serta wanita simpanannya Jeanne Baré yang bakal menjadi wanita pertama yang diketahui mengelilingi dunia. Comte Jean-François de Galaup de la Pérouse dan Pierre-Antoine Veron merupakan antara orang ternama menyertai ekspedisi ini.[5]

Beliau menemukan gugusan pulau Tuamotu pada 22 Mac dan puncak Mehetia pada beberapa hari kemudian. Beliau turut merupakan antara orang Barat pertama (yang kedua selepas Samuel Wallis dalam pelayaran HMS Dolphin) menjejakkan kaki ke "Otaheite" di mana beliau menuntut ia sebagai jajahan baru kerajaan Perancis di bawah nama "Nouvelle-Cythère". Kumpulannya kemudiannya berlayar ke arah selatan di rantau bahagian selatan Samoa dan Nouvelles-Hébrides, membelok ke barat Espiritu Santo tuntuk mencari benua Selatan raya yang disebut-sebutkan dahulu. Mereka berhadapan terumbu hebat lalu terpaksa berubah hala ke timur dan utara, peralihan ini membawanya kepada Kepulauan Solomon pada 30 Jun 1768, namun rombongan beliau tidak dapat mendarat di sana kerana diancam penduduk setempat kepulauan ini. Beliau menemukan Pulau Bougainville yang dinamakan sempena beliau.[petikan diperlukan]

Beliau menerbitkan suatu catatan berdasarkan kesemua penjelajahan dilakukannya ini pada 1771. Travelog berjudul Le voyage autour du monde, par la frégate La Boudeuse, et la flûte L'Étoile ("Penjelajahan serata dunia di atas frigat La Boudeuse dan kapal L'Étoile") ini menggambarkan pemerhatian biologi dan antropologi yang dilakukan semasa menjelajah di Argentina, Patagonia, Tahiti dan Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Buku ini menjadi sangat masyhur atas penggambaran masyarakat setempat Tahiti yang dianggap jauh terasing dan damai daripada kekacauan tamadun Barat - perkara ini sangat mempengaruhi pemikiran berkaitan konsep utopia yang dipelopori filsuf-filsuf pra-Revolusi sezaman Jean-Jacques Rousseau.

Persaraan dan senja hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia akibat komplikasi menghidap disenteri pada jam 11 malam tanggal 31 Ogos 1811 di kediamannya di 5 passage des Petits-Pères arrondissement lama 3 (kini arrondissement ke-2) Paris.[6][7]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Traité du calcul intégral, pour servir de suite à l'Analyse des infiniment-petits de M. le marquis de l'Hôpital, Paris, H. L. Guérin & L. F. Delatour, 2 vol., 1754-1756 Lire en ligne 1 2
  • Voyage autour du monde par la frégate du Roi « La Boudeuse » et la flute « l'Étoile » en 1766, 1767, 1768, et 1769 (jilid pertama pada 1771, jilid kedua pada 1772)
  • Essai historique sur les navigations anciennes et modernes dans les hautes latitudes septentrionales. (Comptes rendus de l'Académie des Sciences), 1798 (An VI)
  • Notice historique sur les sauvages de l'Amérique septentrionale. (Comptes rendus de l'Académie des Sciences), 1799[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jacques Hillairet, Dictionnaire historique des rues de Paris
  2. ^ Étude LXVIII, qu'il tient du 30 janvier 1720 au 16 décembre 1754
  3. ^ Granier, Hubert (1990). Marins de France, conquérants d'empires (dalam bahasa Perancis). Paris: E.M.O.M. m/s. 195. ISBN 978-2-73730-628-0.
  4. ^ Essential Oceanic Expeditions from the beginning of Zoological binominal nomenclature until the 1950s.; accessed: 1 November 2010
  5. ^ http://ia600706.us.archive.org/31/items/VoyageAroundTheWorldByLewisDeBougainvilleIn1766-9/Bougainville_Voyage_Eng_Transcr_JFF.pdf |Voyage Around The World By Lewis De Bougainville In 1766-9
  6. ^ Registre de l'ancien 3e arrondissement de Paris, cité par Auguste Jal
  7. ^ Auguste Jal : Dictionnaire critique de biographie et d'histoire , Paris, Plon, 1872, Templat:Pp..
  8. ^ Affaires indiennes - 1642-1840 Templat:P.. Consulté le 20/10/2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]