Pusat Kebudayaan Islam Kyiv

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Kebudayaan Islam Kyiv
Info asas
Koordinat geografi50°27′38″N 30°27′20″E / 50.46056°N 30.45556°E / 50.46056; 30.45556Koordinat: 50°27′38″N 30°27′20″E / 50.46056°N 30.45556°E / 50.46056; 30.45556
AgamaIslam
DaerahKyiv, Ukraine
NegaraUkraine
Statusaktif
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Pecah tanah pada2001
Disiapkan pada2015

Pusat Kebudayaan Islam Kyiv (Bahasa Ukraine: Ісламський культурний центр та мечеть) ialah sebuah masjid dan pertubuhan kebudayaan di Kyiv, Ukraine. Pusat Kebudayaan Islam Kyiv ialah salah satu daripada sembilan pusat kebudayaan yang terletak di bandar terbesar di Ukraine. Bangunan pusat kebudayaan ini menempatkan pejabat Pentadbiran Keagamaan Muslim Ukraine "Ummah", Pusat Pengajian Islam Ukraine, Jawatankuasa Syariah, pertubuhan perlindungan hak, pusat penyelidikan dan pensijilan halal "Alraid", pejabat penerbitan, gimnasium, dan pejabat-pejabat lain.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Pusat kebudayaan ini menempatkan dua ruang solat bagi lelaki dan perempuan yang boleh memuatkan kira-kira 1500 orang. Bagi pembangunan wanita, pusat kebudayaan ini mengadakan bengkel pembangunan diri, kelas dan syarahan mengenai pelbagai topik termasuk psikologi keluarga. Wanita juga diberi peluang untuk menghadiri kelas menjahit, memasak dan kesihatan.

Kursus-kursus di pusat kebudayaan ini berkenaan bahasa Arab dan pengetahuan Islam dianjurkan dengan program yang terancang.

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Lingkungan kegiatan utama pusat kebudayaan ini termasuklah menggalakkan dialog antara agama dan budaya, menyebarkan majlumat mengenai Islam, memecah dakwaan buruk mengenai Islam dan penganutnya, dan memperkaya pengetahuan Muslim Ukraine.

Kegiatan awam[sunting | sunting sumber]

Pusat kebudayaan ini pernah menganjurkan “Pesta Timur” pada 23 Ogos 2015[1] dan 14 Mei 2016.[2] Pada 19 Disember 2015, pusat kebudayaan ini pernah menganjurkan Pertandingan Tilawah al-Quran Antarabangsa antara perwakilan Ukraine, negara-negara bekas jajahan soviet, dan negara-negara lain. Seramai 56 orang peserta mengambil tempat dalam pertandingan ini.[3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "East Fest: Celebration of Taste And Oriental Flavour". islam.in.ua. RAMU "Ummah". Dicapai pada 31 May 2017.
  2. ^ "EAST FEST 2016 — East is closer than you think!". islam.in.ua. RAMU "Ummah". Dicapai pada 31 May 2017.
  3. ^ "Best Qur'an Reciters will Represent Ukraine on International Arena". islam.in.ia. RAMU "Ummah". Dicapai pada 31 May 2017.
  4. ^ "An ethnic Ukrainian woman learned the entire Arabic original of Quranic text by heart". risu.org.ua. Religious Information Service of Ukraine. Dicapai pada 31 May 2017.