Pusat Masakan An' Nur Kesang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pusat Masakan KEMAS telah dimulakan pada tahun 1998. Pada ketika itu, bangunan yang digunakan ialah gerai kepunyaan Majlis Daerah Jasin, yang terletak berhadapan dengan Pusat Masakan KEMAS sekarang. Oleh kerana tiada peruntukan ketika itu, pusat masakan memasak menggunakan peralatan sendiri dan menggunakan cara tradisional.

Kemudiannya, bangunan Pusat Masakan KEMAS telah dibina dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abu Zahar bin Hj. Isnin (DGSM, DMSM, AMN), Ketua Menteri Melaka pada 25 November 1999. Walau bagaimanapun, bangunan tersebut tidak dapat memuatkan banyak peralatan dan tidak banyak projek yang boleh dijalankan kerana bangunan yang dibina ketika itu sangat kecil. Peralatan-peralatan yang dibekalkan ketika itu hanyalah sebuah ketuhar pembakar, pemutar, meja penyediaan dan peti sejuk.

Pada tahun 2004, peruntukan telah diberikan sebanyak RM 20,000.00 untuk tambahan bahagian ruang dapur dan pada tahun 2005, sekali lagi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 telah diberi untuk membina ruang hadapan. Oleh kerana pusat masakan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, akhirnya pada tahun 2007, peruntukan telah diberikan sebanyak RM 16,000.00 untuk tambahan di bahagian bumbung luar dan menjadikan bangunan ini seperti keadaan sekarang.


Falsafah & Misi[sunting | sunting sumber]

Falsafah Pembangunan Luar Bandar ialah peningkatan kualiti hidup penduduk penduduk bandar melalui program-program dan usaha menjadikan kawasan luar bandar satu kawasan yang produktif, menarik, maju dan menguntungkan. Ia harus seimbang dengan pembangunan insan yang dinamis, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dikalangan kumpulan sasar untuk menggunakan fakta masa, sumber alam dan pengetahuan ke tahap optima. Dengan demikian, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarga sentiasa cemerlang dan dalam keredhaan Allah. Dari dimensi ini falsafah pembangunan luar bandar akan memberi fokus kepada pembangunan manusia oleh manusia. Instrumen pembangunan manusia adalah pendidikan seumur hidup.

Pencapaian matlamat falsafah dan strategi bagi pembangunan secara menyeluruh memerlukan teras pembangunan luar bandar melalui perlaksanaan tujuh inisiatif berikut:


1) Inisiatif pembangunan manusia yang cemerlang
2) Inisiatif pembangunan keluarga yang sejahtera
3) Inisiatif pembangunan masyarakat yang beridentiti dan berdaya tahan
4) Inisiatif penyediaan infrastuktur yang berkualiti
5) Inisiatif pembangunan ekonomi yang mampan
6) Inisiatif penyediaan sistem penyampaian yang berkesan
7) Inisiatif pengwujudan rangka kerja instituasi (networking) yang responsif kepada perubahan.