Quaestor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Topik-topik Kerajaan Rom
Kemaharajaan Rom
Republik Rom
Empayar Rom
Prinsipat Dominat
Empayar Barat Empayar Timur
Majistret biasa
Majistret luar biasa
Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat
Politik dan undang-undang:

Quaestor (bahasa Latin untuk "dia yang menanya soalan") merujuk kepada jawatan sivil yang bertanggungjawab atas pentadbiran kewangan. Pada asalnya ia merujuk kepada mereka yang menyiasat kes bunuh. Tetapi pada 440 SM, jawatan ini telah bertukar kepada sektor kewangan. Mereka berkhidmat sebagai akauntan Republik Rom dan bertanggungjawab ke atas aerarium (perbendaharaan negara). Seorang perlu mempunyai lebih 10 tahun perkhidmatan dalam ketenterataan Rom sebelum dipilih untuk jawatan ini.

Sebelum Maharaja Augustus berkuasa, para quaestor dipilih oleh Comitia tributa, suatu jawatankuasa perwakilan rakyat dari beberapa daerah pilihan raya. Dibawah Empayar Rom, dua quaestor dilantik oleh Maharaja Rom atau quaestores Augusti. Mereka mempunyai tanggungjawab kewangan dan menjadi perutusan kepada Maharaja Rom. Tugasannya yang lain ialah untuk menyelia semua temasya di Rom.