Pergi ke kandungan

Maharaja Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maharaja Empayar Rom
Bekas keberajaan
Imperial
Vexillum
Augustus
Raja pertama Augustus
Raja terakhir Theodosius I (Bersatu atau Klasikal),
Romulus Augustulus (Barat),
Constantine XI (Timur)
Gaya Imperator, Augustus, Caesar, Princeps, Dominus Noster, Autokrator
Keberajaan bermula 27 SM
Keberajaan tamat 395 (Bersatu atau Klasikal),
476 (Barat),
1453 (Timur)
Penuntut terkini Tiada

Maharaja Rom ialah pemerintah Empayar Rom semasa tempoh kemaharajaan yang bermula sekitar tahun 27 Sebelum Masihi dengan bertakhtanya Gaius Julius Caesar.[1] Orang Rom tidak mempunyai istilah tunggal bagi jawatan tersebut: mereka memanggil maharaja mereka dengan gelaran-gelaran dalam bahasa Latin seperti imperator, augustus,[2] caesar dan princeps, semuanya merujuk kepada jawatan yang sama. Secara amali, Maharaja ialah pemerintah agung Rom dan komander agung Legion Romawi (ketumbukan tentera Rom). Bagaimanapun, secara teorinya, Empayar Rom kekal sebagai sebuah republik (res publica), dan status maharaja hanyalah primus inter pares (yang pertama antara yang setaraf). Fiksyen yang disahkan secara perundangan ini menjadi semakin kehilangan makna apabila para maharaja mengukuhkan kuasa mereka. Bagaimanapun, ia terpelihara sekurang-kurangnya pada tahap majlis-majlis keraian sehingga ke saat-saat akhir Empayar Rom - tahun 476 di Empayar Rom Barat dan 1453 di Empayar Rom Timur (Empayar Byzantine).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Watkin 2017, m/s. 37.
  2. ^ Loewenstein 1973, m/s. 349.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]
  • Loewenstein, Karl (1973). The Governance of Rome. The Hague, Netherlands: Martinus Nijhof. ISBN 978-9-0247-1458-2.
  • Watkin, Thomas Glyn (2017). An Historical Introduction to Modern Civil Law. Taylor & Francis. ISBN 978-1-3519-5891-2.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.