Quan Hongchan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Quan Hongchan
Maklumat peribadi
Nama asal全红婵
KewarganegaraanChina
Lahir (2007-03-28) 28 Mac 2007 (umur 17)
Mazhang, Zhanjiang, Guangdong, China
Ketinggian143 cm (4 ka 8 in)[1]
Sukan
NegaraChina
SukanTerjun
Acara10 m

Quan Hongchan (Cina mudah: 全红婵; Cina tradisional: 全紅嬋; pinyin: Quán Hóngchán;[2] lahir 28 Mac 2007) ialah seorang penerjun negara China, juara kebangsaan dan juara Olimpik.[3] Dia memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 dalam acara 10 meter platform individu.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Quan dilahirkan pada 28 Mac 2007 di Daerah Mazhang Zhanjiang, Guangdong, China.[5][3] SDia adalah anak ketiga daripada lima bersaudara yang dilahirkan dalam keluarga petani.[6]

Quan ditemui apabila sebuah akademi sukan merekrut sekumpulan pelajar baru untuk menyertai kem musim panas untuk terjun.[6] Ibu bapanya sangat menyokong keputusannya untuk memulakan sukan terjun kompetitif. Abang Hongchan, Quan Jinhua berkata, "Dia suka terjun pada kali pertama dia mencuba terjun. Apabila kami pergi memancing dan dia melihat air, dia suka bermain air. Dia juga suka pergi ke pantai."[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nitta, Yuki; Naidu, Richa (5 Ogos 2021). "Diving-China's teenage diving queens bag 10m platform gold and silver". Reuters. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  2. ^ 跳水奥运选拔赛 – 14岁全红婵女子10米台夺冠 Quan Hongchan won the women's 10m platform | Tokyo 2020 | China. CGTN Sports Scene (dalam bahasa Cina). 14 Mei 2021. Dicapai pada 5 Ogos 2021 – melalui YouTube.
  3. ^ a b "QUAN Hongchan". Olympics.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  4. ^ DeMeyer, Tess (5 Ogos 2021). "Quan Hongchan achieves perfection, shatters Olympic record in women's 10m platform diving final". NBC Olympics. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  5. ^ Liu, Ailin (6 Ogos 2021). Liu, Yan (penyunting). "天才少女全红婵 夺冠靠天赋加苦练". Beijing Youth Daily (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 6 Ogos 2021.
  6. ^ a b c Xie, Zhen, penyunting (5 August 2021). "14岁全红婵夺冠!"三十年一遇"的天才少女:挣钱给妈妈治病,没去过游乐园动物园". 21st Century Business Herald (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 5 Ogos 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]