Quentin Tarantino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Quentin Tarantino
Tarantino pada tahun 2015 San Diego Comic-Con International sedang mempromosikan The Hateful Eight
Kelahiran
Quentin Jerome Tarantino

27 Mac 1963
PekerjaanPembikin filem, pelakon
Tahun aktif1987–sekarang

Quentin Jerome Tarantino merupakan pengarah filem Amerika dan pelakon filem. Filem-filemnya dikategorikan sebagai garis jalan cerita tanpa kronologi, perkara subjek satira, keganasan secara estetik, penggunaan barisan pelakon dalam kalangan pelakon terkenal dan kurang terkenal, rujukan kepada budaya yang popular, lagu filem yang mengandungi lagu dan skor dari tahun 1960-an hingga tahun 1980-an dan menonjolkan filem neo-noir.

Kariernya bermula pada akhir tahun 1980-an, di mana dia menulis dan mengarah "My Best Friend's Birthday", hasil kerja skrin yang menjadi asas kepada "True Romance". Pada awal tahun 1990-an, dia memulakan karier sebagai pembikin filem bebas dengan terbitan filem "Reservoir Dogs" pada tahun 1992, di mana filem tersebut dianggap sebagai filem klasik dan kultus yang terkenal. Populariti filem itu turut diperhebatkan dengan filem keduannya, "Pulp Fiction" (1994), sebuah filem jenayah komedi kelam yang berjaya dalam kalangan pengkritik filem dan penonton. Filem ini dinilai sebagai filem yang terhebat dari tahun 1983 hingga tahun 2008 oleh Entertainment Weekly. Banyak pengkritik dan sarjana juga menamakan ia sebagai hasil kerja yang paling signifikan dalam sejarah pawagam moden. Usaha beliau yang seterusnya, dia memberi penghormatan kepada filem eksploitasi-hitam daripada tahun 1970-an dengan filem "Jackie Brown" (1997), satu adaptasi daripada novel "Rum Punch".

Kill Bill: Volume 1 dan Kill Bill: Volume 2 yang difilemkan dengan bergaya dalam tradisi sinematik filem Kung Fu, seni pertahanan diri Jepun, Spageti Barat, seram Itali, berikutan enam tahun yang seterusnya dan ianya ditayangkan sebagai dua buah filem: Jilid Satu (2003) dan Jilid Dua (2004). Tarantino mengarah "Death Proof" (2007) sebagai salah satu dua bahagian filem dengan rakannya Robert Rodriguez, di bawah tajuk besar "Grindhouse". Projek filem yang lama ditangguhkan, "Inglourious Basterds" yang menceritakan fiksyen alternatif dua plot untuk menghapuskan pemerintahan politik Jerman Nazi, telah dikeluarkan pada tahun 2009 dan menerima ulasan positif.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Tarantino lahir pada 27 Mac 1963 di Knoxville, Tennessee. Beliau anak tunggal kepada Connie Pender, seorang keturunan Ireland, dan Tony Tarantino, seorang pelakon dan penerbit keturunan Itali[1][2] - kedua-dua ibu bapanya bertemu semasa di Los Angeles di mana Tony belajar perundangan. Beliau dinamakan sempena Quint Asper, suatu watak lakonan Burt Reynolds dalam siri drama koboi Gunsmoke.[3]

Kedua-dua ibu bapanya bercerai semasa kecil di mana Quentin dan ibunya kembali ke Knoxville. Ibunya berkenalaan dengan Curtis Zastoupil di mana mereka berkahwin dan berpindah semula ke Los Angeles tahun 1966, mereka mulakan kehidupan baharu mereka di Torrance.[4][5] Pada tahap inilag Quentin mula berminat terhadap filem, di mana ayah tirinya sangat menggalakkan minat tersebut malah membawanya bersama ke banyak penayangan filem di sana.

Karier filem[sunting | sunting sumber]

Pengaruh dan gaya perfileman[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bio tidak disediakan
  2. ^ "Quentin Tarantino – The "Inglourious Basterds" Interview". aalbc.com.
  3. ^ Labrecque, Jeff (December 31, 2015). "Quentin Tarantino: The Hateful Eight interview". Entertainment Weekly. Meredith Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2016. Dicapai pada April 19, 2020. His mother named him, in part, after Quint Asper, Burt Reynolds’ character in Gunsmoke
  4. ^ Holm, D.K. (2004). Quentin Tarantino: The Pocket Essential Guide. Summersdale Publishers. m/s. 24–5. ISBN 978-1-84839-866-5.
  5. ^ Walker, Andrew (May 14, 2004). "Faces of the week – Quentin Tarantino". BBC News. Dicapai pada July 13, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]