Quinary M

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Quinary M
Kumpulan Quinary M.jpg
Baris 1 (Dari Kiri): Mahayon, Mahani
Baris 2 (Dari Kiri): Mazuin, Mazlan, Maznah
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
The M
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
Tahun aktif1974 – 1981
Syarikat rakaman
Iramanada Musical Industries Sdn. Bhd. (IMI)
AhliMahani Hamzah
Mahayon Hamzah
Maznah Hamzah
Mazlan Hamzah
Mazuin Hamzah

Quinary M (dahulunya dikenali sebagai The M) merupakan sebuah kumpulan muzik yang aktif di Malaysia pada tahun 1974 hingga 1981. Ahli kumpulan ini terdiri daripada lima adik-beradik iaitu Mahani, Mahayon, Maznah, Mazlan dan Mazuin. Mereka juga mempunyai peranan masing-masing untuk bermain muzik dan menyanyi.[1] Mereka juga pernah muncul dalam filem sulung Kisah Seorang Biduan pada tahun 1979.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya dan penglibatan muzik Quinary M secara serius bermula ketika Mazlan bergandingan bersama adiknya, Mazuin untuk menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada tahun 1974. Bagaimanapun, setahun selepas itu, mereka sekeluarga berpindah ke Moscow, Rusia kerana mengikut bapa iaitu Hamzah Ramli yang bertugas sebagai diplomat pada ketika itu. Semuanya mula berubah ketika di Moscow dan perjalanan seni mereka ini pula mula berkembang.[1]

Pada ketika itu, mereka sudah berpeluang untuk mengadakan persembahan di stesen televisyen Moscow atas usaha bapa mereka. Bapa mereka telah melihat bakat anak-anaknya dalam bidang muzik dan selepas itu, beliau menubuhkan The M memandangkan pangkal nama anak-anaknya yang bermula dengan huruf M. Tiga tahun selepas itu, mereka berpindah kembali ke Malaysia dan peluang ini terus diambil untuk memperkembangkan lagi bakat seni kumpulan ini. Sehubungan dengan itu, nama kumpulan juga ditukar menjadi Quinary M. Quinary M diambil daripada bahasa muzik yang membawa maksud perlimaan. Selain itu, Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya mempunyai pertalian secara adik-beradik.[1]

Mereka juga telah menyertai pertandingan Bakat 1978 dan berjaya melangkah ke peringkat akhir.[2] Kumpulan ini tidak lagi aktif setelah pemergian bapa mereka pada tahun 1981.[1] Kemudian, masing-masing telah membawa haluan sendiri terutamanya Mazlan dan Mazuin yang memilih untuk menjadi penyanyi solo. Di sepanjang perjalanan seni, mereka hanya sempat membuat tiga album studio iaitu Cinta Palsu (1979), Kasihku Bagaikan Debu (1980) dan Kini Kau Berubah (1981) melalui syarikat rakaman Iramanada Musical Industries Sdn. Bhd. (IMI).

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Kasihku Bagaikan Debu

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Cinta Palsu (1979)
  • Kasihku Bagaikan Debu (1980)
  • Kini Kau Berubah (1981)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1979 Kisah Seorang Biduan Sebagai kumpulan Quinary M Filem ini merupakan satu-satunya lakonan kumpulan Quinary M. Mazuin menyanyikan lagu Mengapa yang juga termuat di dalam album pertama mereka, Cinta Palsu (1979).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Suzan Ahmad (11 Januari 2009). "Quinary M bubar selepas bapa meninggal dunia". Berita Minggu. Dicapai 21 Disember 2012. 
  2. ^ "Imbasan Bakat 1978". 8 Julai 2011. Dicapai 21 Disember 2012.