Berita Minggu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Berita Minggu
Jenis Akhbar mingguan
Format Pencetakan
Bahasa Bahasa Melayu
Edaran 333,334 naskhah sehari (Audit Bereau Circulation-tempoh 1 Julai 2005 - 30 Jun 2006)
Laman sesawang www.bharian.com.my

Berita Minggu (juga dikenali sebagai BH Ahad selepas penjemaan semula pada 2013) merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diterbitkan secara mingguan dan diterbitkan dalam lima edisi iaitu Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah, dan Sarawak. Ia merupakan versi Ahad bagi akhbar Berita Harian.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Akhbar ini menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat; suri rumah, golongan kelas pertengahan dan ahli perniagaan.

Berita Minggu merupakan akhbar yang kedua tertinggi jualannya di Malaysia, selepas Mingguan Malaysia iaitu dengan 333,334 naskhah sehari (berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Audit Bereau Circulation atau ringkasnya ABC, bagi tempoh 1 Julai 2005 - 30 Jun 2006) dan dibaca oleh seramai 2,329,000 pembaca sehari (berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Media Atlas Malaysia bagi tempoh suku ke 3 2005 hingga suku ke 3 2006).