RPG-7

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
RPG-7
Rpg-7.jpg
RPG-7
Jenis Rocket-propelled grenade
Asal Flag of the Soviet Union Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1961–kini
Digunakan oleh Blok komunis, ramai lagi
Sejarah pengeluaran
Variasi RPG-7V2 (model terkini)
RPG-7D3 (askar payung terjun)
Type 69 RPG (China)
Spesifikasi
Berat 7 kg (15 [[Paun (jisim}|lb]])
Panjang 950 mm (37 in)

40 mm (1.57 in)
Kederasan peluru 115 m/s
Jarak maksimum ~ 920 m (1000 e) (meledak sendiri)
Pejera Pejera teleskop UP-7V

RPG 7 merupakan sejenis senjata pelancar roket anti-kereta kebal buatan Kesatuan Soviet. Di Rusia, ia dikenali dengan nama РПГ-7, dan dikeluarkan secara meluas untuk kegunaan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Senjata ini juga dieksport dengan meluas dan boleh diperolehi dengan mudah di pasaran gelap.

RPG-7 (Ruchnoy [mudah alih] Protivotankoviy [anti-kereta kebal] Granatomet [pelancar grenad]-7) 6G3 adalah senjata anti-kereta kebal mudah alih yang ditembak ketika dikandar di atas bahu untuk melancarkan sebiji grenad yang didorong tujahan roket. Senjata ini tahan lasak dan mudah digunakan. Ia juga murah tetapi mempunyai keberkesanan yang tinggi. Ciri-ciri ini menjadikannya sistem pelantar roket yang paling banyak digunakan di dunia. Senjata kini digunakan oleh sekurang-kurang 40 buah negara, tidak termasuk pergerakan gerila pembebasan dan juga oleh kumpulan-kumpulan haram.

Pelancar bom tangan anti-kereta kebal RPG-7 adalah tahan, mudah dan membawa maut. Ia juga amat popular. RPG-7 yang ada masa kini adalah hasil dari bertahun-tahun penilaian semula dan pengubah suaian. RPG "asal"-- berdasarkan senjata anti-kereta kebal Panzerfaust Jerman - kemudiannya diikuti oleh RPG-2, RPG-3 dan seterusnya. Malah, sungguhpun RPG-4 melepasi ujian lapangan pada tahun 1961, ujian penilaian bagi model baru, RPG-7, dibebaskan pada tahun yang sama, tetapi dengan julat tembakan dan keupayaan menembusi perisai lebih baik. Oleh itu, pada tahun 1961 RPG-7, dan bukannya RPG-4, yang digunakan oleh pasukan Bersenjata Soviet bagi kegunaan sebenar. Hari ini, RPG-7 digunakan oleh tentera lebih dari empat puluh negara berlainan dan turut digunakan oleh sejumlah organisasi di Timur Tengah dan Amerika Latin.

Senjata ini mula digunakan oleh Tentera Soviet dalam tahun 1961 untuk menggantikan senjata RPG-3 dan satu sistem pelancar dibekalkan kepada setiap skuad pasukan tentera. Konsep asalnya berteraskan sistem roket Bazooka buatan Amerika Syarikat dan sistem Panzerfaust buatan Jerman.

Senjata ini digunakan dengan meluas di dalam semua konflik. Senjata ini digunakan untuk menembak jatuh 2 buah helikopter MH-60 Blackhawk semasa Pertempuran Mogadishu di Somalia (dikenali di serata dunia sebagai Blackhawk Down). Senjata ini juga digunakan oleh Taliban untuk menentang tentera Amerika dan tentera NATO di Afghanistan.

Model untuk kegunaan tentera payung terjun boleh dipecahkan menjadi dua bahagian untuk memudahkan pergerakan anggota payung terjun bergerak ketika mengenakan payung terjun. Type 69 buatan China lebih ringan.

Versi yang dikeluarkan pada tahun 2001 dan sekarang digunakan oleh tentera Rusia adalah versi RPG-7V2 yang boleh melancarkan roket jenis biasa dan juga roket jenis HEAT (High Explosive Anti Tank), dan roket jenis "termobarik" (proses di mana bahan letupan menggunakan oksigen daripada udara dan bukannya bahan pengoksidaan di dalam bahan peledak). RPG-7V2 mempunyai sistem pembidik UP-7V dengan kanta teropong untuk membolehkan pengguna membidik sasaran yang jauh.

Tentera Iraq dengan RPG-7.

RPG-7 kurang berkesan menentang Kereta kebal tempur utama, bagaimanapun pihak muhajidin di Afghanistan menggunakan taktik yang termasuk pasukan pemburu dan pemusnah kenderaan berperisai. Mereka akan memusnahkan trek kereta kebal bagi mencapai pelumpuhan pergerakan sebelum menembak kereta kebal yang lumpuh itu beberapa kali. Setiap pasukan pemburu dan pemusnah kenderaan berperisai mungkin mengandungi sehingga 15 RPG.[1] Tentera infantri pengiring bergerak bersama kereta kebal mampu menghalang serangan sebegini.

Menembakkan RPG-7[sunting | sunting sumber]

Pengendali RPG atau pembantu artileri mengambil caj penujah dan memasangkannya pada hujung kepala peledak. Secara asasnya, ia merupakan paip penstabil yang memiliki empat sayap ekor yang berlipat sekelilingnya dengan dua sayap ekor tambahan di hujung belakangnya. Bekas kadbod menutup bahagian belakang paip penstabil. Di dalam bekas kadbod, sedikit serbuk nitroglycerin dibalut mengelilingi paip penstabil dan pemula atau caj ubat bedil dimasukkan pada hujung paip penstabil. Pengendali RPG kemudian memuatkan peluru ini dan memuatkannya pada bahagian hadapan pelancar RPG supaya ia selari dengan mekanisma picu.


Kegunaan taktikal[sunting | sunting sumber]

Peluru anti kereta kebal RPG memiliki julat ledakan membunuh sekitar empat meter, membunuh dengan letupan dan serpihan. Pihak muhajidin di Afghanistan menggunakan bom tangan anti kereta kebal RPG terhadap kenderaan dan tentera. Pihak Muhajidin menggunakan teknik menyerang kenderaan berperisai dengan dua atau tiga RPG secara serentak dari jarak 20-50 meter. Peluang mengenai sasaran dengan tembakan maut meningkat dengan banyaknya dengan menembak beberapa kali pada jarak dekat. Tambahan lagi, kenderaan yang diserang memiliki kurang peluang untuk bertindak balas terhadap serangan itu.

Bagi menentang perisai reactive, pemberontak di Tadjikistan pada tahun 1992 menggunakan teknik yang sama. Oleh kerana mereka ketiadaan perisai anti-reactive PG-7VR kepala peledak berganda, penembak pertama akan menghentam kereta kebal bagi meledakkan lubang pada perisai reactive dan penembak kedua dan ketiga akan menembak beberapa kali pada kawasan terdedah bagi memusnahkan kereta kebal tersebut. "Psukan berganda" ini juga biasanya memusnahkan blok penglihatan kereta kebal, dengan itu sekiranya kereta kebal selamat, ia buta membenarkan penembak RPG bertukar kedudukan, mengisi peluru dan kembali menyerang. Satu lagi "trick of the trade" adalah bagi melontar bom tangan serpihan pada dek hadapan kereta kebal bagi memusnahkan blok penglihatan pemandu sebelum serangan RPG beramai-ramai dimulakan pada kereta kebal. [2], [3]

Seorang penyunting JANE, yang ditanya mengenai anggaran bilangan RPG di Afgahnistan menjawab, “Berapa kos roket bagi pelancar RPG? Tiada apa. Hampir berpuluh ribu RPG di Afghanistan sahaja. Roket RPG 7 pada asasnya seperti peluru."[4]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi pengilangan bagi RPG-7V1.[5] [6]

  • Kaliber: 40 mm (1.57")
  • Berat: 7 kg (15 lb)
  • Panjang: 95 cm (37")
Nama Jenis Berat Diameter Penembusan Radius bunuh
PG-7V Satu tahap HEAT 2.6 kg (5.7 lb) 85 mm (3.35 in) > 330 mm RHA (12.9 in)
PG-7VL Satu tahap HEAT 2.6 kg (5.7 lb) 93 mm (3.65 in) > 500 mm RHA (19.5 in)
PG-7VR Berdua HEAT 4.5 kg (9.9 lb) 105 mm (4.1 in) 600-700 mm RHA (

)
(selepas perisai reaktif)

OG-7V Serpihan 2 kg (4 lb) 40 mm (1.6 in) 150 m (492 ft)
(musuh memakai perisai badan)
TBG-7V Satu tahap  termobarik 4.5 kg (9.9 lb) 105 mm (4.1 in) 10 m (33 ft)

Rujukan[sunting | sunting sumber]