Radar Erieye

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Erieye
SAAB Erieye AESA radar - Embraer 145SA (Hellenic Air Force).jpg
Radar Erieye yang dipasang pada fiuslaj
Negara asalSweden
Diperkenalkan1996
JenisJujukan Diimbas Secara Elektronik Aktif (AESA) mod-pelbagai radar denyutan-Doppler
FrekuensiBand S
Jarak450 km
Altitud> 20 km (> 65,000 kaki)
Azimuth150° pada setiap sisi

Sistem radar Erieye adalah sebuah Sistem Kawalan dan Amaran Awal Udara (AEW&C) yang dibangunkan oleh Saab Electronic Defence Systems (dulunya Ericsson Microwave Systems) dari Sweden. Ia menggunakan teknologi jujukan diimbas secara elektronik aktif (active electronically scanned array-AESA). Erieye digunakan pada pelbagai platform pesawat seperti Saab 340 dan Embraer R-99. Baru-baru ini ia telah dipasang pada pesawat Bombardier Global 6000 dan diberi nama GlobalEye.

Erieye Ground Interface Segment (EGIS; jangan dikelirukan dengan sistem tempur Aegis) merupakan komponen perisian utama yang digunakan oleh sistem Erieye.

Radar ini memberi litupan 300 darjah dan memiliki jarak sejauh 450 km dan jarak pengesan sejauh 350 km dalam persekitaran peperangan elektronik—dalam kawalan radar yang tinggi dan altitud sasaran rendah. Selain itu, radar ini juga boleh membezakan sekutu atau musuh, dan mod pengawasan laut.

Sistem Erieye boleh dioperasikan sepenuhnya dengan sistem kawalan dan arahan pertahanan udara NATO.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1985, Ericsson Microwave Systems telah diberi kontrak oleh Pentadbiran Peralatanan Pertahanan Sweden yang mana kemudian menghasilkan radar PS-890 Erieye AEW. Pada tahun yang sama, sebuah antena jujukan fasa dua-sisi olok telah diuji pada sebuah pesawat berenjin kembar, Fairchild Metro. Pada tahun 1987, pesawat Metro telah dipasang dengan sistem radar untuk ujian penerbangan. Pengeluaran radar bermula pada tahun 1993 diikuti dengan satu tempahan untuk enam buah radar kepada Tentera Udara Sweden untuk dipasang pada pesawat Saab 340. Dua buah radar pertama telah diserahkan pada tahun 1996. The name Erieye is short for Ericsson eye.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

GlobalEye terdiri dari satu sut penderia yang menggunakan sistem radar dan misi Erieye ER (Extended Range), dipasang pada jet perniagaan jarak jauh Bombardier Global 6000.[1]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Peta dengan pengguna Saab Erieye bertanda biru
 Brazil
 Greece
 Mexico
 Pakistan
 Arab Saudi
 Sweden
 Thailand
 Emiriah Arab Bersatu

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saab launches GlobalEye multi-role airborne surveillance system". Airforce Technology. 17 February 2016.
  2. ^ "Sweden initiates military cooperation with Saudi Arabia" (dalam bahasa Swedish). Aftonbladet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-14.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Royal Saudi Air Force Saab 2000 Erieyes Now in Service". Tangent Link.
  4. ^ Saab signs contract with United Arab Emirates for airborne surveillance system
  5. ^ "UAE, Saab Strike $1.27 Billion Erieye Deal - Dubai Air Show 2015 content from Aviation Week". Aviation Week.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]