Radio Taiwan International

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

'Radio Taiwan Antarabangsa (RTI) adalah stesen radio nasional dari Republik China di Taiwan. Bernama awal 'Central Broadcasting System (CBS) ( Chinese: 中央 广播 电台 Pinyin: Zhongyang-guǎngbō-diàntái) disiarkan dari Taiwan, radio ini berperanan sebagai radio nasional milik kerajaan yang berfungsi untuk menyebarkan suarat Taiwan dalam 13 bahasa ke seluruh penjuru dunia.

Radio Taiwan International (Bangunan berwarna putih) dan The Grand Hotel

Sejarah[sunting | sunting sumber]

CBS (Central Broadcasting System) adalah nama awal dari Radio Taiwan International, ditubuhkan pada tahun 1928 oleh parti Kuomintang (KMT) yang saat itu masih berkuasa di Nanjing (Nanking). Di masa perang dunia II, peperangan dengan Jepun memaksa stesen radio ikut mundur bersama kerajaan nasionalis. Selepas berakhirnya perang dunia II, terjadilah perang saudara antara KMT dengan parti komunis China. Kuomintang kalah perang dan mundur ke Taiwan pada tahun 1949, demikian pula radio CBS ikut mundur bersama kerajaan ke Taiwan.

Radio terbesar di Taiwan[sunting | sunting sumber]

Program acara RTI disiarkan ke seluruh dunia dengan 9 stesen pemancar yang tersebar di beberapa tempat, al.: Lukang, Fangliao, Changchi, Tamshui, Paochong, Huwei, Tainan, Kouhu, dan Minhsiung. Total kekuatan penghantaran adalah 10,050 kilowatts, menduduki peringat teratas di Asia, dan masuk sepuluh besar di dunia. Kekuatan transmisinya mencapai 2.69 kali ganda berbanding dengan kekuatan penghantaran total stesen radio nasional atau swasta lain di Taiwan. Gelombang yang disiarkan meliputi wilayah tengah dan selatan Taiwan, daratan China serta benua lain diseluruh dunia.

Markas besar RTI berdekatan dengan Grand Hotel, salah satu bangunan terkenal di bandar Taipei. Di sini, terdapat 28 bilik studio lengkap dengan peralatan siaran yang terbaru dan moden. Tepat di tingkat 3 bangunan RTI, terdapat ruang dokumen sejarah yang menyimpan bahan sastera, dokumen-dokumen, souvenir kenangan dari para pendengar di seluruh dunia sejak penubuhan radio RTI pada tahun 1928.

Stesen pemancar di Minhsiung daerah Jiayi mempunyai muzium barang-barang peninggalan yang bersejarah. Selain mempamerkan mesin-mesin bekas penyiaran radio dalam masa perang dunia ke 2. Muzium ini juga mempunyai bangunan dua tingkat yang dibina pada tahun 1940 dengan gaya seni bina Jepun, dimana kini telah menjadi bangunan peninggalan bersejarah yang dilindungi oleh negara.

Suara dari Taiwan untuk dunia Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

RTI mempunyai rangkaian program yang terdiri dari: berita, bahasa Mandarin, bahasa dialek, bahasa asing, muzik (Kini dalam masa percubaan dengan menggunakan Digital Audio Broadcasting). RTI menyiarkan setiap hari dengan 13 bahasa, antara lain: Mandarin, dialek Taiwan (Minnan), dialek Hakka, dialek Canton, Inggeris, Jerman, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jepun, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Ke lima rangkaian program RTI ini memberikan maklumat yang paling baru, cepat dan tepat melalui lebih daripada 2,200 gelombang kekerapan setiap minggu. Program acara yang disajikan meliputi berita, politik, ekonomi, budaya, pendidikan, hiburan, perkhidmatan masyarakat dan lain lain.

RTI juga mempunyai hubungan kerjasama yang erat dengan beberapa stesen radio di dunia, antara lain: Voice of America, Deutsche Welle, Radio France Internationale, Family Radio, Suara Rusia, Radio Australia, Radio Canada International dan Radio Free Asia. Bersamaan dengan perkembangan teknologi dewasa ini, RTI juga turut serta memainkan peranan penting dalam dunia siaran radio, misalnya penggunaan program radio digital. RTI juga telah mendirikan pemancar umum Digital Audio Broadcasting, di mana hal ini juga dapat membantu perkembangan program radio digital di Taiwan sendiri.

Menjalin hubungan dengan dunia[sunting | sunting sumber]

Untuk meningkatkan kualiti acara dan juga suara yang diterima oleh pendengar, setiap bahasa mempunyai monitor sukarela. Melalui isi acara, kualiti suara yang diterima, pendengar boleh memberikan kritik dan saran untuk kemajuan RTI pada masa yang akan datang.

Seiring dengan datangnya era internet dan digital, kami juga menyajikan website yang terdiri dari 11 bahasa yang boleh diakses setiap masa. Sejak tahun 1998 hingga 2004, RTI menerima lebih daripada 1.5 juta pucuk surat daripada pendengar di seluruh dunia. Semua surat yang masuk akan diproses secara berkomputer dan dibalas kembali kepada pendengar. Hasil yang diperoleh dari sistem berkomputer ini dapat menjadi bahan masukan yang berguna bagi Bahagian Acara, Berita, dan juga Mekanisasi.

Jumpa Pendengar adalah salah satu ajang terbaik yang boleh mengakrabkan RTI dengan pendengarnya. RTI juga mempunyai CLUB pendengar setia yang tersebar di daratan China, Jepun, Jerman, Indonesia, Pakistan, Colombia dan [[Argentina] ].

Situasi terakhir RTI[sunting | sunting sumber]

RTI ditubuhkan pada tahun 1928 di Nanking, tanah besar China, dan hingga kini telah berusia tiga perempat abad. Meniti perjalanan panjang selama dua dekad, RTI menjadi ajang bagi Republik China untuk bersuara di dunia Antarabangsa.

Selama kurun waktu 20 tahun terakhir ini, RTI bersama-sama dengan masyarakat Taiwan menjadi saksi bagi muzizat ekonomi Taiwan, juga menulis sejarah perjalanan Taiwan menuju demokrasi, serta sejarah perubahan hubungan antar selat.

Sebagai stesen radio kerajaan, RTI tidak pernah hadir dalam menyiarkan peristiwa penting yang terjadi di Taiwan sejak tahun 1930an. Mulai 1 Januari 1998, RTI berubah sistem menjadi Organisasi bukan untung. Seiring dengan perkembangan Taiwan menuju dunia Antarabangsa, RTI yang mengumandangkan suara dari Taiwan, juga memperluaskan perkhidmatan kepada dunia, mempererat hubungan kerjasama Antarabangsa, memperluaskan hubungan dengan para pendengar, peningkatan kualiti acara, penyajian berita yang sebenar dan cepat, dan terus melakukan perubahan inovasi yang baru . Diharapkan RTI dan Taiwan akan menjadi bahagian yang penting dalam dunia Antarabangsa.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]