Radiosond

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Radiosond

Radiosond (daripada bahasa Perancis radiosonde, kuar radio) ialah sebuah alat yang digunakan dalam bidang meteorologi bertujuan untuk melakukan pencerapan atmosfera. Alat ini digantungkan dengan tali kepada sebuah belon cuaca yang dilepaskan ke udara pada waktu-waktu tertentu. Di dalam alat ini mengandungi alat pemancar, penderia-penderia pencerapan cuaca seperti penderia tekanan, suhu, kelembapan udara dan angin. Data yang dicerap oleh alat ini akan dihantar ke stesen udara atas meteorologi. Radiosonde biasanya beroperasi meggunakan frekuensi radio sekitar 403 MHz atau 1680 MHz.